12 : your help

125 35 0
                                    

"Changmin, doktor sedang usaha sebaik yang mungkin. Kamu rehat dulu, dari pagi di sini, pasti belum makan, kan?" Encik Ham menepuk bahu Changmin perlahan. Changmin sendiri lapar, mahu tunggu Yojung bangun, namun tubuhnya tak terdaya menahan lapar seharian.

Bangun dari ruang menunggu di luar bilik kecemasan, Changmin mengeluarkan beberapa keping wag kertas untuk membeli makanan, dibuat alas perut. Sepanjang langkahnya ke kedai, dia cuma berharap supaya Yojung sedar dan sihat seperti sedia kala, itu sahaja.

Changmin selesai membayar makanannya di kedai serbaguna tingkat paling bawah hospital itu. Lelaki itu menyeberangi jalan untuk kembali ke bangunan wad Yojung. Dia melangkah masuk semula ke dalam bangunan hospital, mahu kembali ke bilik pembedahan Yojung namun langkahnya terhenti apabila ambulan tiba, membawa pesakit yang mengalami kecelakaan.

"S-Seon!"

Changmin pantas berlari mendekati katil yang diusung keluar ambulan itu untuk mendapatkan sepupu Yojung, Seon. Lelaki itu benar-benar berat hati melihat Seon yang mengalami kemalangan, "S-Seon, bertahan!" lelaki yang terbaring, nyawa-nyawa ikan itu menghela nafas.

"H-hyung.. Seon tak kuat lagi."

Semakin katil diusung mendekati ruang kecemasan, tubuh Seon semakin lemah. "Tunggu, Seon!" ucap Changmin. "Kalau Seon tak boleh lagi—"

"Bertahan, Seon!"

"Jantung Seon, untuk noona.. Noona kena sihat,"

"Seon!"

"Hyung kena jaga noona,"

"T-tak, Seon!"

Seorang jururawat menahan Changmin daripada memasuki ruang kecemasan. Lelaki itu melihat katil yang diusung menjauhi, akhirnya menghela nafas, plastik yang dipegangnya dilepaskan, darah yang memenuhi tangannya dipandang lemah, "Seon.. Yojung.."

Dance for Two ; Ji ChangminWhere stories live. Discover now