Bab 1.2

1 0 0
                                    

Wafiy Umairah

AKU menghempaskan badan ke atas sofa. Penat rasanya berjalan seharian ke sana ke mari berjumpa dengan semua pelanggan dan pekerja butik mama. Barulah aku tahu. Butik mama bukan sekadar menyediakan pakej perkahwinan malah juga menyediakan pakej untuk majlis pertunangan dan juga wedding planner. Agaknya, jadi orang kaya dekat Malaysia memang macam ni, kan? Pelanggan mama pun, bukannya calang-calang. Semuanya hebat macam mama.

"So, Along... Macam mana first day kerja dengan mama?"soal ibu sambil duduk di sisiku. Aku memeluk tubuh ibu manja.

"Marvelous! Thanks for sending me there, ibu..." Aku tersenyum lebar. Sungguh, dalam masa beberapa jam sahaja, aku sudah jatuh cinta pada Butik Maisuri itu.

"Mestilah, ibu and ayah wants the best for you. Erm, fasal yang Along dengar ibu dengan ayah nak kenenkan Along tu... that's just a rumor. You don't have to believe it, okay?" Ibu bersuara tiba-tiba.

"Seriously, ibu?" soalku tidak percaya.

"Yes... I guess, so?" Ibu tersenyum.

"Ibu, I'm just 17 years old. And ibu tahukan yang Along kalau boleh tak nak bercinta? Along nak kahwin terus bila Along dah jumpak Mr. Right Along." Aku bersuara perlahan menyatakan impianku.

"Along serius? Macam mana kalau Along jumpa dia before you turn 20?" Ibu menyoal.

"It'll not happen, ibu. Trust me. Along nak dapat degree dulu. Tapi, kalau dah ada jodoh. Then I can't do anything about it." Aku menjawab yakin.

"Then, I'll keep your word." Ibu tersenyum sendiri.

"Okeylah ibu. Along nak naik mandi. Kalau ayah balik awal, boleh jemaah Maghrib sekali. And one more thing ibu. I want to eat your asam pedas for dinner. Love you..." ujarku sebelum berlari naik ke atas.

Sebenarnya, aku belum sempat Asar pun. Tadi, aku lupa membawa telekung. Dan aku pula tidak betah memakai telekung masjid kerana aku kurang selesa walaupun sebersih manapun telekung itu. Lupa pula aku nak membawa telekung akibat asyik merajukkan diri pagi tadi. Tapi, tak boleh bagitau ibu. Nanti ibu piat telinga aku. Ibu tidak suka anak-anaknya melewatkan solat.

Aku segera membersihkan diri sebelum bersolat Asar. Selesai solat Asar, aku mencapai Al-Mathurat. Kata ayah, Al-Mathurat ini zikir harian pagi dan petang. Ianya zikir yang menenangkan hati dan jiwa kita.

Selesai membaca Al-Mathurat, aku menanggalkan telekungku. Aku perlu buat serang hendap pada adik-adik kembarku yang comel dan nakal itu seperti kebiasaannya. Tengah aku terhendap-hendap di sebalik pintu bilik mereka, aku tertarik ke belakang. Terduduk aku di atas lantai.

"Along buat apa ni? Dah macam komander perang je Bang Ngah tengok." Izhar membuka pintu biliknya agar ternganga luas. Aku bangkit dan melangkah masuk lalu duduk di atas katil milik adikku itu.

"Along ni, tiap-tiap hari mengendap kitorang. Ada masalah brother.com eh?" Petah pulak adikku yang seorang ini bersuara. Brother.com itu adalah gelaran kepada kakak yang meminati adik lelakinya secara berlebihan. Aku tak lebih, okay. Aku mestilah sayang bodyguard aku ni. Bukan calang-calang bodyguard cilik ni. Dan aku tak adalah berminat lebih-lebih. Aku cuma dilahirkan sebagai kakak yang penyayang, nak buat macam mana lagi.

"Tu, nak buat apa tu?" soalku apabila kedua-dua kembar itu sibuk mengemas barang-barang mereka yang bertaburan di atas lantai. Sejak bila pulak diorang segan nak 'mengenjah' depan aku ni? Mengenjah – buat sepah.

"Pindahlah, Long. Malam ni giliran bilik Bang Chik pulak." Ujar Azhar sambil tersengih. Aku hanya menggeleng. Bilalah diorang ni nak bercerai agaknya. Entah-entah, girlfriend pun diorang main aci share juga.

"Cubalah korang ni berpisah sekali-sekala. Along tengok asyik berkepit je. Malam tidur sekali. Penat je ibu dengan ayah bagi bilik sorang satu. Katil king size. Dia buat share jugak. Apa kebendalah yang Bang Ngah dengan Bang Chik ni tak share?" Aku bertanya pada kedua-duanya. Dah mengalahkan kembar siam pulak aku rasa.

"Along ni memang totally lost-lah. Kitorang rasa Along baru kerja sehari. Takkan dah jadi pelupa kot? Berapa ekor semut Along telan tiap-tiap hari, hah?" Izhar pula bersuara sementelah adiknya keluar dari bilik tersebut. Aku memandang mereka pelik ibni hairan. Ada apa-apa berita yang aku terlepas pandangkah?

"Confirm aku rasa kakak kita yang sorang ni hilang ingatan, Chik. Along, Bang Ngah dengan Bang Chik kan tak sama sekolah tahun depan. Dah tak duduk sekali lagi. Kitorang tak share dah tahun depan. Apahallah slow sangat kakak kau ni Chik oii?" Izhar sudah berdengung siap dengan makhrajnya yang panjang lebar itu.

"Oh, kalau slow ja kira kakak aku. Habis tu kakak kau tu baik sangatlah?" Sempat Azhar membalas.

"Hoi, gaduh pulak budak berdua ni. Nih, kakak korang ni sorang ja. Jangan nak pandai-pandai bahagi dua. Fasal yang tak sama sekolah tu, orang lupalah. By the way, Along ni best tau. Jangan nak menidakkan kenyataan pulak." Ujarku memuji diri sendiri. Sekali-sekala, apa salahnya, kan?

"Along, daripada Along dok berusaha masuk bakul angkat sendiri yang memang confirm tak boleh angkat tu, baik Along pergi tolong ibu dengan Mak Timah kat bawah nun. Masak ke, buat laundry ke, kemas rumah ke. Dapat jugak pahala daripada dok membebel kat kitorang kat sini." Izhar bersuara sebelum menghilangkan diri di sebalik pintu bilik Azhar.

"Haah, betul tu, kak. Membazir air liur dan membazir masa kitorang jek." Azhar menjelirkan lidah sebelum berlalu pergi juga menghilangkan diri di sebalik pintu biliknya yang tertutup rapat.

Aku hanya menggeleng sendiri. Adik-adik kembarku ini memang bertuah!

Simbiosis CintaWhere stories live. Discover now