"Tahniah bro, akhirnya aku dapat tengok kau bahagia. Inilah senyuman yang aku dah lama aku nak tengok. Korang pun sama cantik sama padan." Puji Faiq. Dia terlihat biasa saja.

"Bila Abang Hilman nak berlangsung majlisnya?" Soal Feiqah.

"Abang ingat nak nikah sekali time abang chik nikah dengan Kak Ratna." Balas Hilman tenang.

"Abang chik tak cakap apa pun. Kenapa Feiqah langsung tak tahu?" Wajah Feiqah yang tersenyum tadi terus berubah.

"Abang chik saja buat keputusan mengejut. Iyalah, dah dua tahun. Bilalah kami nak langsungkan." Faiq bersahaja biarpun jelas kelihatan dia tak bahagia.

"Awak tak plan apa-apa pun nak lamar saya?" Aku segera mencelah.

"Sebab tu Hilman tak nak Sha balik. Hilman nak lamar Sha dekat sini. Bersaksikan keluarga Hilman di sini. Alhamdullilah, mereka sambut baik kedatangan awak dalam hidup saya. Terima kasih kerana sudi terima saya dalam hidup awak." Hilman tersenyum manis. Lesung pipit Hilman yang membuatkanku menjadi angau tak keruan.

"Sama-sama." Balasku malu-malu.

Kedengaran mulut Ariz riuh bercakap dengan tak jelas. Dia pun seolah-olah gembira dengan berita ini.

Ariz yang berada di bangku bayi itu aku kucup pipi comotnya yang penuh nasi. Ariz ketawa mengekek. Inilah kebahagianku. Anak adalah segala-galanya.

"Tahniahlah, tak sangka pulak Faiq pilih tarikh nikah kita sama kan?" Sinis Ratna sambil menghulurkan tangannya kepadaku.

Aku rasa teragak-agak untuk berjabat tangan dengannya. Aku hanya tersengih.

"Sorry, tangan saya kotor tak boleh sambut salam awak." Bohongku.

Merah padam muka Ratna menahan marahnya. Yang penting ada aku peduli.

"Hilman pergi tandas dulu. Nervous tadi pun tak hilang lagi tau." Aku terdengar Hilman berbisik sekali lagi.

Aku mengangguk sebagai tanda faham. Hilman melangkah pergi.

"Bagus sangatlah nak kahwin tu. Esok-esok jangan curang lagi sudah. Syukurlah orang tu tak balik pada anak aku." Puan Maria menyindir aku.

"Janganlah risaulah makcik, saya pun tak hingin ke anak makcik tu. Dulu anak makcik jugak yang terhegeh nak ke saya." Aku tersenyum sinis memandang Puan Maria yang mengetap bibir menahan amarah.

"Awak boleh tak jangan kurang ajar dengan mama saya." Faiq seperti naik angin.

"Apa kau ni?" Aku mengerutkan dahi.

"Dia tu tak ada budi bahasa sebab itu mama memang tak berkenan dengan dia ni. Entah ubat guna-guna apa yang dia hembus pada Hilman. Itu yang Hilman tergilakan dia." Kata-kata Puan Maria membuatkan ku naik angin.

"Mulut tu jaga sikit jangan bercakap macam saya ni tak ada agama."

Puan Maria mengejekku dengan menjuihkan bibirnya.

Spontan aku menepuk kedua belah tanganku membuatkan semua mata keluarga besar itu memandangku. Aku dah tak peduli. Apa nak jadi malam ini jadilah. Aku tak akan biarkan maruahku dipijak lagi.

"Puan Maria, hebat betul kan Puan? Hebat sangat dan terlampau hebat! Hebat berkata-kata! Saya tak dapat nak gambarkan perasaan saya semasa menjadi menantu kepada Puan Maria. Oh, sebelum terlupa. Saya bukan nak ceritakan aib wanita tua ini. Tidak, tidak sama sekali. Saya juga bukan nak cerita baik tentang dia sebab sepanjang saya jadi menantu dia. Dia tak pernah berbaik dengan saya. Saya tak tahu apa masalah puan ni. Sekarang ini saya tujukan soalan yang sama pada puan. Kenapa puan benci sangat dengan saya?" Soalku pada hujung ayat aku sengaja keraskan suara.

"Aku benci tengok muka kau! Aku tak berkenan kau."

"Klise lah jawapan tu. Saya tak ada niat nak kurang ajar dengan puan. Jangan sesekali cabar kesabaran saya. Saya ulang sekali lagi ni jangan cabar kesabaran saya. Puan tak kenal saya sepenuhnya. Jangan sampai saya bertindak secara kasar. Kau pun Faiq berapa kali aku dah pesan pada kau. Cakap pada mama kau. Aku bencikan kau. Tengok muka kau pun aku meluat! Kau ulang ayat tu pada telinga mama kau sampai dia boleh faham!" Jeling aku pada Puan Maria. Faiq langsung tak melawan. Suasana berubah menjadi tegang.

Puan Maria tak banyak kata dia terus beredar dari situ.

Mak Long Mazlina dan Pak Ngah Marzuki hanya menggeleng. Mereka tahu kisah sebenar tentang aku. Mereka bukan tak faham perangai adik mereka Puan Maria bagaimana. Ikut keras kepala dia saja. Walaupun Mak Long Mazlina dan Pak Ngah Marzuki tak berapa mengenali aku tapi mereka memilih mempercayaiku berbanding Puan Maria.

Hilman yang baru keluar tandas memandang semua dengan hairan.

"Eh, kenapa semua diam ni?" Soal Hilman.

Semua yang berada disitu hanya berlakon seperti tak ada berlaku apa-apa. Mereka terus menyuapkan makanan ke dalam mulut masing-masing.

"Tunggulah Hilmanlah. Lama sangat pergi tandas tu buat apa." Balasku sekadar menceriakan suasana.

"Tak ada apalah. Eh, moh ler kita makan. Esok masing-masing dah balik. Kau pun Faiq malam ni ajelah kau dapat lepas rindu pada anak kau. Esok dah nak balik dah. Kau balik KL ke terus fly Kelantan?"

"Aku dah book ticket dengan Feiqah. Ingat nak terus fly ke Kelantan. Sorry, Ratna tak dapat balik sekali. Aku ada hal penting." Jawab Faiq dingin.

Ratna mendengus marah tapi sikit pun Faiq tak peduli.

Aku menghela nafas panjang. Puan Maria telah hancurkan kebahagiaan pada malam aku di lamar oleh Hilman. Sampai sekarang aku masih tak faham mengapa Puan Maria membenci aku sampai begitu sekali.

 Sampai sekarang aku masih tak faham mengapa Puan Maria membenci aku sampai begitu sekali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rintihan Melodi RinduWhere stories live. Discover now