"Bapak mengada. Manja gila kau ni ey anak mak eh ?" rungut Aryn tapi tidak melepaskan rangkulan lelaki itu.

       Aryn kembali merebahkan tubuh dan menghadap siling, membiarkan Deo mengusap permukaan wajah lelaki itu ke lengannya, seperti anak kucing.

     Aryn menghelakan nafas dan menoleh ke arah kiri, ingin melihat betul ke lelaki itu masih tertidur atau ini semua agenda si terung untuk mengambil kesempatan.

    Namun Aryn tidak dapat melihat mata lelaki itu kerana rambut panjang Deo yang sudah menutupi dahi yang luas serta matanya.

    Aryn berdecak rimas. Walaupun helaian rambut lelaki itu lembut dan wangi, tapi serabut itu buat Aryn tidak senang duduk.

    Aryn menarik beg silangnya, mengeluarkan dua getah rambut miliknya. Gadis itu memusingkan tubuh menghadap ke arah Deo lalu perlahan menyelak helaian rambut yang jatuh ke dahi luas itu.

     Dia mengikat rambut depan itu ke belakang, tanpa sengaja membuat gerakan seakan memeluk Deo.

      Terlalu fokus mengikat rambut Deo, Aryn langsung tidak sedar apabila lelaki itu semakin rapat dan tanpa sengaja mengusap wajahnya berhampiran kawasan larangan Aryn.

     "Woi ! Dada aku !" jerit Aryn dan segera menjauhkan diri dari Deo.

      Dan..

     BRUKK !

     "Aw ! Dasar terung kecil tapi gatal !" raung Aryn apabila punggungnya terasa sakit akibat jatuh ke lantai yang walaupun berkarpet tetapi masih keras itu.

      Deo tersedar apabila bunyi gedebuk yang menyakitkan itu kedengaran. Wajah mengantuk dan kelirunya bertukar panik apabila melihat Aryn dilantai, sudah mengerang sakit sambil mengelus punggung.

     "Aryn ? Ya Tuhan lasaknya tidur sampai berguling ke lantai !" ujar Deo lalu bangkit mengendong Aryn.

      Aryn mahu memaki kerana tak tahu ke lelaki ni dia terjatuh sebab perbuatan biadapnya ? Namun dia meringis apabila Deo meletakkannya ke atas sofa kembali.
     

       "Kau ㅡ urgh dah lah ! Masa tidur pun miang !" bebel Aryn, bengang.

         Deo menaikkan kening. Jujur dia masih dalam mood bermimpi dan rohnya pun belum sepenuhnya masuk ke dalam tubuh hingga buat dia sedikit pening.

         Jeritan Aryn buat dia terjaga dari tidur secara mengejut. Tidak tahan dengan rasa pening, Deo tanpa sedar terhuyung - hayang dan jatuh menimpa Aryn.

       "Argh ! Woi pinggang aku !" jerit Aryn dan merasa nasib malang menimpanya berkali - kali.

      Deo mengedipkan mata berkali - kali cuba buat rasa peningnya hilang. Aryn yang melihat Deo hanya diam dengan wajah sedikit pucat itu pun bertindak.

    "Wui. Kau kenapa ?" soal Aryn sambil bangkit, mengabaikan punggungnya yang berdenyut.

      "Pening. Mungkin terjaga dari tidur mengejut rasanya.." lirih Deo dengan kelopak mata masih tertutup.

       Dengan ragu jemari Aryn terhulur, memicit dahi lelaki itu untuk meredakan peningnya. Hati Deo menghangat namun dia sedaya - upaya menahan senyum, takut Aryn menghentikan perbuatannya.

[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민Onde histórias criam vida. Descubra agora