Hati aku dipagut sayu. Dalam hal ini Faiq agak bersalah. Tetapi dah tertulis jodoh milik kami berdua. Arwah Hilman sempat juga menjadi jodohku walaupun sebentar. Berat beban yang ditanggung oleh Hilman selama ini.

"Esha tak tahu di mana keistimewaan Esha dalam kisah hidup Bie mahupun arwah Hilman. Esha cuma nak ucap terima kasih kerana sudi terima segala kekurangan yang ada pada Esha."

"Bie akan cintakan Esha hingga akhir nafas Bie." Dia terus mengucup dahiku. Limpahan kasih yang tak terhingga meresap dalam hati ini.

"Ingat tak lagu Rintihan Merindu? Lagu yang pernah Bie ciptakan dan arwah Hilman nyanyikan." Faiq berkata lagi.

Aku mengangguk tanda sebagai tahu.

"Sebenarnya Bie buat untuk Esha masa itu. Saja aje tipu. Mana ada Bie cipta lagu tu masa zaman bujang. Masa zaman bujanglah Bie sibuk cari awek." Faiq seloroh.

Aku menjeling Faiq tajam.

"Lagu tu menzahirkan perasaan sakitnya hati bila melihat orang kita cintai bersama dengan orang lain. Sakit hati bila kita hidup dalam kepuraan. Sakit tau terpaksa berpura bencikan Esha masa itu. Sedangkan hati Bie ini menjerit rindu untuk Esha."

"Esha ada simpan lagi lagu tu." Aku membuka telefon lalu memainkan lagu itu.

Suara Hilman kedengaran menyanyikan lagu itu merdu suara yang di miliki oleh Hilman ala-ala penyanyi Zamani Slam pun ada. Kalau dia jadi penyanyi dulu pun okey juga.

Belum habis aku menutup lagu itu. Tak sanggup nak dengar sehingga habis. Inilah Rintihan melodi rindu yang Faiq persembahkan buatku. Rintihan yang tak dapat diungkapkan hanya dengan kata. Rintihan rindu yang tak tertanggung.

"Sudahlah berpeluk aje dari tadi. Tak reti nak makan?" Mendengar suara milik Ryana. Kami terus meleraikan pelukan.

"Kau ni potonglah Ryana." Aku mengesat air mata yang sedikit jatuh.

"Sebelum kau orang berdua melayan perasaan sampai terbang jauh ke London balik hari. Baik aku kacau dulu. Kang ada pulak menangis kat sini. Orang datang sini nak bercuti rehat. Tenangkan fikiran. Apalah korang ni." Ryana mula membebel.

"Iyalah." Aku akur.

"Budak-budak pun tahu nak makan. Kau orang berdua pun makan pun aku nak kena ajak." Ryana sudah melangkah pergi.

Aku dan Faiq saling berpandangan sambil tersengih.

"Jomlah sebelum kawan sayang mengamuk!" Ujar Faiq sambil berbisik di telingaku. Kami berdua hanya mengekori Ryana menghampiri kelompok manusia yang riuh bergelak tawa di tambah pula dengan suara budak-budak makin meriah.

Aku dan Faiq duduk di atas tikar yang dihamparkan. Sesekali mengambil karipap buatan Mak lalu dikunyah. Sengaja kami kami tempat di mana aku dan Faiq bertemu semula. Port Dickson. Saja nak mengimbau kenangan. Sekarang pun Faiq dan aku pun sudah menetap di Kuantan. Macam yang telah dijanjikan kami akan meneruskan apa yang Hilman tinggalkan iaitu perniagaannya.

Aku tatap satu persatu wajah bahagia mereka. Inilah kebahagiaan yang ku impikan sejak dulu. Sesungguhnya selepas hujan itu pasti ada pelangi. Orang-orang yang ku kenali sudah bahagia dengan keluarga sendiri. Aku pandang wajah anak-anakku. Merekalah jantung hatiku. Anugerah yang tak ternilai harganya. Syukur yang terucap kerana masih diberi peluang bersama. Kepergian insan seperti Feiqah, Ratna, Hilman dan Mama mengajarkanku erti hidup supaya lebih dewasa.

Ku lihat Faiq, Inilah cinta pertama dan inilah cinta terakhirku. Ku pohon agar kami terus bersama sehingga akhir hayat dan terus kuat dalam menempuh dugaan kerana anak-anak. Semoga hubungan kami yang terbina semula atas restu orang tua kali ini membawa berkat. Ya Allah, terima kasih tak terhingga buat-Mu kerana mempertemukan kami berdua. Ujian dari-Mu yang buat kami selalu berdoa menjadi orang yang kuat. Semoga kami terus berada dalam jagaan-Nya. Janganlah palingkan hati antara kami berdua. Limpahkan sakinah, mawaddah dan warahmah agar terus teguh hubungan ini biarpun di pukul badai dan ombak.

-TAMAT-

-TAMAT-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rintihan Melodi RinduWhere stories live. Discover now