" Hati-hati balik tu and later jadi tak kita pergi tengok wayang?" Kata lauren yang baru saja keluar dari pintu belakang cafe khas untuk pekerja disana.
"Of course lah. Aku nak temankan kau je sebab kau paksa. Pukul 7 eh ? "
" Meannya! Ha ha ha okay later aku pick kau. Bye"
Aurora melambai ke arah Lauren sampailah lauren tak lagi kelihatan. Mereka berdua baru sahaja habis Shift kerja. Aurora pun berlalu ke rumahnya yang tak jauh dari cafeteria tempatnya bekerja. Waktu ni memang tak ramai orang lalu lintas. Terasa sunyi bila jalan seorang diri tapi memang dia sudah biasa dengan semua tu.
_________________________
Sampai di apartment , dia membuka kunci pintunya dan masuk kedalam. Macam ni lah kalau tinggal seorang. Ibu bapa dia sudah lama meninggalkan Aurora. Ibu bapanya terlibat didalam kemalangan. Masa tu pemandu yang mabuk melanggar mereka. Kebetulan aurora baru masuk 21. Sekarang umurnya sudah mencecah 24. Dia tak sambung belajar. Dia terus kerja mencari rezeki untuk sara kehidupannya. Dia sudah tidak ada orang yang dia nak minta tolong.
Tanpa berlengah masa , dia pun bersiap untuk meluangkan masa dengan Lauren. Lauren , dia sahabat sejati Aurora. Lauren memang baik hati dan dia sentiasa peduli tentang dia. Aurora selalu kerja overtime sebab dirumah pun dia tak tahu nak buat apa sebab tu jarang sangat nak spend time dengan Lauren.
Jam pun dah pukul 7 malam. Belum betah dia keluar dari pintu , kereta lauren swift suzuki sudah ada. Dia masuk dan menutup pintu kereta. Dia memandang Lauren yang berpakaian agak cantik dari dirinya. Aurora tak lah suka sangat nak bergaya sebab tak ada siapa yang dia nak mengorat. Sudah lama dia tak bercinta semenjak dia di khianati oleh lelaki yang dia sayang dahulu. Sekarang hati belum terbuka lagi untuk orang baru.
Lauren : " raa , simple je pakaian kau ?"
Obviously , aurora cuma pakai skirt hingga lutut warna hitam , baju lengan panjang hitam plain dan kardigan gray. Rambut , dia ikat macam ekor kuda. Muka , dia hanya pakai foundation maybeline code Ivory . Kulit dia memilih sangat. Semua sensitif. Terpaksa beli benda branded sikit. Kulitnya putih dan lembut.
Aurora : " biar lah. Tengok wayang je pun"
Lauren : " ni aku nak tanya , kau dah single 3 tahun. Kau tak terfikir ke nak cari boyfriend? "
Aurora : " malas nak fikir. Aku tak cantik , hidup seorang dan tak kaya"
Lauren : " apa kau cakap ni? Kau perfect lah Aurora. Senyuman kau tu manis , suara comel. Semua perfect. Aurora , suatu hari nanti akan ada yang treat kau betul - betul. Kau kena buka hati kau"
Aurora : " we will see"
Lauren : " cheer up baby"
Aurora : " ye laaa..kita dah nak sampai kan ? Aku nak buang air ni. Tadi tak de nak buang air "
Lauren : " ye , dah nak sampai"
_____________________________
Aurora : " lega sikit perut ni "
Dia pun keluar dari toilet perempuan sementara Lauren beli popcorn dan minuman untuk mereka. Laju berjalan dan tak sedar dia hampir terjatuh namun di selamatkan oleh seseorang.
Aurora : " i am so sorry". Aurora terhidu bau cologne yang dipakai oleh orang yang selamatkan dia. Harum.
Kevin : " it is okay..tali kasut you terlepas"
Aurora pun mengikat tali kasutnya. Lepas dia mengikat rapi tali kasut tu dia berdiri dan memandang lelaki tu. Entah kenapa , hatinya terus seperti ditusuk lembut. Matanya tak berkelip memandang lelaki yang berada dihadapannya.
Kevin : " what is wrong ?"
Aurora : " i have to go. Thanks sebab beritahu pasal tali kasut ni"
Kevin : " sure"
Aurora berlalu pergi. Dia menyembunyikan dirinya di dinding jauh sedikit dari lelaki tu. Hatinya berdegup laju.
Lauren : " eh raa , kenapa ni ?"
Aurora : " uh , nothing"
Lauren menarik lengannya dan masuk terus ke dalam panggung wayang. Ramai yang sudah bersedia di kerusi masing-masing. Kebanyakkannya semua berpasangan. Lelaki perempuan. Tiba-tiba muncul rasa cemburu melihat mereka. Nasib sebelah ni tak de orang. Ada 2 kerusi kosong.
Masa wayang nak main , seronok dia makan minum ada orang berjalan dan duduk di kerusi sebelahnya. Aurora terus sesak dan matanya gatal nak tengok. Sebelum dia tengok , dia kenal bau sesuatu.
Aurora (dalam hati ) : " takkan dia ?"
Dia beranikan diri untuk melihat sebelahnya , rupanya lelaki tadi. Matanya bulat memandang lelaki tu. Dia dengan siapa ? Katanya didalam hati lagi. Dia berpura-pura tunduk kebawah dan melihat disebelah lelaki tu. Perempuan. Mesti tu teman wanitanya. Sekarang , dia malas nak fikir apa-apa lagipun dia dah berpunya.
Sepanjang wayang tu , aurora fokus melihat sampailah part mengejutkan. Sepatutnya dia terpeluk Lauren tapi terpeluk disebelahnya. Dia kalau part terkejut memang tak lagi sedar siapa-siapa disebelahnya.
Aurora : " i am scared"
Kevin : " it is okay"
Matanya bulat. Lengan yang dipeluk bukan lengan Lauren. Terus dia pandang lelaki tu. Mukanya mula panas. Perempuan disebelahnya seronok je tengok cerita tu.
Aurora : " omg , i am so sorry" terus dia lepaskan lengan lelaki tu.
Lauren : " hey , raa kenapa ?" Lauren menoleh ke arah Aurora yang dilihatnya agak tak tenteram.
Aurora : "it is nothing!"
Lauren angkat bahunya dan memandang ke depan semula.
______________________________
Lauren : " seronok jugak movie tu kan ?"
Aurora : " kau tak beritahu aku pun movie tu ada jumpscare!"
Lauren ketawa.
Lauren : " saja nak sakt kau"
Aurora menepis lengan Lauren. Masa kami berjalsn dari wayang , dia ternampak lelaki tu dipeluk lengannya oleh perempuan disebelahnya. Romantik sangat.
Lauren : " apa kau tengok tu raa ?"
Aurora : " i don't know. Let's go home"
_________________________________
Aurora : " thanks for the ride "
Lauren : " welcome! , See you tomorrow morning!"
Aurora : " okay , bye"
Lauren pun berlalu pergi. Kunci pintu dibuka dan dia masuk kedalam. Suasana dibilik tamu tu gelap. Dia on lampu dan dia sandar badannya ke belakang pintu. Otaknya belum lari dari tadi. Dia terbuka hati sudah ke ? Tapi dia tak nak bercinta lagi. Dia sudah mengalah dan umur pun...
Belum tahu bila akan berakhir....
