"Hahaha!"  Raisya hanya mencebik mendengar gelak ketawa Ethan di sisinya. Mula mula perlahan lama lama makin galak pula.

"Ya allah abang kata macam tu? Mesti kita speaking en tadi? Aduhai apa agaknya ethan tadi tu fikir eh?"  Ethan cuba membayangkan lakonan semula drama dia amnesia tadi sebelum dia terkekek ketawa kembali. Aduhai.

Raisya perlahan lahan tersenyum jua. Nasib baik aku rindu dengar gelak tawa dia. Kalau tak...memang ada yang kena belasah sampai pengsan sebab bini sendiri jadi hulk. Orang cerita punya beria dia boleh gelak.

"Ish abang ni. Isya seram tau masa tu! Abang dah tak ingat isya. Abang dah tak ingat baby kita. Sedih tau." Raisya memuncungkan bibir. Lagak merajuk. Emosi ibu mengandung tak stabil datang balik nampaknya.

Terus hilang gelak tawa ethan secara mendadak membuatkan raisya berpaling melihat ethan tergamam melihatnya.
"Abang? Kenapa ni? Abang kenapa jadi patung ni?" Dia menyentuh lembut pipi ethan. Risau pula dirinya.

Eh janganlah kau hilang ingatan balik. Ya allah penat aku nak explain siapa aku lagi sekali nanti. Kalau aku tau aku record voice aku masa explain tadi. Boleh guna berkali  kali. Kejap amnesia kejap jadi ethan biasa. Eh dah boleh tukar tajuk cerita ni split personality ethan lah.

Secara tiba tubuhnya ditarik ke dalam pelukan suaminya.
"Isya mengandung? Ya allah alhamdulillah. Abang gembira sangat. Ya allah syukur. Abang sayang sangat sayang. Abang sayang sangat anak kita."  Kedengaran suara ethan yang sudah bertukar sebak.

Raisya yang pada mulanya terkejut perlahan melebarkan senyuman manis dan membalas pelukan suaminya.
"Baby pun sayang walid dia."

Ethan meleraikan pelukan dan tergelak.
"Walid eh? "

Raisya tersengih.
"Isya sukalah nama walid dan umi. Boleh tak anak kita panggil kita macam tu? Please abang?" Dia menggengam erat tangan suaminya. Bodek!

Ethan pula mencium tangan isterinya sebelum mengangguk.
"Abang tak kisah asalkan sayang gembira. Walid pun okay je. Ala ala family arab gitu." Ethan senyum dan dibalas raisya.

Betulla lepas koma ni makin sweet pula suami kite ni?

" Eh  Tapi kan bukankah isya selalu cerita pasal baby masa melawat abang? Kenapa abang tak ingat pasal ni pulak?"

Wajah ethan seperti mengingat sesuatu lantas dia mengangkat bahu.
"I don't know. Ada yang abang dengar saat isya bercakap. Tapi pasal baby kita tak dengar pula. Maybe as a suprise kut bila abang sedar."

Raisya mengangguk mengerti. Dia menyentuh balutan di kepala ethan.
"Mesti sakit kan?" Perlahan dia menyoal sambil meneliti balutan ethan secara dekat.

Ethan menatap mata isterinya.
"It's alright as long my home is with me." Ethan laju mencium pipi raisya dan mengeratkan pelukan di pinggang. Tangannya turut mengusap perut raisya. Alhamdulillah ya allah.

Raisya senyum suka dan menyandarkan diri ke badan ethan. Amboi sweet bethiol suami kita gais. Inilah sebab aku tak nak kehilangan dia.

Forever. 

.

**************************************

.

Luth mencium haruman sejambak bunga yang dipegangnya. Dia tersenyum dan dia mula keluar dari perut keretanya.

Dia terpaksa ke luar negeri ke Melaka kerana hal kerjanya selama 7 hari dan sekarang baru dia sampai di depan rumahnya. Tiada apa yang berubah kecuali   kucing jirannya yang sudah selamat beranakn3 ekor anak kucing baru. Macam mana dia tahu? Luth mikail memang seorang pencinta kucing.

Sejambak bunga itu dia ingin hadiahkan kepada siapa lagi kalau bukan maysarah raisya. Rindu pula dia ingin melihat wajah manis raisya. Tambahan dia masih berasa serba salah kepada wanita itu. Pertemuan terakhir mereka meninggalkan rasa kesal dalam hatinya.

Baru sahaja dia ingin melangkah masuk, kedengaran perbualan di dalam rumah.

"Saya tak kira. Saya nak pergi ambil isya. Entah apa yang dia buat di hospital tu sampai 2 hari hilang." Suara puan izzah menyapa gegendang telinga. Raisya 2 hari di hospital? But why? Luth mula memasang telinga 100%.

"Awak ni kenapa izzah? Mestilah dia tengah khusyuk menjaga suami dia yang sedang sakit tu. Takkan dia melepak pula. Tengok wayang sambil melantak popcorn. Haish." Ternaik kening luth mendengar kata kata encik salman. Suami sakit? Ethan sakit? Sakit apa?

"Saya tak kira. Pandai pandailah keluarga ethan tu jaga ethan. Si isya tu dua hari tak terurus sebab jaga si ethan tu. Saya nak ambil anak saya. Ha luth alhamdulillah anak ibu dah balik akhirnya. Ibu minta maaf kalau luth masih letih sebab baru balik tapi boleh hantarkan ibu ke hospital?"  Tersentak luth apabila puan izzah sudah menyedari kehadirannya dan menuju hingga di depan matanya. Luth menelan air liur. Sebenarnya dia masih tak faham. Dengan keadaan sekarang. Dia bagaikan anak yang masih baru lahir ke dunia. Blur gila ni. Tak da siapa boleh explain ke?

Author nak explain bukan dia dengar pun.

Apa yang dah berlaku sebenarnya seminggu dia tidak ada di sini? Kenapa isya  kena jaga ethan? Teruk sangat ke sakit ethan? 

"Bo..boleh ibu." Sebagai anak yang baik pantas dia patuh mendengar kata kata ibunya.

Terus puan izzah mengukir senyum.
"Alhamdulillah. Sabar ya ibu nak tukar baju."

Luth hanya memerhati langkah puan izzah yang menjauh dengan perasaan keliru.

"Ethan kemalangan luth. Dia koma." Ujar encik salman yang dapat melihat raut wajah keliru luth mikail. Manakan tidak kening luth sudah ingin bercantum sahaja dia tengok kerana bingung yang amat.

Perjelasan encik salman cukup membuat mata luth membuntang. Terkejut gila weh!
Ethan koma? Seriuslah? Seriuslah moonton? Jangan di masukkan soloz di sini.

"Macam mana boleh jadi macam tu ayah?"

Encik salman tersenyum kelat dan menepuk bahu luth.
"Ayah tak berapa pasti. Tapi ayah betul betul kasihan lihat nasib isya dan ethan.  Jom nak. Kita masuk dalam kereta dulu. Tunggu perempuan bersiap alamatnya memang tertidur kita dibuatnya. Beria bersiap bagai siapa je nak tengok dia tu?"  Setepek encik salman membahan bininya. Baik saya sokong pakcik.

Luth menunduk. Ethan koma. Raisya.....isya mesti tengah sedih. Perasaan di dalam hati mula berasa serba salah.

Bunga di tangan dipandang. Nak ke pemilik bunga terima bunga ini?







.
Hai siapa ada rindu luth? ( ha saya saya) siapa rindu ethan and raisya? ( ha dia dia) okeh.

Last

Siapa rindu author??? * krik krik

Heh takpe. Majuk gini.

Sorry for late update k? Heheh tekan bintang kecil tu woi! Sorry ada typo! Ehek!

Puan izzah cantik ke? AHAHAHAHA tiber.

Heh author lonely tengok scene sweet raisya ethan tu. Hm. Pishang.



DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now