"Momma !"
Serentak Aryn dan Deo yang hampir menyatukan bibir mereka kembali menjarakkan tubuh apabila Nini menerjang tubuh Aryn dengan sebuah pelukan.
Deo mengerutkan dahi, hampir mencampak budak itu kembali ke laut akibat terlalu geram.
"Ceci Leonie !"
Aryn, Deo dan Nini serentak menoleh ke arah pekikan suara itu. Aryn mengedipkan mata apabila tubuh Nini yang berada didalam pelukannya diangkat oleh seorang gadis.
"Ceci pergi mana ? Puas Mama cari dalam bangunan hotel ! Ya Tuhanku dekat pantai rupanya !"
Deo bangkit, mahu menarik Nini kerana seperti Nini memberontak mahu dilepaskan. Deo mulai was - was. Adakah gadis dihadapannya ini menipu ?
"Nini nanak dengan Mama ! Mama tamo belikan Nini aiskrim !"
Aryn cuba bangkit dan Deo terus merengkuh pinggang gadis itu hingga gadis itu mampu berdiri walaupun kedua kakinya mengeletar.
"Mama takmo belikan aiskrim sebab gigi Nini hampir yilek. Kecil - kecil lagi gigi dah tak ada. Nini nak pakai gigi palsu ke ?"
Nini mencebikkan bibir namun tetap mengeleng takut. Dia mahu jadi model bila besar nanti.. model mana yang pakai gigi palsu..
Nini memeluk leher ibunya, meminta maaf dengan nada lirih dan hampir menangis.
"Anak kau ke ?" soal Aryn, tidak mempedulikan soalan bagai mahu cari gaduh.
Lantak lah orang depan ni lagi tua ke apa, tapi macam mustahil sebab tengok muka macam sebaya Aryn saja.
"Ya, anak saya. Maaflah kalau dia susahkan kamu berdua. Saya dengan ayah dia bangun - bangun pagi saja tengok dia dah tak ada atas katil. Puas keliling satu bangunan tapi haih, dia pandai menyorok macam toyol."
Mendengar keluhan sang ibu, kening Aryn terangkat.
"Kenapa tak report dekat pekerja hotel ? Aku dah tanya pekerja dekat kaunter tu dia kata tak ada pula anak orang hilang."
"Terlalu leka cari dia sampai lupa nak buat macamtu. Tu yang teringat tadi terus pergi kaunter, dia cakap ada sepasang suami isteri juga yang terjumpa seorang budak dekat pantai."
"Su..Suami isteri ? Eh tak, tak ! Aku bukan isteri terung ni. Haha, umur aku baru berapa nak kahwin. Sekolah pun tak habis lagi."
Gadis dihadapannya terkekeh, geli hati melihat raut panik Aryn itu. Namun dia hanya mengangguk.
"Oh, tak apa. Tak lama lagi tu. Nampak macam kamu berdua bakal jadi ibubapa yang baik pada bakal anak nanti. Lepas tamat sekolah, kahwin lah. Tak elok bercinta lama - lama nanti basi pula."
Deo mengangguk semangat dan dengan selamba mengecup pipi Aryn, seakan mahu membuktikan pada ibu Nini yang mereka benar - benar bercinta.
"Okay, Nini. Cakap terima kasih dekat abang dan kakak ni. Nanti jumpa lagi ya ?"
Wajah Aryn bertukar muram apabila Nini dibawa pulang oleh ibunya. Namun nyaris sakit jantung apabila suara sang ibu Nini yang begitu lembut tadi bertukar buas apabila melihat sang suami baru kelam - kabut menghampiri mereka.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민
Fanfiction[CHAPTER MASIH LENGKAP] One mistake, lead to another mistake. The Orien, God of Ocean. [Park Jimin BTS Fanfiction] [Greek Gods Fanfiction] ____ [18+ untuk bahasa ] « Plagiat ? Diharamkan » « Inspired ? Tidak diterima » Publish : 30 March 2020 Tamat...
ㅡ EVIF YTNEWT
Start from the beginning
![[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민](https://img.wattpad.com/cover/218657613-64-k234565.jpg)