18

7.3K 664 49
                                    

Raisya melihat nama bangunan di hadapannya kini.

Blue and Hazel Holdings

Ha betulla ni. Raisya terus memakai hoodie putihnya dan berjalan ke dalam bangunan itu. Tidak tahu perasaannya kini. Teruja ? Nervous? Takut? Rindu? Semuanya bercampur menjadi satu!

Sejak perbalahannya dengan sang jejaka biru, ethan mendiamkan diri. Sudah 3 hari berlalu dan raisya sudah tidak tahan. Ya, dia rindukan lelaki itu. Jadi dia terpaksala melakukan langkah pertama untuk meminta maaf. Ethan, sabar ya. Saya nak datang ni!

Ethan merenung laptopnya. Dia teringat perbualannya bersama eric semalam yang hingga sekarang membuatkan dirinya bingung.

"Actually luth mikail is her adopted brother. The eldest son to her adoptive family. "

Ethan merenung dinding. Kalau betul itu abang angkat raisya mengapa dia sanggup memalukan adik kesayangan sendiri? Melainkan...

Dia cintakan raisya!

Ethan mengeluh. Ada je la orang ketiga! Sibuk betulla. Raisya..menyebut tentang nama itu, sungguh dia rindu akan gadis itu tapi hal antara mereka menyukarkan dirinya untuk kembali mencari raisya. Melupakan raisya? Dia tidak pasti. Akan menjadi sukar baginya.

"Sorry sir ganggu sir. Tapi ada orang nak jumpa." Suara p.a nya yang datang dari alat khas di atas mejanya membuatkan dia berhenti dari memikirkan tentang luth mikail dan maysarah raisya.

"Siapa ni dina? Saya dah kata kan saya tak nak diganggu." Annoying betulla! Dahla banyak kerja ni.

"Errr ada seseorang nak jumpa dengan sir. Dia kata dia pujaan hati sir." Teragak Dina ingin memberitahu bosnya perihal gadis berhoodie putih yang sedang senyum di hadapannya ini. Ingin dihalau kesian pula.

Ethan mendengus pelik. Pujaan hati? Siapa pulak manusia ni?
"Say to the unknown, I only give 5 minutes. "

Dina menghela nafas lega. Dia memandang gadis di hadapannya.
"Cik, encik daniel ethan kata cik hanya diberikan 5 minit sahaja."

Raisya mengangguk laju. Okayla tu dari ethan tidak mahu berjumpa langsung dengannya.

Tuk tuk tuk!

"Come in!" Laung ethan. Matanya tertumpu pada pintu pejabatnya. Ingin mengetahui siapa gerangan yang berani mati mengaku sebagai pujaan hatinya?

Dia lihat seseorang  berhoodie putih masuk. Dia cuba melihat wajah itu tetapi dihalang hoodienya.
"Who are you?"

Raisya menghembus nafas gementar mendengar soalan Ethan. Sudah lama tidak mendengar suara itu. Rindu! Perlahan lahan dia membuka hoodie di kepala. Dia tersenyum kecil apabila berpandangan dengan Ethan. Ya allah rindunya pada lelaki ini.

Membesar sedikit mata ethan melihat di hadapannya kini raisya.
"What are you doing here?"

Raisya selamba menapak ke arah ethan dan mengambil tempat di atas kerusi empuk di hadapan ethan.
"I miss you."

Ethan terpanar sebentar sebelum diingatkan dirinya tentang kejadian 3 hari lepas.
"If there's nothing important you want to say, you can go."  Dia kembali menghadap laptopnya.

Raisya bersabar. Dia tahu semua itu salahnya sehingga ethan menjadi dingin kepadanya. Dia meletakkan beg yang berisi bekal di atas meja ethan.

Ethan mengerling raisya yang sedang membuka penutup bekal makanan.
"Are you serious? You came here just want to eat? At my office?" Tanyanya geram.

Raisya senyum.
"Nope. Bukan saya yang makan. Awak yang akan makan dalam pejabat awak. Saya tahu awak tak breakfast lagi." Dia mengeluarkan sudu dan menceduk nasi goreng yang dibawanya.

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now