1

61 8 43
                                    

Seperti hari2 biasa, haerin melangkah masuk ke dalam butik milik ommanya. Selepas omma dia meninggal dunia, dia lah yang banyak uruskan butik itu bersama dengan rakannya, Choi Hayoun.

Pada awalnya haerin tidak mahu mengambil alih butik itu, tapi bila mengenangkan usaha2 ommanya yang bersusah payah mahu membangunkan butik itu, akhirnya haerin mengalah.

Hanya dengan jaga dan majukan butik itu sahaja dia mampu membalas jasa ommanya selama ini. Appa haerin pula adalah seorang bekas idol, Park Jimin. Dia hanya mengharapkan anak perempuannya yang seorang itu.

Haerin pada mulanya mahu tinggal bersama appanya, tapi appanya sendiri menghalang. Sudahnya dia dan hayoun menyewa satu rumah kondo yang berdekatan juga dengan kawasan butik dan kawasan perumahan appanya. Kalau apa2 jadi, senang nak tengok.

Lee Juyeon merupakan pemilik kedai kasut branded yang betul2 berada di sebelah butik milik omma haerin. Sebenarnya diorang ni memang dah kenal dari zaman sekolah lagi, termasuklah hayoun dan ahli TheBoyz yang lain. Cumanya diorang ni tak boleh berjumpa, ada sahaja benda yang nak digaduhkan. Hayoun sahaja lah yang selalu bergaduh dengan diorang, haerin hanya jadi pemerhati sebab dia malas nak masuk campur, kerja dia hanya memberhentikan hayoun daripada terus melawan.

Juyeon pula dia hanya mengambil dua orang pekerja, itupun lelaki juga. Alasan dia tak nak ambil ramai pekerja sebab dia malas nak bayar gaji, padahal duit dia berkepok-kepok dah. Alasan sebenarnya dia nak ada di kedai hari2 supaya senang dia nak usha haerin.

.

.

"Hae!", haerin tak memberi apa2 respond.

"Yah Park Haerin!", jauh betul haerin mengelamun, hayoun panggil pun dia tak dengar. Dah puas hayoun pekik nama dia, barulah dia sedar dari lamunannya.

"Hm nak apa?", tanya haerin.

"Kau menung apa sampai aku terpekik-pekik nama kau pun kau buat pekak je?", tanya hayoun semula lalu minum air. Sakit tekak gamaknya dari tadi duk pekik nama si haerin.

"Tak ada apa lah, teringat dekat omma aku je", kata haerin dan menundukkan kepalanya ke lantai. Rindu benar dia pada omma kesayangannya.

"Haih", hayoun mengeluh dan duduk di sebelah haerin.

"Hae, harini dah genap 3 tahun omma kau pergi. Tak nak pergi tengok dia?", tanya hayoun dengan lembut. Dia tahu, haerin kalau bab2 macam ni dia sensitif sikit.

"Kau teman aku, boleh?", hayoun hanya menganggukkan kepalanya. Memang setiap tahun dia akan temankan haerin pergi tempat permakamam ommanya. Dia tak akan biarkan haerin seorang diri pergi ke sana.

Tiba-tiba ada orang yang membuka pintu butik dari luar, yang disangka kan customer rupa-rupanya pemilik kedai kasut dekat sebelah. Siapa lagi kalau bukan Lee Juyeon, dia masuk ke dalam butik dengan sejambak bunga ros putih yang dah cantik diikat. Dia berjalan ke arah haerin dan hayoun.

"Kau nak apa ni? Dengan bunga-bunga bagai?", tanya hayoun. Haerin masih dengan muka tiada reaksi dia. Malas dia nak layan si juyeon tu.

"Korang nak pergi tengok omma haerin kan kejap lagi? Bunga ni tolong lah letak kat situ sekali. Cakap dengan immeo [makcik], bunga ni dari juyeon yang kacaks yang bakal jaga anak dara dia sehingga nyawa ini habis ahaks", haerin hanya menjeling. Tak habis2 dengan ayat manis dia tu. Dia ingat laku lah ayat macam tu?

"Perasannya kau, aku simpati dengan kau juyeon. Dah lah keluar lah kau, kotor butik ni nanti, aku malas nak samak", kata hayoun menghalau juyeon.

"Eh helok sikit eh, kasut aku ni kasut branded okehh. Sukati je nak kutuk kasut aku", balas juyeon tak nak kalah.

"Ah aku tak kira, keluar keluar. Haerin pun muak dah tengok muka kau"

"Eh kau muak ke tengok aku haerin? Tak kan? Yelah, siapa je yang boleh muak tengok muka aku yang handsome, bersih, suci lagikan murni ni. Ok lah aku chau lu", juyeon terus beredar selepas mengangkat bakul sendiri. Hayoun hanya merengus geram, haerin pula buat tak endah. Malas dia nak layan juyeon tu, boleh sakit kepala.

.

.

Tempat Permakaman

Haerin memandang locker yang menempatkan abu2 ommanya dengan air matanya yang tak berhenti daripada mengalir. Beginilah dia setiap kali dia datang ke tempat ni, air matanya sentiasa nak mengalir. Selalu je haerin tahan air matanya dari mengalir, tapi dia tak cukup kuat bila dah berhadapan dengan ommanya.

Hayoun hanya memerhati dari belakang. Setiap kali haerin jadi macam tu, tak pernah pun dia cuba pujuk haerin. Bukan dia tak nak, cuma dia tahu. Kalau dia pujuk pun, haerin tak akan termakan dengan pujukkan itu.

Haerin bukan macam perempuan lain yang bila menangis mahu ditenangkan oleh orang lain. Haerin jenis yang lebih suka tenangkan diri dia sendiri. Dia lebih tahu cara untuk tenangkan hati dia. Haerin nampak kuat di luar, tapi kalau pasal omma dan appanya, dia automatik jadi lemah. Tambah2 lagi kalau appanya diserang penyakit. Bagi dia, cukuplah dia hilang omma dia. Dia mahu jaga appanya sampai akhir hayat dia, tak pernah sekali pun terdetik dalam hati dia untuk berkahwin walaupun umurnya dah sesuai sangat kalau nak berkahwin.

Setelah haerin puas berjumpa dengan ommanya, dia mengajak hayoun beredar dari situ. Mereka masuk ke dalam kereta hayoun, dia memang tak akan bagi haerin drive seorang diri, takut dia mengelamun nanti tah kemana-mana dia pergi nanti. Suasana dalam kereta sepi, hanya bertemankan lagu yang bermain di radio. Yang radio pun asyik pasang lagu sedih apahal? Macam tahu2 je perasaan haerin sekarang macam mana.

"Youn, hantar aku kat rumah appa aku. Lepastu kau balik je lah, nanti aku balik sendiri, kalau aku tak balik tu aku tidur kat rumah appa"

"Serious?", tanya hayoun.

"Ya, nanti pandailah aku cari jalan nak balik. Aku boleh je pinjam kereta appa aku lagi satu"

"Yelah", hayoun terus ubah arah untuk pergi ke rumah appa haerin. Tak jauh mana pun, dalam 15 minit dah sampai. Sampai sahaja mereka di depan rumah teres 2 tingkat itu, haerin terus keluar dari kereta dan menyuruh hayoun pulang terlebih dahulu. Sudah hilang bayang kereta hayoun, baru lah dia masuk ke rumah appanya. Bersih je rumah tu, tak ada apa2 pun yang perlu dikemas.

Puas haerin mencari kelibat appanya di setiap pelosok rumah itu, tapi masih belum ada bayangan appanya. Nak kata appanya keluar, kereta elok terparkir dekat depan tu. Haerin memanggil-manggil appanya.

"Appaa!"

"Ooooo appaa!!"

Haerin masuk ke dalam bilik appanya, kosong. Dia terdengar air dalam bilik air terbuka, haerin mengetuk pintu bilik air banyak kali.

"Appa!!", tiada sahutan. Haerin mula panik, terus disepaknya pintu bilik air itu sampai terbuka.

"APPAAA!!!"

aku tahu hambar tapi ha entohler

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.


aku tahu hambar tapi ha entohler

[OG] Heart Stealer || LeeJuyeonOù les histoires vivent. Découvrez maintenant