Raisya tergamam. Betulkah itu yang terjadi? Peritnya apa yang dilalui ethan berbanding dirinya. Kuatnya suami aku ya Allah. Dan aku? Aku pula meroyan macam orang gila tidak dapat menerima kenyataan.

Kejap kejap adakah ini bermakna..

"Ya isya. Dia tak mati lagi. Dia kuat sangat. Dia cedera parah dan sekarang koma. So aku nak kau kuatkan diri kau untuk tolong dia kuat sekali. Kau kata korang ni each other home kan? " amirah tersenyum kecil kepada raisya dan mengusap pipi adiknya.

Wajah raisya mula berubah. Sebak datang kembali. Kali ini lebih memeritkan tetapi membahagiakan. Tangannya bertindak menggosok mata gaya budak kecil menangis.
"Tapi doktor tu kata dia dah mati! Amirah! Aku gembira sangat. Aku tak patut kata bukan bukan. Aku tak patut jadi macam ni..ini semua takdirNya. Kuatnya suami aku mirah."

Amirah dan farhan tergelak kecil melihat raisya yang seperti budak kecil. Farhan mengusap pula kepala raisya.
"Raisya, tu orang lain. Pesakit tu kenalan abang. So abang tanyalah keadaan dia pada doktor sebab abang terkejut tengok kawan abang tak sedarkan diri..rupa rupanya Allah lebih sayangkan dia."

Raisya mengangguk. Tanda faham. Aduh kenapa tak cakap awal awal? Buat penat saja aku buat drama air mata mengalahkan cerita Adam Dan Hawa. Romeo and Juliet.

"Isya, aku nak kau kuatkan diri kau juga. Jaga kesihatan tu betul betul. Jaga emosi! "
Pesanan amirah membuatkan wajah raisya bingung.

"Kenapa?"

Amirah dan farhan berpandangan sebelum keduanya tersenyum penuh makna.
"Sebab anak aku akan dapat sepupu. Boleh lah aku jadi makngah nanti." Amirah dan farhan gelak.

Raisya terhenti sebentar. Cuba mencerna kata kata amirah.

Jap jap. Kalau dia nak jadi makngah, antara beradik kita perlula mengandung kan? Nak kata haris, uish budak tu mana kahwin lagi. Dahla bawah umur! Abang luth? Dia tu single bujang pula tu. Agak nya ada awek ke tak? Aku? Aku dah kahwin. Aku gembira dengan suami aku. And aku....takkanlah?!

Membuntang mata raisya dengan mulut yang sudah tertutup dengan kedua tapak tangan.

"Takkanlah! Aku...pregnant?!" Tanyanya separa kuat.

Amirah mengeluh dan menggeleng kepala.
"Isya isya! Kau nak fahamkan ayat aku ambil masa 5 minit tau tak! Eee!"

Raisya tidak hiraukan ayat perlian amirah sebaliknya dia masih menutup mulut yang automatik ternganga.

"Jadi betullah?! Aku mengandung?! Anak ethan?! Anak kami?!" Tanyanya kuat lagi sambil bergilir memandang kedua wajah di hadapannya.

Amirah terasa ingin menepuk kepala. Dari tadi aku explain ! Ni yang aku nak rembat orang ni.

"Yeeee isya!kau mengandung! Anak kau dan ethan! Apa masalah otak kau ni? Sel otak kau tak berhubung dah ke?"

Raisya tergelak mendengar kata kata amirah. Wajahnya mula terukir senyuman ikhlas. Berseri mukanya berbanding tadi.
"Im gonna be a mother mirah! Ya allah alhamdulillah !" Tanpa berlengah raisya menadah tangan dan meraup ke wajah.

Bersyukur dengan nikmat Allah yang tidak ternilai!

"Kalau ethan tahu mesti dia gembira kan." Nada raisya mula mengendur kembali.

Farhan mengangguk dan tersenyum.
"Of course lah. Dia kan akan jadi bapa."

Raisya mampu senyum kecil. Mesti bahagia kalau dia mampu memberitahu ethan. Mesti wajah ethan berseri mengalahkan kuih seri muka. Kan? Kan? Kan? Oi jawablah!
"Abang farhan, wad ethan di mana?"
Mata raisya bersinar. Rindu pada suami mula menggebu. Tak sabar ingin menatap wajah ethan.

.

.....................................................................

"Abang, isya bangga sangat dapat suami sekuat abang. Abang ni kan. Dahla hensem, baik, beriman, kuat! Manalah perempuan tak sangkut!Isya kagum sangat dengan abang. Dari kecil abang sudah kuat. Maksud isya abang bukan kuat fizikal. Yela takkan kecil kecil abang dah ada bicep abs kan? Maksud isya abang kuat tangani dugaan Allah. Ibu bapa abang dibunuh. Abang jadi anak yatim. Orang yang abang sayang pun dibunuh. Macam mana abang masih kuat? Ish isya dari dulu idolakan sikap abang. Walaupun kisah isya sama macam abang. You know, sama sama anak yatim tapi keluarga isya kemalangan bukan dibunuh. Tapi Isya tak pernah bercinta dan hilang kekasih. Haih apalah yang abang amalkan sampai kuat sebegini? Ha sayang?" Tanyanya seperti ethan akan menjawab soalannya.

Raisya senyum sebelum dia mencium jemari ethan yang digenggam . Cincin kahwin mereka di usap di jari manis ethan.

"And isya nak satu je permintaan . Isya nak abang kekalkan kekuatan abang tu untuk kalini. Abang kena kuat supaya cepat cepat boleh sedar. Abang tak rindu nak tatap wajah isya ke hm? And isya nak abang kuat untuk anak kita. Our baby sayang. Mesti dia nak jumpa bapa dia kan? Abang pun mesti tak sabar jumpa dia kan? So, cepatla sedar semula and smile for me. Isya tak puas nak hidup dengan abang dan maybe tak akan puas pun! Sebab abang kebahagiaan isya! Eh isya nangis lah abang. Kenapa isya nangis ni? Aduh! Abang bangunlah cepat. Tolong lapkan air mata isya ni. Penatlah nak lap air mata ni! Dari haritu asyik asyik nak keluar tanpa isya pinta. Lagi lagi bila berborak dengan abang. Eish!"

Mulalah kesengalan si raisya.

Raisya pantas mengambil tisu dan mengelap air mata. Hingusnya turut dihembus. Haiyo! Aku tak nak nangis! Tak rock lah macam ni asyik cengeng je!

Dia mengusap perutnya.
"Kita sama sama kuat ya sayang. Demi walid sayang juga." Ujarnya bagai bercakap dengan anak yang dikandung.

Raisya tersenyum manis.
"Isya tak tahula kenapa isya suka nama walid. Abang boleh tak nanti anak kita panggil abang walid? Dan isya...umi? Isya suka sangat. Bila isya imagine dia panggil kita macam tu kan, terus isya tersenyum. Eeee isya tau isya gedik tapi sukahati isyalah! Anak kita kan? Lantaklah. " raisya tersenyum teruja. Aduh raisya sejak memgandung makin teruk gedik anda.

Raisya melihat jam di pergelangan tangan.
"Alamak dah hampir sejamlah. Abang isya minta maaf tapi isya nak kena balik dah ni. Abang faham fahamlah ayah dan ibu tu selalu risau pasal anak kesayangan diorang ni keluar lama lama. Okaylah itu sahajalah kisah harini yang raisya ceritakan , and the today's keyword is 'kuat'. Isya pergi dulu ya." Memang setiap hari saat melawat ethan,mulutnya pasti akan menceritakan sesuatu. Macam macam dia katakan. Seperti berborak bersama ethan sahaja lagaknya. Tapi tulah. Sekali mulutnya terbuka ingin bercerita sesuatu, terus bibirnya pot pet pot pet tidak berhenti.

Argh biarlah mulut aku bukan anda. Diriku hanya ingin membuang rasa bosan di hati.

Raisya berdiri dari tempat duduk dan mencium tangan ethan bagai menyalami suaminya. Perlahan bibirnya hinggap di dahi kedua belah pipi ethan.

Raisya tersenyum nakal sebelum mencium bibir ethan sekilas.
"Take care sayang. Stay strong for us. Isya akan datang lagi esok and maybe always make time to come here because you're my home alright? And isya cepat rindu abanglah. Tu yang kejap kejap nak datang. Abang mesti suka kan isya selalu datang? Kalau abang tak suka, isya ambil penyapu isya rembat abang. Rembat manja manja je okay? Ya allah banyaknya isya talking harini! Okeh Bye sayang .Assalammualaikum my king." Raisya mengusap rambut ethan dan mula menapak melangkah pergi.

Sesak pula ingin meninggalkan suaminya yang terlantar sudah masuk hari ke 4.

Abang cepatlah bangun!

Bangkit cepat sayang supaya dapat lihat semula isterimu yang jelita ini!





.



Ya allah bukan kaleng kaleng kebencian korang pada luth ya? Strok aku baca komen korang HSHSHSHs apa salah luth pada korang sampai dibenci sebegini HSHSHSHSHs

Dia punya meroyan ethan mati another level bethiol! Takkod sis!

Ha ethan masih di bumi kan? Tekan bintang kecil tu!maaf typo ya gais.

So any suggestions for puan izzah's ending? Or luth? Mana tau saya berminat dengar cadangan anda.






DIA...Encik Mata Biru (✅)Onde histórias criam vida. Descubra agora