Syafiqah yang tak dapat menahan geram itu terus mencubit pipi Akif perlahan sambil membalas "sama sama" kemudian dia senyum kepada Akif.

Akif beralih pula ke arah kakak yang seorang lagi, dia menghulurkan tangan. Dia membuat perkara yang sama dengan Syafiqah tadi

dia mencium tangan Aaira "hai Akif" Aaira menyapa kanak kanak itu

"eh mana akak tahu nama Akif, ni mesti umi bagitahu kan, umi ni biarlah Akif kenalkan diri sendiri" Akif membuat muka monyok sambil tangan memeluk tubuh

"alololo sorry Akif umi tak sengaja minta maaf ya" kak Lana memujuk Akif

"ermm tak apa lah" dia merajuk sekejap sahaja kemudia dia memandang semula ke arah Aaira

"akak ni nama siapa?" tanya Akif

"taknak lah panggil akak nampak muda sangat pula panggil aunty je nama aunty Aaira" kata Aaira yela dia sedar diri yang usianya sudah menginjak ke angka 27 tahun.

Sudah layak kanak kanak panggil dia aunty bukan seperti Syafiqah tak sedar diri umur sebaya dia masih nak panggil diri tu kakak.

"ouhh... okay aunty kalau yang ni aunty yang ni pun aunty juga lah kan, nama aunty apa?" Aaira tersenyum senang bila melihat wajah mencuka Syafiqah.

Baru nak rasa diri dia muda sikit, Aaira ni potong betul la.

Tapi cepat cepat dia tersedar kemudian dia membalas pertanyaan Akif  "nama aunty Syafiqah tapi akif boleh panggil aunty Iqa"

"ouhh okay" Akif membuat gaya ok menggunakan tangannya

"ha akif dah habis berkenalan belum, kalau dah jom lah kita makan" ajak kak Lana yang daripada tadi hanya jadi pemerhati sahaja.

Suka dia melihat muka Akif yang kelihatan gembira bila bertemu dengan orang baru,

biasanya hidup Akif hanya di temani dengan keluarga dia dan suaminya sahaja.

Tapi bila melihat Akif yang kelihatan suka berbual dengan Aaira dan syafiqah buatkan hatinya senang

"dah jom lah umi makan, Akif pon dah lapar" Akif membuat muka comel sambil menggosok gosok perutnya yang agak ke depan itu

Aaira dan Syafiqah yang melihat keletah comel Akif itu hanya tersenyum dalam masa yang sama geram melihat muka comel Akif itu

"kat rumah tokmi tadi tak makan ke?" soal Lana

"makan tapi Akif nak makan masakan umi juga" Akif tersenyum menampakkan gigi

"ha yela jom Aaira, Syafiqah kita makan" Aaira dan Syafiqah mengangguk kepala kemudian mereka bangun dan berjalan menuju ke meja makan












SELEPAS menolong kak Lana membersihkan dapur, Aaira dan Syafiqah duduk di sofa sementara kak Lana minta diri untuk naik kerana mahu menemani Akif untuk tidur.

katanya senang nak berbual bila Akif sudah tidu.

Sambil menunggu kak Lana, Aaira dan Syafiqah sibuk melihat phone masing masing.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now