☁️ 23

342 67 26
                                    

°°°

-Dewan Besar Kayangan

"Tahniah Yoon Jeonghan, kamu berjaya selesaikan misi yang diberi."

Seisi dewan menghadap memberi tepukan gemuruh untuk Jeonghan kerana telah berjaya menyelesaikan misi yang diberi.

Jeonghan tersenyum manis ke arah Tuan Besar.

"Terima kasih, Tuan Besar. Kalau tuan tak bagi saya misi ni, sampai bila-bila saya tak tau perkara sebenar."

"Hal kecik, Yoon Jeonghan." Tuan besar tersengih. Dalam hatinya dia sangat gembira dengan Jeonghan. Akhirnya dia dapat tengok Jeonghan tersengih macam kerang busuk semula lepas 5 tahun.

Jeonghan tersenyum. Hanbin yang turut ada di dewan menghadap berasa lega. Walaupun semalam merupakan hari terakhir dia dapat tatap wajah abang dia, dia bersyukur hubungan Jeonghan dan Taehyung dah baik semula.

Jadi hari ni dia dan Jeonghan sama-sama naik ke kayangan untuk berjumpa Tuan Besar.

"Jadi Yoon Jeonghan, saya ada hadiah untuk awak." Tuan besar memberi isyarat kepada pengawal di sebelahnya. Pengawal itu mengangguk, lalu pergi mengambil sesuatu.

"Hadiah apa tuan ? Shoppee sale 11.11 dah lepas, kalau tuan nak belanja saya nanti tunggu 12.12. Ke tuan besar nak bagi saya Ferrari pink yang saya mintak hari tu ?"

"Ini sudah lebih, Yoon Jeonghan. Bagi drumstick, mintak kepak."

Jeonghan tersengih. Dah lama tak berguro dengan Tuan Besar.

Pengawal tadi kembali dengan sebuah kotak bewarna emas di tangannya. Kotak itu dihulurkan kepada Jeonghan.

"Apa ni tuan ?"

"Penghargaan, sempena kejayaan awak. Kami semua dah berbincang dan memutuskan yang awak layak untuk jawatan ni."

Jeonghan memandang Tuan Besar pelik. Jawatan apa pulak haih. Pening la dengan tuan besar ni.

Kotak emas tersebut dibuka menampakkan isinya. Jeonghan agak terkejut apabila melihat isi dalam kotak itu. Hanbin yang memang dah tau semuanya tersenyum gembira.

"Guardian Angel ? Tuan besar siyes ?"

Macam tak percaya. Jawatan guardian angel ni adalah antara yang tertinggi, sebelum naik pangkat jadi dewa. Bukan calang-calang orang dapat jawatan grand ni.

"Kami semua dah sepakat, Jeonghan. Kamu sangat layak untuk jawatan besar ni." Tuan besar tersengih bangga. Eh, kenapa dia yang bangga ? Tibe.

Jeonghan tersengih gembira lalu mengeluarkan bunga simbolik pelantikan guardian angel dari kotaknya.

Jeonghan tersengih gembira lalu mengeluarkan bunga simbolik pelantikan guardian angel dari kotaknya

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

"MANTEB PAK ABUU WOHOOO ! INI LEBIH DARI CUKUP BOSSKU !"

Jeonghan berlari ke arah Hanbin lalu memeluk Hanbin penuh gembira. Akhirnya impian dia tercapai jugak !

"Woi woi, lemas aku hyung." Hanbin menepuk bahu Jeonghan ganas. Kuat sangat Jeonghan peluk dia ni. Takut esok tak sempat tengok jodoh je nanti.

Jeonghan melepaskan pelukan lalu berdiri semula di hadapan Tuan Besar.

"Terima kasih, Tuan Besar." Jeonghan menabik ke arah Tuan Besar. Tuan besar tersenyum.

"Tapi tuan, saya sebenarnya ada hajat lain..."

"Hajat apa Yoon Jeonghan ?"

⊰᯽⊱┈──╌❊╌──┈⊰᯽⊱
.
.
.
❛ʜᴀᴘᴘɪɴᴇss ᴄᴀɴ ʙᴇ ғᴏᴜɴᴅ
ᴇᴠᴇɴ ɪɴ ᴛʜᴇ ᴅᴀʀᴋᴇsᴛ ᴏғ ᴛɪᴍᴇs,
ɪғ ᴏɴᴇ ᴏɴʟʏ ʀᴇᴍᴇᴍʙᴇʀs ᴛᴏ
ᴛᴜʀɴ ᴏɴ ᴛʜᴇ ʟɪɢʜᴛ.❜
- ᴅᴜᴍʙʟᴇᴅᴏʀᴇ
.


Halo ehehe.

𝗮𝗻𝗴𝗲𝗹 '𝘀 𝗺𝗶𝘀𝘀𝗶𝗼𝗻. Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt