The Truth Untold

31 1 2
                                        

Tak tahu di mana silapnya.. Akhirnya aku di sini lagi bersendirian.. Mengenang nasib dan cinta yang terputus ditengah jalan untuk kedua kalinya.. Dengan alasan yang sama mereka pergi..

"Maaf.. Aku telah dijodohkan oleh keluargaku.. Aku hanya mampu terima dan mula mencintai dia yang telah dipilih untukku" aku hanya mampu terdiam dan terpaku.. Mengalirlah air mata membasahi pipi, rambut dan bantalku..

Hanya air mata yang menemani malam-malam ku.. Tiada lagi pesanan atau perbualan sebelum melelapkan mata.. Tiada lagi senda gurau yang pasti akan aku rindui..

Kadang aku tertanya apakah aku tidak layak untuk berganding dengan mereka? Mengapa mereka sanggup membuat aku begini? Tidakkah mereka merasa sakit seperti yang kurasa? Mungkin tidak.. Kerana mereka telah mempunyai belaian hati selain aku.. Kekosongan yang mungkin tidak sempat mereka rasai telah diisi dengan wanita lain..

Namun apa lagi yang boleh aku lakukan selain mempamerkan senyuman palsu agar dapat mengurangkan bebanan didalam hati biarpun aku tahu ianya sia-sia.. Ia cuma topeng untuk melindungi titisan darah yang mengalir dihati..

Jadi perlahan-lahan kukutip serpihan hatiku dan mencantumnya semula.. Kesian hatiku.. Copang-camping tidak berbentuk.. Mengalir air mata mengenangkan betapa bodohnya diri ini sekali lagi percaya dengan janji manis seorang lelaki yang bukan untukku..

Tidak mengapa sang hati.. Suatu saat nanti akan ada seorang lelaki untukmu.. Menyuburkan bunga-bunga yang telah ditinggal layu tanpa sempat mekar.. Merawatmu sehingga titisan darah itu berhenti semula.. Mewarnai dan menghentikan denyut menyakitkan ini..

Seseorang yang akan mencintaimu tanpa ada alasan untuk pergi.. Seseorang yang akan membimbing tanganmu di hadapan altar Tuhan dan berjanji sehidup semati.. Until the day before us.. I'll take care of my heart.. I'll love myself because i'm so precious.. Why would i cry for someone who never cherish me..

So.. Please bear in your mind.. Never ever again to fall in love with someone who never love you like you love them.. Love is mutual.. If you love him for 99% and he only about 1% or less.. You'll be hurt again.. You'll fall for the same loop..

Tue, August 11 2020
0114am
#LoveMyself
#LoveYourself💜

HurtStories to obsess over. Discover now