Teaser 2

289 6 1
                                    

Teaser Bila Taiko Jatuh Cinta
By :Mia kiff

"Soalan ke tiga..." Jannah tekad, dia harus bertanya sebelum membawa hubungan mereka makin jauh. Sampai bila mereka nak tidur asing-asing, buat hal sendiri. Dia harus cuba mengenali siapa Alex. Dia harus buang segala prejudis dan prasangka.

"Tanyalah. Apa lagi? Hari ni gua kaunter pertanyaan." Menyengat betul balasan Alex.

Jannah mengemaskan tudung bawalnya. Bagaimana diluar, begitulah dia di rumah. Bertutup penuh. Sehelai rambut pun Alex tak pernah tengok. Punya kedekut. Sampai bila nak berkeras hati Alex pun tak tahu.

Jannah tarik nafas cari kekuatan untuk bertanya.

"Awak dah berkhatan ke belum?" Selamba tanya walaupun hati tu berdebar. Segan pun ada.

Alex yang mendengar terus rasa ngilu di situ. Berdiri habis bulu roma teringatkan semua itu. Ia masih segar diingatan.

"Aiyak, Lu tak ada soalan lain ka mau tanya?." Alex menurun nada suara. Merah muka menahan segan. 

" Sebagai isteri, saya kena ambil tahu awak dah sunat atau belum? Penting bagi saya." Jannah buang segala malu. Baginya benda wajib ini, dia kena kisah.

"Gua tak mau jawab. Lu talak malu ka?"

"Malu ke tak, saya kena tau.Bukan susah pun awak nak jawabkan.."

"Rahsia." Alex cuba abaikan soalan peribadi itu. Jannah dijeling sekilas.

" Ya atau tidak?" Jannah berdegil.

"Apasal Lu nak tau sangat? Lu bukan nak guna pun, tak penting pun untuk Lu tau..." 

"Alex, ni bukan soal nak guna atau tak. Saya tak nak awak peluk Islam ni sekadar nak main- main atau sekadar nak kahwin dengan saya. Saya nak awak serius. Saya tak pernah nampak awak solat kat rumah ni."

"Gua peduli apa Lu tak nampak. Bukan gua buat nak bagi Lu tengok."

"Iyalah tu, sebab tak tau itu yang saya tanya. Entah-entah awak tak sunatkan? Sebab tu tak nak ngaku." Provok Jannah buat Alex tercabar. 

"Mau tau sangat? Mari sini gua bukak seluar kasi Lu tengok. Lu check sendiri..." Alex acah-acah mahu tarik zip seluar membuatkan Jannah menjerit dan lari masuk bilik.

Akhirnya Alex gelak sendiri. Tahu takut? Tadi kemain nak tahu sangat. Sekejap? Apasal Jannah tiba-tiba tanya pasal ni? Dia sudah mahu gunakah?

Bila Taiko Jatuh Cinta Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora