******

Dalam ralit aku memerhati kain baju di dalam kedai. Aku terlihat kelibat Faiq dan Ryana sedang bersembang di dalam sebuah restoran. Aku mengambil kesempatan untuk menghampiri mereka.

"Assalamualaikum." Aku pandang wajah Ryana dengan senyuman sinis.

"Walaikumussalam." Balas Faiq bersahaja.

"Boleh duduk sekali?" Soalku sekali lagi.

Ryana hanya mengangguk perlahan. Kedua mereka hanya membisu saat aku duduk.

"Kenapa? Tak selesa ke aku duduk sini? Kalau tak, tak apa aku boleh balik." Belum sempat aku bangun Ryana menarik tanganku menyuruh aku duduk semula. Ryana memberi isyarat suruh aku duduk. Aku hanya akur.

"So macam mana persiapan perkahwinan awak Faiq? Mesti awak rasa terlalu bahagia kan? Iyalah nak kahwin dengan orang yang paling-paling awak cinta selama ini. Mesti best kan, awak boleh jadi imam yang baik dan bimbing dia ke Syurga. Insya-Allah." Soalku dengan mesra walaupun terselit dengan perlian. Aku mula menggunakan panggilan awak-saya sebagai tanda hormat yang dia pernah jadi suamiku sebelum ini.

Ryana sudah terjegil matanya memandangku.

"Saya tak ada mood nak kahwin. Sedih sebab Arwah Feiqah tak dapat tengok saya berkahwin. Setiap malam, saya curi-curi dengar yang Feiqah tak lekang mendoakan saya supaya ditemukan dengan jodoh yang baik." Ujar Faiq dengan nada yang sebak. Sayu hatiku mendengar luahan hati Faiq.

"Faiq, dengar sini." Suara aku dilembutkan. Aku tatap wajah bekas suamiku.

"Saya tahu awak tak bahagia dengan pilihan mama awak. Saya tak nak awak korbankan kebahagiaan kerana mama awak ntuk kali kedua. Cukuplah. Awak masih muda Faiq, awak boleh cari perempuan yang lebih baik. Lebih baik daripada bekas isteri awak dulu Faiq."

"Kalau Hilman yang belum jadi suaminya pun susah nak lupakan apatah lagi saya yang dah pernah hidup dengannya. Berkongsi kasih sayang dengannya. Menyemai cinta bersama. Tak semudah itu Esha untuk mencintai perempuan lain. Hidup saya dah musnah selepas kehadiran Ratna. Dah tak ada apa yang perlu saya harapkan. Mama pun mesti bahagia kalau dapat lihat pengorbanan saya ini."

Hatiku begitu sebak mendengarnya. Benarkah cinta lelaki ini masih utuh padaku. Ya Allah, berikanlah sinar kebahagiaan pada lelaki ini. Kau berikanlah balasan yang setimpal atas perbuatan terlaknat Ratna.

"Saya tahu bercakap tak semudah melakukannya. Apa-apa pun jadi antara kita. Kita tetap akan jadi sahabat. Ariz tetap anak kita. Saya takkan halang Ariz berjumpa awak. Saya doakan urusan perkahwinan awak berjalan dengan lancar Faiq."

"Terima kasih Esha." Balas Faiq.

"Kau keluar dengan siapa ni?" Soal Ryana yang lama membisu.

"Sorang aje ada hal sikit tadi. Aku nampak kau orang berdua tengah bersembang tu saja nak join sekali. Shakeel mana ya?"

"Dia ada tadi tapi pergi tandas entah mana sampai sekarang tak nampak muka." Ryana tercari-cari kelibat suaminya.

"Cepat atau lambat seseorang itu pasti akan mendapat balasannya. Mesti pernah dengarkan perkataan ni. Kita hanya mampu merancang seterusnya Tuhan yang tentukan. Semuanya berlaku dengan izin Allah S.W.T . Doalah yang baik-baik. Eh, aku pergi dululah. Malam ni Along ada buat makan malam besar. Datanglah Faiq kalau free boleh tengok anak. Kau pun Ryana ajaklah suami kau sekali. Hilman dah beli banyak makanan untuk malam ni. Jangan lupa ya." Aku bergegas bangun.

Faiq dan Ryana hanya mengangguk.

"Insya-Allah." Balas Faiq.

Aku ternampak kelibat Shakeel baru keluar dari tandas. Apalah Shakeel ni biarkan isterinya berdua-dua dengan lelaki lain walaupun hadapan orang awam. Kalau orang lain nampak mesti akan mendatangkan fitnah. Aku menggelengkan kepala lalu tersenyum pada Shakeel.

"Aku pergi dulu. Assalamualaikum." Aku terus melangkah pergi daripada situ. Aku tak berani nak ulas panjang tentang Faiq. Aku tahu Faiq masih bersedih dengan kepergian Arwah Feiqah. Demi janji, Akak akan tunaikan permintaan terakhir kau adik. Tuhan itu ada. Tenanglah adik disana. Insya-Allah Abang Faiq akan temui kebahagiaan juga suatu hari nanti walaupun bukan dengan Akak.

 Insya-Allah Abang Faiq akan temui kebahagiaan juga suatu hari nanti walaupun bukan dengan Akak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rintihan Melodi RinduWhere stories live. Discover now