Setelah dua jam perjalanan mereka yang ditemani dengan bunyi radio, akhirnya kereta yang dipandu oleh kedua abang Aulia masuk ke perkarangan rumah yang masih berdiri teguh dan sama seperti sebelum dia meninggalkannya.
Rykal, Aryan dan Ranya membantu Aulia mengeluarkan beg bagasi dan barang milik Aulia dari dalam kereta untuk di bawa masuk ke dalam rumah manakala Rauf dan Arya membukakan pintu dan menuju ke bilik Aulia untuk memastikan keadaan bilik Aulia berada dalam keadaan yang bersiha dan selesa untuk kakak mereka itu.
"Semua pergi naik atas mandi, solat asar lepas tu tunggu sekali azan maghrib, dan solat baru turun untuk makan malam kejap lagi". Kata Rykal kepada Rauf dan Arya yang berada tidak jauh dari mereka yang sedang menyusun barang Aulia di tepi tangga.
"Baik bos". Balas kami serentak setelah itu masing-masing bergerak ke bilik sendiri untuk membersihkan diri dan menunaikan kewajipan masing-masing manakala Aulia menuju ke arah beg bagasinya untuk di bawa naik ke biliknya.
"Beg tu tinggal je situ dulu Aulia, kejap lagi abang tolong bawakan naik atas". Kata Aryan yang melihat Aulia ingin menarik begnya itu.
"Okey... Gamsahamnida abang Aryan". Balas Aulia lalu menujuk ke tangga untuk menaiki ke atas dan menuju ke bilik tidurnya.
Aulia yang masih tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan waktu di Malaysia walaupun hanya berbeza beberapa jam sahaja antara Malaysia dan Korea membuatkan dia merasa dirinya mengantuk dan letih.
"Nae, heonmaneyo". Balas Aryan yang masih dengan aktivitinya iaitu membawa masuk beberapa lagi barang milik Aulia yang berada di dalam kereta di bantu oleh Rykal.
Mereka semua masuk ke dalam bilik kecuali Rykal dan Aryan yang menuju ke dapur untuk menjalankan tanggungjawab mereka setelah ibu bapa mereka pergi pada 10 tahun lepas kerana ibunya, Tengku Raudiah Qismina yang menghidap sakit amat sukar di terima oleh mereka adik beradik manakal ayahnya pula meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang telah di rancang oleh seseorang yang masih bebas hidup dalam kesedihan orang lain.
Rykal dan Aryan menyediakan makan malam untuk adik-adik mereka setelah menunaikan solat asar di bilik berhampiran dengan ruangan dapur secara bergilir-gilir.
"Pergi la naik atas dulu mandi, dah siap semua tinggal nak hidang je lagi". Kata Rykal kepada Aryan.
"Okay, kalau macam tu Aryan letak dulu la pinggan dengan cawan dekat atas meja". Kata Aryan dan mengambil beberapa biji pinggan di kabinet berserta cawan manakala Rykal membancuh air sementara menunggu kari ayam yang dimasaknya itu tadi masak sepenuhnya.
"Nanti lepas manghrib turun panggil Ranya, Aulia, Rauf dengan Arya turun makan terus". Pesan Rykal sebelum Aryan menghilang dari dapur.
Selepas sahaja azan maghrib berkumandang mereka menunaikan solat fardu maghrib berjemaah diimamkan oleh Aryan dan setelah itu mereka masuk ke dalam bilik masing-masing sementara menunggu makan malam.
"Ranya... Aulia... Rauf.... Arya turun makan jom". Selang beberapa meminit kedengaran suara Aryan memanggil ke semua adik-adiknya yang berada di dalam bilik.
Aryan yang berada di tengah-tengah ruang tamu tingkat 2 itu masih berdiri statik menunggu adik-adiknya itu keluar dari bilik mereka.
5 minit kemudian adik-adiknya semua turun ke bawah diikuti Aryan di belakang menuju ke meja makan untuk makan malam sambil itu Aulia mula bercerita pada mereka apa yang berlaku sepanjang Aulia berada di tanah bumi Korea itu.
Setelah selesai makan malam bersama, mereka adik beradik saling bantu membantu mengemas meja makan dan tidak hanya mengharapkan kepada kedua abang mereka iaitu Rykal dan Aryan.
"Abang dengan yang lain tak nak tidur lagi kan, tunggu sini sekejap... Lia nak ambil something dekat atas". Kata Aulia tanpa menunggu balas dari sesiapa pun di ruang tamu itu.
Mereka duduk bersantai sambil menonton televisyen sebelum bergerak masuk ke dalam bilik untuk tidur dan solat isyak.
Aulia turun bersama dua beg yang agak besar dari badannya yang penuh dengan beberapa jenis kotak dan bungkusan yang ada di dalam beg tersebut.
"Ha ni semua dari ajjusi dengan oppa. Diorang kirim dekat Lia sebelum balik sini". Kata Aulia sambil mengeluarkan satu persatu kotak dan bungkusan dalam beg tersebut.
"Aik??? Kirim hadiah je, tak nak datang Malaysia ke?". Tanya Aryan sambil tangan mencapai satu persatu hadiah yang dikeluarkan Aulia.
"Ada tapi tak tahu la bila tu diorang nak datang. Kena tengok juga jadual oppa, kalau diorang semua free tak ada kerja atau tengah cuti ada la tu nanti muncul depan pintu nanti". Jawab Aulia lalu memberikan hadiah kepada Arya dan Ruaf.
Aulia mula memberikan hadiah kepada Rykal, Aryan, Ranya, Rauf dan Arya. Setiap orang dari mereka menerima pelbagai jenis hadiah mengikut warna dan corak tersendiri yang dipilih sendiri oleh orang-orang yang dikenali sebagai Oppa dan Ajjusi kepada Aulia.
"Semua dah dapat hadiahkan, tunggu apa lagi pergi masuk tidur sekarang. Tengok jam dah pukul berapa, esok Rauf dengan Arya nak pergi sekolah lagi". Kata Rykal apabila melihat adik-adiknya itu leka dengan hadiah diberikan oleh Aulia tadi.
"Ala abang ni tak bagi chance ah nak tidur lewat, jom Arya naik tidur. By the way, thank you kak Lia hadiah ni semua". Kata Rauf yang sudah berdiri untuk menuju ke bilik tidurnya.
"Entah abang ni, kedekut". Kata Arya lalu mereka berdua bersalaman dengan abang-abang dan kakak-kakak mereka sebelum masuk tidur.
"Jangan lupa solat isyak dulu lepas tu baru tidur". Pesan Rykal lagi sebelum Rauf dan Arya naik ke atas.
"Lia pun nak masuk tidur juga la, esok ada benda nak kena buat". Kata Aulia lalu mencapai dua beg yang dibawa turun tadi dan turun bersalaman dengan abang-abangnya itu.
Yang tinggal hanya Rykal, Aryan dan Ranya sahaja di ruang tamu itu selepas ketiga-tiga mereka itu meninggalkan mereka untuk tidur dan berehat.
"Ranya pun nak balik la abang, kesian dekat Fareez duduk rumah dengan Areeq berdua je dari siang tadi". Kata Ranya kepada kedua abangnya
"Iya la, tapi bila Ranya nak bagitahu dengan Aulia pasal status kamu yang sekarang ni?". Tanya Rykal yang mula ragu dan takut dengan keadaan selepas ini.
"Nanti ada masa, Ranya datang sini dengan Areeq dan Fareez bagitahu dia". Kata Ranya dengan yakinnya.
"Make sure sebelum dia tahun sendiri dari orang lain, kalau Aulia dapat tahu dari orang lain, Ranya kena get ready segala kemungkinan". Kata Aryan mengingatkan sikap Aulia yang lain dari adik beradiknya yang lain manakala Ranya hanya mengangguk dan meninggalkan rumah itu.
YOU ARE READING
Not Expected The Killer's
RandomTengku Aulia Isma yang sedang mencari dan memburu orang yang merancang untuk membunuh ayahnya dan yang telah menculik adik kembarnya sehingga mengakibatkan kematian ibunya pada usianya yang muda dan tanpa di sisi keluarga. Perkara yang tidak dapat d...
PART 1 || NETK
Start from the beginning
