"Aku cuma tak suka dorang kutuk - kutuk kau dan budak ni. Bengaplah, tak ada akal lah. Halah dia tu, pakai lipstick warna oren tu dah kira pandai lah ?"
Deo mengerutkan dahi, ingin menghapuskan ingatan tentang tiga makcik yang memakai gincu berwarna oren, hijau dan biru. Apa dah jadi dengan orang sekarang ?
Namun dia segera fokus pada ayat Aryn yang sebelumnya itu. Senyumannya mekar dan matanya setia memerhatikan Aryn yang kini sedang menyuap sesudu aiskrim pada Nini yang sepertinya tidak peduli dengan kejadian tadi.
"Oh, risaukan Deo ? So sweet ! Tapi bila fikir balik, Aryn patut risau pasal Deo sekarang ni..."
Aryn berhenti menyuap Nini apabila mendengar nada Deo yang pada mulanya ceria mulai makin lirih. Malah lelaki itu sudah menundukkan kepalanya.
"Apehal kau ni ?" soal Aryn kasar namun tak mampu menutupi resah dihatinya apabila melihat perubahan mendadak Deo itu.
"Aryn leka dengan Nini sampai lupa Deo... Aryn lupa eh Aryn janji nak ubatkan lebam dekat rusuk Deo lepas nyaris kemalangan tadi. Tapi nampaknya Nini lebih penting dari Deo kan ?"
Mata Aryn membulat dan mulutnya sedikit ternganga apabila teringat hal itu. Raut wajah Aryn bertukar panik dan dia segera meraih beg tangannya.
"Aku ingatlah ! Sebelum kita makan aiskrim aku dan beli ubat untuk sapu dekat lebam kau tu ! C..Cuma mungkin sebab aiskrim ni sedap sangat jadi aku leka.."
Aryn mengedipkan matanya, mengabaikan tatapan Deo yang terarah tepat kepadanya. Dia mengambil ubat lalu segera beranjak ke tempat duduk Deo yang berada berhadapan dengannya.
Mereka bernasib baik tempat yang mereka duduki sedikit tersorok kerana berada disudut kedai. Jadi dengan selamba Aryn berlutut ditepi Deo, lalu menyelak baju lelaki itu hingga ke dadanya.
Sebenarnya tak perlu pun sampai ke dada, yelah sebab lebamnya dekat rusuk. Tapi rezeki memanjakan mata, takkan Aryn nak lepaskan ?
Aryn menyapu krim ubat itu dengan hati - hati pada permukaan kulit Deo, sepenuhnya fokus. Deo tersenyum hangat apabila merasa seperti diberikan perhatian. Seperti perhatian seorang ibu.
Ibu..
Senyuman Deo perlahan pudar apabila satu kata itu bermain difikirannya. Mata tajamnya menatap wajah Aryn dengan tatapan yang sukar ditafsirkan.
"Okay, selesai. Mungkin kita kena pergi hospital lepasni, periksa kalau ada tulang patah atau retak. Hm, tapi nak bawa Nini sekali keㅡ"
Kata - kata Aryn terhenti apabila matanya tidak melihat kelibat Nini ditempat duduk mereka. Aiskrim diatas meja masih ada namun budak kecilnya sudah lesap entah kemana.
Deo yang sedar wajah Aryn sudah memucat pun menoleh ke hadapan, mengedipkan mata apabila melihat bangku yang tadi diduduki oleh Nini kini kosong.
"O..OH MY GOD ! NINI ?! MANA NINI ?!"
Aryn menunduk untuk melihat ke bawah meja dan semakin panik apabila Nini langsung tidak kelihatan. Dia mengipas wajahnya, hampir pitam.
"DEO ! NINI ! NINI !"
Deo yang otaknya baru tersambung terus berdiri dan bergegas mencari disetiap ruang didalam kedai aiskrim itu.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민
Fanfiction[CHAPTER MASIH LENGKAP] One mistake, lead to another mistake. The Orien, God of Ocean. [Park Jimin BTS Fanfiction] [Greek Gods Fanfiction] ____ [18+ untuk bahasa ] « Plagiat ? Diharamkan » « Inspired ? Tidak diterima » Publish : 30 March 2020 Tamat...
ㅡ RUOF YTNEWT
Start from the beginning
![[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민](https://img.wattpad.com/cover/218657613-64-k234565.jpg)