"Ha ya la, esok Ranya balik sana". Kata Ranya yang pelik mendengar apa yang diberitahu oleh abangnya itu tadi.

Ranya terus meletakkan panggilannya setelah membalas salam yang diberikan abangnya.

~~~~~~

Keesokkan harinya, Ranya tiba di hadapan rumah keluarganya pada pukul 10 pagi selepas semuanya siap bersarapan pagi.

"Assalamualaikum". Ranya melangkah masuk dengan memberikan salam untuk orang yang berada di dalam rumah tersebut.

"Waalaikumusalam .... Ha sampai dah. Kenapa lambat sangat". Kata Aryan yang muncul dari arah luar rumah dibahagian tepi.

"Okay la ni Ranya datang tau". Kata Ranya .

"Kalau Ranya tak datang sekali pun, benda ni tetap Ranya juga yang kena clearkan dengan Aulia". Kata Rykal yang baru turun dari atas.

"Haishhh ye la. Ha mana Aulia, dari tadi Ranya tak nampak pun?". Tanya aq.

"Macam yang abang Rykal cakap semalam, Aulia dah dua minggu tak balik rumah ni". Kata Aryan.

"Serius la abang Aryan". Kata Ranya yang seperti tidak percaya adik kembarnya itu akan bertindak seperti ini.

"Iya la. Apa ingat abang ada masa nak main-main lagi ke pasal benda ni". Kata abg Aryan tegas.

"Lepas tu tak ada siapa call Lia ke suruh balik?". Tanya Ranya yang tiada sedikit rasa serba salah dalam dirinya itu.

"Kalau kita orang call dia angkat, dah semestinya dia ada dekat sini sekarang ni. Benda dia off telefon dia memang tak ada siapa dapat call dia". Kata Rykal dengan nada tegas.

Sedang mereka memikirkan sesuatu, tiba-tiba terdengar bunyi enjin kereta dan suara orang memberi salam di luar rumah.

"Assalamualaikum". Aulia memberi salam dan terus melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumusalam...kak Lia". Jawab Arya yang berada di ruang tamu bersama yg lain.

"Ya Allah Lia balik pun. Tau tak abang risau dengan Aulia pergi mana dua minggu tak balik dengan tidurnya semua". Tanya Rykal kepada Aulia setelah mendapatkan adiknya itu dihadapan pintu masuk rumah.

Aulia hanya berdiam diri seperti orang yang malas hendak menjawab segala soalan yang diajukan oleh Rykal kepadanya dan dalam pada itu, Aulia juga terlihat tidak mahu bergaduh dengan abangnya.

"Abang ni pun berhagak sikit la, adik tu baru sampai, kaki pun baru sebelah je masuk dalam rumah tu ha dah tanya beribu soalan". Kata Aryan lalu menarik tangan Aulia mengikutnya ke arah ruang tamu.

"Masalahnya abang risau dengan dia berhari-hari dengan call tak reti nak jawabnya lagi". Kata Rykal sambil melihat Aulia melangkah masuk ke dalam rumah bersama Aryan itu.

"Bukan abang Rykal je yang risaukan pasal Aulia, kita semua risaukan dia tapi beragak juga la abang ni pun". Balas abg Aryan semula.

"Lantak la....Lia duduk sini". Arah Rykal kepada Aulia dengan menunjukkan ke arah sofa single yang tidak jauh dari tempat Rykal berdiri.

Aulia hanya mengikutkan sahaja dengan arahan Rykal itu dan setelah itu mereka yang lain juga turut duduk di sofa yang berhampiran juga. Riak muka Aulia terus berubah ketat apabila terlihat seorang lelaki yang tidak dikenali turut berada di situ juga.

"Aulia, aku bukan tak nak bagitahu pasal perkahwinan aku dengan suami aku ni". Kata Ranya lalu menunjukkan muka lelaki yang Aulia tidak kenali itu.

"Tapi time tu kau sendiri dekat sana nak settlekan masalah syarikat lepas aku tak nak buat kau ulang alik macam sebelum ni. Aku just tak nak tambahkan kusut kau nak kena balik sini lagi, mana dengan kelas kau nanti terlepas semua macam mana". Kata Ranya panjang lebar.

"Habis dah, buat apa kau nak cerita semua benda yang dah lepas tu dengan aku. Lagi pun aku tak penting pun untuk kau dengan yang lain. Aku balik ni pun nak ambil barang aku untuk pergi Korean esok". Kata Aulia tanpa ada sedikit perasaan dan hanya mendatar sahaja perbicaraannya pada ketika itu

"Haishh kau ni kalau cakap dengan kau memang aku tak akan menang... Dah la malas aku dengan kau ni". Kata Ranya dan menyandarkan tubuhnya ke sofa yang didudukinya.

"Kalau malas tak payah cakap senang... Aku tak penting pun untuk korang semua". Kata Aulia dan terus bangun dari duduknya turut berlalu naik ke biliknya.

"Auliaa...". Panggil Ranya yang melihat Aulia bangun dan meninggalkan mereka semua di ruang tamu itu.

"Ishhh budak ni memang nak kena agaknya dengan aku". Kata Ranya melepaskan geram dengan sikap Aulia.

"Jangan nak salahkan Lia dalam hal ni, dia dah kecewa sangat dengan kita sampai nak membelakangkan dia dalam urusan ni sekali. Abang dah pesankan bagitahu dia awal-awal sebelum dia sendiri dapat tahu". Kata Rykal yang dari tadi hanya berdiam diri dan memerhatikan kedua adik kembarnya itu berbicara.

"Ya Ranya tau memang salah Ranya pun, tapi yang peliknya macam mana dia boleh dapat tahu Ranya dah kahwin ni?". Tanya Ranya dan memandang seorang demi seorang adik beradiknya yang disitu.

"Tak ada siapa pun yang bagitahu dia. Lagi pun Ranya tahu sendiri Aulia tu macam mana". Kata Aryan apabila melihat semua diam dan seperti memikirkan sesuatu.

"Korang duduk la sini dulu, abang nak pergi masak dulu untuk makan tengah hari". Kata Rykal dan terus menuju ke dapur diikuti oleh Aryan di belakangnya.

Arya dan Rauf naik ke atas dan menuju ke bilik Aulia yang berada tidak jauh dari bilik mereka berdua itu.

Tanpa mengetuk pintu bilik Aulia, Rauf dan Arya memanggil perlahan dihadapan pintu bilik Aulia.

"Kak Lia". Panggil mereka berdua serentak.

Aulia yang berada di dalam bilik hanya mengabaikan sahaja panggil itu kerana dia berasa kecewa dengan apa yg berlaku sepanjang dia di Korea.

Not Expected The Killer'sWhere stories live. Discover now