Nasi lemak yang dibeli tadi dicampak atas meja. Sakit betul hatinya dengan makcik penjual nasi lemak tadi. Zul yang baru lepas sahaja keluar dari bilik air terkejut apabila Jannah menhempas kerusi. "Apa yang dimarahkan sangat ni?" Tuala di tengkuk disidai di palang sebelah bilik air. "Abang tau tak makcik tu cakap apa depan muka saya tadi? Dia cakap saya kahwin dengan awak sebab saya nak tutup dosa saya. Nampak tak orang tak ada otak bercakap?" marah betul hatinya. Zul yang tadinya berdiri kini duduk di salah sebuah kerusi di dapur itu. "Maafkan sajalah makcik tu. Dia tu dah tua. Orang tua kan memang macam tu." Jannah menjeling. "Senang saja abang suruh Jannah maafkan. Kalau abang di tempat Jannah, gamaknya meja-meja dia terbalik sekali sebab marah. Kalau tak disebabkan dia tu orang tua, memang Jannah dah sembur dia tadi." Zul hanya tergelak kecil.
******
Jam di tangan menunjukkan pukul 8 malam. Dia terus menghempas badannya di atas katil empuk. Biliknya yang serba berwarna putih itu kelihatan sedikit suram tanpa Rose. Dia lantas bangun dan bergegas ke dalam bilik mandi. Selang 15 minit, dia keluar dari bilik mandi. Kakinya melangkah ke almari baju yang juga berwarna putih. Biliknya serupa bilik mayat, serba serbi warna putih. Baju t-shirt berkolar diambil daripada lipatan lalu disarungnya. Seluar pendek paras lutut juga disarung. Kakinya melangkah lagi ke meja solek. Kulitnya sempurna, tidak perlu memakai apa-apa produk kecantikan pun. Dia hanya menyapu sedikit pomade ke rambut dan merapinya dengan sikat. Tidak lupa dengan minyak wangi. Dia hanya menyembur sedikit sahaja kerana Rose menghadiahi minyak wangi tersebut ketika anniversary mereka yang pertama. Kunci kereta yang dilempar di atas katil tadi diambil dan segera keluar dari rumah.
Sesampainya di sebuah kondiminium, dia terus mengambil lift unutk ke tingkat 20 selepas memarkir keretanya. Dia berdiri kaku di hadapan sebuah rumah. Loceng rumah tersebut ditekan. Selang beberapa minit, pintu rumah dibuka. Rose berpeluk tubuh sambil bersandar di pintu rumah. "You buat apa kat sini, Jay?" Mata Jay tidak lekang dari memandang perempuan itu. "I datang nak minta maaf. You tau kan I tak boleh gaduh lama-lama dengan you? You tak nak maafkan I ke?" dia membuka pagar rumahnya dan berjalan ke ruang tamu. Sengaja dia membiarkan pagar tersebut terbuka untuk Jay. Jay tersenyum sambil kakinya laju sahaja mengikut perempuan itu dari belakang selepas mengunci pagar dan menutup pintu rumah. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah perempuan itu. "Cerita apa ni? Sejak bila you pandai tengok cerita melayu ni?" Rose menjeling Jay. "I tak tau nak tengok cerita apa, So, I tengok je lah." Suasana menjadi sunyi seketika. Disebabkan perasaan janggal mula timbul, Jay melentokkan kepalanya di bahu Rose. "Kenapa ni? Ada apa-apa masalah ke?" Dia menggeleng. Setelah drama itu habis, ceramah agama mula muncul. Dia tidak menukar siaran sebaliknya hanya menonton sahaja. "Tak sangka you nak dengar." Rose tergelak. "Dah tiada cerita lain, tonton sahajalah." Dia hanya mengangguk. Ustaz tersebut memberikan hujah-hujahnya dengan lancar sekali ketika diajukan dengan soalan 'mengapa manusia susah untuk berubah dan beristiqamah'. Jay yang sangat penat kerana baru sahaja pulang dari kerja dan terus bersiap untuk datang berjumpa dengan kekasihnya terus terlelap di bahu Rose.
Selesai sahaja sesi ceramah di masjid Al-Ikhlas, ustaz Zul terus bergerak pulang ke rumah. Kepulangannya disambut oleh Zahra, isterinya. "Abang nak makan? Kalau nak, Zahra panaskan lauk." Katanya sambil mendulang secawan air sejuk. "Boleh lah. Abang dari tadi tak makan. Sempat telan kuih karipap je tadi. Sebenarnya penat sangat rasanya kalau nak makan, tapi sebab isteri abang lagi penat masak untuk abang, abang makan juga untuk Zahra. Zahra tergelak kecil. Dia terus ke dapur untuk panaskan lauk. Setelah menghabiskan segelas air, dia pula ke dapur untuk menjamah masakan yang dimasak isterinya. "Abang, Zahra nak cakap sikit pasal Ain." Suapan yang keempat dimasukkan ke dalam mulut. "Kenapa dengan Ain?" Zahra yang tadinya di sinki membasuh beberapa periuk belanga kini duduk di sebelah suaminya. "Anak ketua kampung tu suka dengan Ain. Mak nya borak dengan Zahra tadi. Dia ingat nak datang merisik." Zul hanya mengangguk. Pandangan matanya masih melekat di pinggan. Sedap sungguh air tangan isterinya. Siakap tiga rasa yang dimasak membuatkan dia makan bertambah. "Abang tak kisah. Abang tengok dia pun rajin tolong tok ketua uruskan kedai runcit. Rajin budaknya. Tapi, soal kahwin ni, elok bincang dengan Ain dulu. Mana tahu dia dah ada pilihan di hati." Katanya sambil menghulurkan pinggan untuk ditambah nasi kepada Zahra. "Bang, dia tu mana ada kawan. Zahra kenal anak Zahra". Zul hanya diam. Rupa-rupanya, disebalik langsir yang menutup laluan utama dapur, terdapat seorang gadis yang mendengar segala perbualan yang dibualkan orang tuanya.
YOU ARE READING
TAKDIR
Romance"I sayang you Rose, kenapa you buat I macam ni?!" - Jay "Saya...bersedia untuk memperisterikan awak, Jannah Aqilah." - Zul "Jadi abang kahwin dengan zahra bukan atas dasar cinta? Zahra ni permainan ke bagi abang?" Percaturan tuhan,tiada siapa dapat...
