R A Y N I L H A M - 1 3 💕

Start from the beginning
                                    

"ok jom. "

"tak pe, biar saya bawak Affan. Awak pergi la dengan Fitra. "kata Arif lalu membawa Affan ke tandas. Syahmi sudah pun tiada di situ kerana awal-awal lagi remaja 17 tahun itu sudah pergi ke tandas.

"ushh, boleh jadi charming daddy la Arif tu. "kata Fitra

Rayn menjeling rakannya.

"gedik la kau. "

"eleh kau, aku tahu hati kau pun berbunga gak. "

"aku dah kahwin. "

Terdiam Fitra dibuatnya. Senyum yang tadinya sampai ke telinga terus memudar.

"aku lupa. "kata Fitra

Rayn tersenyum hambar. Mereka terus menuju ke mcd yang berada disitu.

Selesai makan, mereka pun memulakan perjalanan untuk ke Cameron Highlands.

Sejam kemudian,

"tak sejuk pun. "omel Rayn

"kau pakai hoodie memang la. "kata Fitra

"kita check in hotel dulu ye??? Rayn dengan Fitra nak sebilik ke?? "soal Arif

Rayn dan Fitra mengangguk.

Beberapa minit menunggu, Arif dan Syahmi kembali dengan kad ditangan masing-masing.

"ni kad bilik korang. Nanti tengahari, boleh la turun. Lunch. "

Rayn mengangguk lalu mengambil kad yang dihulur Arif.

Mereka berlima terus naik ke bilik masing-masing.

Rayn, Fitra dan Affan melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Ada sebuah katil bujang dan sebuah katil queen.

"Affan tidur katil kecik tu ek, kak Fitra tidur dengan kakak. "kata Fitra

"mana boleh, Affan nak tidur dengan kakak. "

"ala, Affan ni. Bagilah kak Fitra manja-manja dengan kakak. "

Rayn menggeleng mendengar pergaduhan kecil Affan dan Fitra.

Dia terus menuju ke sliding door dan dibukanya.

Balkoni kecil itu memaparkan pemandangan tanaman sayur di sekitar itu.

"cantiknya!! "suara Fitra bergema disitu.

Sebuah buaian yang ada disitu diduduki.

"mana Affan?? "soal Rayn

"tu. "kata Fitra sambil menunjukkan Affan yang sedang berbaring di atas katil single itu.

Tadi masa sampai, Affan muntah-muntah. Biasalah, mabuk jalan pusing-pusing.

Jadi, lepas penat muntah ditemani Arif. Ni la hasilnya. Tidur.

"aku nak mandi, nak tidur. Nak join??? "

"mandi tu tak nak, tidur tu nak join. "kata Fitra

"kau fikir aku bengkok ke?? "kata Rayn dan terus melangkah ke dalam

Fitra tergelak jahat.

Tepat jam 1 petang, mereka turun ke bawah untuk lunch.

"lepas ni nak pergi mana?? "soal Arif

"ladang teh. Depan tu je. "celah Syahmi

"nak ke?? "soal Arif kepada Rayn dan Fitra

"saya okay je. "jawab Rayn

Manakala Fitra mengangguk.

Selesai makan, mereka terus menuju ke ladang teh yang dikatakan Syahmi.

Rayn dan Fitra apa lagi, amik gambar la.

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now