Bab 1 (Extended version)

19 1 1
                                    

Rana Ardini

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

Rana Ardini

Rana memusing-musingkan cincin bertahta berlian di jari manisnya. Kilauannya yang menyerlah tentu saja menandakan ia bukanlah cincin yang murah. Harganya sahaja mencapai belasan ribu seperti yang sering diungkit Saif. Ungkitan yang semakin kerap menghias bait kata Saif akhir-akhir ini hingga mengguris hatinya.

Dahulu, dia bangga. Cincin berlian ini menjadi tanda ikatan dirinya seorang wanita kini punyai suami. Demi tersarung sahaja cincin ini, syurga dan masa depannya kini beralih pada seorang insan bernama Saif Irfan. Kecoh semua sepupunya yang perempuan membelek cincin tersebut usai akad nikah. Rana dipandang sebagai seorang wanita paling bertuah.

Dia masih ingat bagaimana dia tersenyum bahagia lebih-lebih lagi ketika Saif memeluknya untuk sesi bergambar. Saif Irfan, seorang pilot kini menjadi miliknya. Semua memandang mereka pasangan paling secocok sesuai dengan Rana yang ketika itu masih menyandang jawatan pramugari.

"Hmmm baru masuk lima tahun berkahwin, takkan kamu dah nak mengadu macam-macam dengan mama?" Kata-kata tajam Datin Azian, ibu mentuanya mematikan lamunan Rana. Dia mengetap bibir menahan rasa sambil dia memandang sayu memohon simpati.

"Seorang isteri patut patuh pada suami. Kena banyak-banyak bersabar. Bercakap pun jangan meninggi. Itukan syurga kamu?" Tambahnya lagi membuatkan Rana hanya mampu mengangguk kepala lesu.

Ya, syurga di bawah tapak kaki Saif, suaminya. Kerana itu Saif merasa wajar bagi dirinya menguis tubuh Rana menggunakan kaki setiap kali dia melafazkan bosan melihat wajah Rana. Selalunya, Saif akan menghamburkan kata-kata betapa kehadiran Rana hanya menyusahkan dan menyemakkan mata.

"Rana tak pernah meninggi suara pada Saif, mama. Rana.. Rana cuma sedih Saif berubah kebelakangan ini. Selalu marah-marah." Dia cuba membela diri membuatkan ibu mentuanya mendengus perlahan.

"Itulah silap kamu. Bersedih! Jangan, jangan bersedih sangat! Cuba berusaha sikit. Kalau tayang muka sedih, lelaki mana tak bosan? Cuba kalau kamu senyum dan bersabar? Bukan susah pun kan?"

Senyum? Bagaimana mahu senyum kalau Saif sering menyuruhnya mengemas kain baju untuk kembali pada ibunya? Bagaimana mahu senyum suaminya sendiri menuduhnya menumpang di rumah yang dibeli oleh Saif sebelum perkahwinan mereka? Seorang isteri mana yang mampu tersenyum menahan rasa apabila suaminya sering mengamuk menghamburkan kata-kata kesat dan menolaknya hingga terjatuh?

Isteri mana yang mampu tersenyum?

Rana telan air liur mencari kekuatan. Dia tidak mahu menangis di depan mertuanya. Walaupun matanya sudah mula bergenang, digagahi jua mengutip semangat supaya air mata itu tidak jatuh.

"Masaklah sedap-sedap bila Saif balik. Kain baju dia kemas elok-elok. Rumah kena bersih." Sambung bapa mentuanya pula meyokong isterinya.

"Kami bukan nak membela Saif tetapi kamu fahamkan apa yang kami cuba sampaikan ni?"

Kaulah PermaisuriKde žijí příběhy. Začni objevovat