2

257 82 10
                                    

It's all winter here, even in August

My heart is running on the time
Alone on the Snowpiercer

Wanna get to the other side of the earth, holding your hand

Wanna put an end to this winter

How much longing should we see snowing down

To have the days of spring.




"Argh!" Soobin terjaga dari mimpinya. Semenjak lawatan ke Pulau Jeju diumumkan oleh abangnya Seokjin, dia kerap bermimpi perkara yang sama. Peluh membasahi mukanya.

Sungguh, mimpi itu berulang lagi.

Mimpi di mana Seokjin dan kawan-kawannya jatuh ke dalam sebuah pusaran air yang dalam dan hilang.

Peluh pada wajahnya diseka. Matanya melirik pada jam loceng di sebelahnya.

Pukul 5.36 pagi.

"Kau ok?" pintunya dibuka, kelihatan Seokjin sedang menggosok matanya. "Aku dengar kau menjerit lagi."

"Aku ok, cuma termimpi buruk." ucap Soobin.

"Lagi?" Seokjin menghampiri Soobin yang sudah berposisi duduk di katilnya. Sebaik sahaja Seokjin melabuhkan punggungnya di sebelah Soobin, Soobin memeluknya erat.

Terkedu Seokjin dibuatnya Perlahan-lahan tangannya membalas pelukan adiknya itu.

"Kenapa dongsaeng?" soal Seokjin hairan. Kerap kali dia mendengar jeritan adiknya itu pada setiap pagi.

"Takde pape, nak peluk je. Rindu. Lusa hyung nak pergi lawatan dah."

Seokjin ketawa. "Haih, hyung pergi empat hari je. Kejap je tu." Seokjin melepaskan pelukan Soobin, diramasnya rambut Soobin yang berserabai.

"Betul ni, hyung? Janji? Hyung akan balik?"

"Janji."


****

"Baiklah, saya benarkan cikgu sertai lawatan tu. Semalam dieorang tak habis-habis ketuk pintu suruh cikgu J sertai lawatan tu. Haih pening saya dibuatnya." ujar cikgu Baekhyun tersengih.

Cikgu Jihyo ketawa kecil mendengarkan kata-kata Baekhyun. Tak sangka pelajar-pelajarnya itu berbuat begitu.

"Terima kasih banyak cikgu. Lagipun, ni kan lawatan terakhir dieorang. Dapatlah saya ada kenangan dengan dieorang." ujar cikgu Jihyo tenang.

"Rapat sungguh cikgu dengan dieorang. Lagipun diorang tu memang barisan pelajar terbaik kat sekolah."

Jihyo tersenyum.

"Jadi kursus cikgu saya akan tunda pada bulan depan."

"Baiklah, terima kasih banyak-banyak."

****

Ketujuh-tujuh pelajar itu duduk di kantin sambil menjamah makanan masing-masing.

"Seingat aku sekarang ni dah nak musim bunga." Jimin bersuara sambil membuka bungkusan rotinya.

"Memang musim bunga dah pun kan?" Namjoon membalas.

"Yakah? Aku tak nampak bunga-bunga jatuh cam dalam drama pun?" soal Jimin hairan.

"Ish, kau nak feel macam drama la ni?" Hoseok menyampuk. Ditumbuk pelan bahu Jimin yang munggil itu.

"Apa salahnya, berangan kejap." Jimin tersenyum bangga.

"Dekat rumah aku Jimin, banyak bunga gugur, lawa." seloroh Jungkook sambil mengunyah roti.

"Tak sangka eh, musim bunga kali ni dengan lawatan kat Jeju. Pergh,  best weh..."

"Seokjin, asal senyap je?" Yoongi menepuk perlahan bahu Seokjin. Semua memandang ke arah Seokjin yang sedari tadi hanya banyak diamkan diri.

"Humm..." Seokjin berdehem seketika. "Adik aku, mimpi benda yang sama lagi."

"Mimpi buruk?" Hoseok meneka.

Seokjin mengangguk.

"Mimpi buruk pasal apa?"

"Pasal kita."

Kesemua mereka diam sejenak sebelum Namjoon bersuara, menjernihkan keadaan.

"Biasalah tu, semua orang pernah mimpi buruk. Tak ada apa-apanya. Lagipun kita kan nak ciptakan kenangan terakhir kita dengan cikgu Jihyo? Kemon lah, ni tahun terakhir kita kut! Pastikan ia bermakna!"

"Maksudnya cikgu Jihyo sertai?" tanya Jungkook.

Namjoon mengangguk. "Aku terserempak dengan cikgu tadi. Gembira bukan main aku."

"Yeah," Taehyung dan Jimin sudah membuat high five.

"Ala, kau jangan risau Jin. Abaikan yang pelik-pelik, kita fikir yang positif je okey?" Yoongi memeluk erat bahu Seokjin.

Seokjin tersenyum kecil. Benar kata Yoongi, dia harus tenang dan berfikir positif.

Spring Day (COMPLETED)Where stories live. Discover now