"Jadi kekasih akulah, budak kecik."

_________

"WAHHHH LAUT LAUT LAUTT SANA LAUT SINI LAUT SANASINISUNU LAUT !"

Deo terkekeh melihat betapa semangatnya Aryn yang sudah hampir melompat kecil ditempat duduknya apabila pemandangan hamparan laut yang begitu indah.

"Ya, laut. Sikit lagi kita sampaiㅡ ARYN !"

CKIT !!

Deo menekan brek secara tiba - tiba dan segera menarik lengan Aryn hingga gadis yang tadinya menjulurkan kepala ke luar tingkap tertarik masuk kembali kedalam kereta.

Sesaat kemudian, sebuah lori meluncur laju, nyaris menebas kepala Aryn jika saja Deo tidak pantas menarik lengan gadis itu.

Deo meringis apabila rusuknya terhantuk stereng kereta akibat menekan brek secara mengejut.

Aryn yang masih lagi dalam keadaan terkejut nyaris mengalirkan air mata, sedar yang nyawanya hampir melayang kerana kelalaian diri sendiri.

Deo segera melajukan kenderaan hingga tiba ke destinasi mereka iaitu sebuah resort yang berhampiran dengan sebuah pantai.

Sebaik saja berjaya meletakkan kenderaan, Deo perlahan memeluk Aryn, menenangkan gadis yang kini mengigil itu.

Aryn terus membalas pelukan Deo, menyembunyikan wajah ke dada bidang Deo. Namun ketika pelukannya dieratkan, kedengaran ringisan Deo yang seperti kesakitan.

Aryn melepaskan pelukan dengan dahi yang berkerut. Dia menatap Deo tepat dimata.

"Kau luka ke ?"

Namun Deo hanya mengelengkan kepala dan tersenyum namun bukan Aryn namanya jika berpuas hati dengan balasan meragukan Deo itu.

Segera Aryn menjauhkan tubuh mereka hingga ada sedikit jarak. Gadis itu dengan selamba menyelak keatas baju t-shirt putih yang dipakai Deo.

Deo mengedipkan mata namun kembali meringis apabila jemari Aryn menekan lembut rusuknya yang berdenyut sakit akibat terhentak stereng kereta.

Aryn mengigit bibirnya, perasaan bersalah hinggap dihati. Dapat Aryn lihat kesan lebam berwarna ungu yang segaris dengan tato nevermind yang tepat terlukis dirusuk lelaki itu.

Aryn mengabaikan betapa seksinya Deo dengan tato itu dan lebih memilih menarik turun kembali baju itu hingga menutupi tubuh Deo.

"Balik bilik kita tuam dengan air suam. Surutkan bengkak. Kalau tak elok juga kita kena pergi hospital." ujar Aryn tergesa - gesa.

Deo tergelak, tubuh terhentak ke tempat duduk. Aryn sedar, jika Deo tertawa, lelaki itu pasti tidak dapat mengawal gerak tubuh. Senang saja terlempar, terguling, terjatuh apabila terlalu leka ketawa.

"Kenapa ketawa ? Tak lawak lah. Aku baru hampir hilang kepala, kau pula baru hampir patah tulang rusuk. Bahagian mana yang lawak, terung khazanah negara ?"

Walaupun tawa Deo telah reda namun mata itu masih menyepet hingga Aryn tidak nampak iris berwarna ungu gelap milik lelaki itu.

Warna iris yang pelik, mungkin Aryn patut tanya Deo lain kali, adakah lelaki itu kacukan korea-terung betul.

"Taklah. Deo cuma terhibur dengan muka panik Aryn. Tak ada apalah, Deo okay saja. Sayangnya Aryn dekat Deo ya ?"

Aryn pura - pura tak dengar dan memilih untuk keluar dari kereta, meninggalkan Deo yang sudah kembali tergelak apabila melihat Aryn yang malu - malu.

Aryn tersenyum lebar apabila angin pantai menyapa sekujur tubuh, buat dia merasa sangat segar. Bila kali terakhir dia ke pantai ? Umur 5 tahun mungkin ?

Mungkin dia patut berterima kasih pada Deo yang membuat keputusan untuk bermalam dua hari diresort berhampiran pantai agar Aryn dapat menghabiskan masa sebelum kelas bermula.

Seorang pelayan menghampiri kereta Deo sesaat sebaik saja Deo keluar dari kenderaan mewah itu. Deo memberikan wang tambahan untuk pekerja yang tugasnya mengangkat barang bawaan mereka naik ke bilik itu.

Namun ketika mereka tiba dikaunter untuk mengambil kad akses bilik, sesuatu terjadi.

"Maaf Tuan, Puan. Ta..Tapi bilik Tuan Puan masih belum tersedia. Kami tak mempunyai pekerja housekeeping yang cukup dan bilik itu masih belum dikemas lagi."

Deo mengangkat keningnya, memandanv pelayan yang sudah menundukkan tubuh tanda permintaan maaf itu.

Baru saja Deo mahu mengatakan yang dia tak peduli dan mahukan biliknya, Aryn mencelah,

"Ah, tak apa. Bilik tu agaknya siap dikemas bila ya ?"

"Kemungkinan malam ini, Tuan Puan. Maafkan kami diatas segala kekurangan."

"Oh, baiklah. Mungkin kami berdua akan jalan - jalan dahulu dipantai. Barang kami letak dekat depan pintu bilik itu saja."

Deo menjeling sang pelayan dan Aryn segera menarik lengan Deo menjauh dari kaunter itu, berjalan keluar menuju ke persisiran pantai.

"Kenapalah Aryn cakap macamtu ? Sepatutnya dorang tak boleh bagi alasan macamtu pada pelanggan. Kita dah bayar dan tugas dorang untuk berkhidmat dengan pantas dan sesegera mungkin."

Aryn melepaskan rangkulan pada lengan Deo apabila sedar lelaki itu mulai menjadi sangat annoying.

"Kau tak nampak muka pekerja tu macam mana ? Pucat, nampak sangat tak rehat satu hari. Semua bilik penuh dan pekerja sikit. Cubalah prihatin dan mudahkan kerja dorang. Tuhan mudahkan urusan kita kalau kita cuba faham orang lain."

Deo menatap Aryn atas bawah, seakan tak percaya gadis dihadapannya itu adalah Aryn, orang yang sama lupa cukur bulu ketiak belah kiri.

"Wah, Aryn dah matanglah." ujar Deo, takjub.

Dan tapak tangan Aryn hinggap dirambut Deo, ditariknya ganas.

"HUWAAA !"

Aryn terdiam. Telinganya mendengar tangisan tapi yang pasti itu bukan tangisan Deo.

Deo bernafas lega apabila Aryn melepaskan tarikan rambutnya dan turut hairan apabila mendengar bunyi budak menangis.

Tiba - tiba kaki Aryn dipeluk oleh sebuah makhluk berbulu hingga gadis itu hampir meloncat ke atas Deo akibat terkejut.

"Mu..mumaaa ? Hiks!"

Pandangan Aryn dan Deo turun ke bawah, tepat ke arah kaki Aryn dimana seorang budak perempuan berumur 5 tahun yang memakai sebuah kostum ayam berbulu sedang memeluk kaki Aryn sambil menangis.

"ARGH SAPE MAK KAU ?! AKU SINGLE NYAH ! SEJAK BILA AKU BERSALIN ?"

____
TBC
____

Nanad sayang semua, terima kasih sudi setia ya ? terima kasih sudi baca komen vote dan segalanya. Means everything to me. Borahae 😭💜

Goals : 100 komen ❤✨

[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민Where stories live. Discover now