R A Y N I L H A M - 1 1 💕

Start from the beginning
                                    

Itu hak Rayn. Maafkan abah sekali lagi. Abah lakukan semua ini demi kebaikan dan keselamatan Rayn.

Di dalam kotak pemberian umi, ada cincin, seutas gelang tangan dan seutas rantai leher. Ianya tanda Rayn sudah berpunya. Kepunyaan Umar.

Salam sayang dari abah.

Rayn melipat semula surat itu.

Dia speechless

Dia tergamam

Dia terkaku

Bagaimana harus dia katakan kepada Umar??? Akan kah Umar menerimanya ??

Tentu tidak!!! Umar sayangkan Zahra. Zahra dan Umar sudah pun bertunang.

Namun,  dia tidak boleh membiarkan Tengku Izzani mengambil semua harta itu. Kerana, benda buruk akan berlaku.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

"kau serius la weh!!!!!?? "bergema suara Fitra di dalam bilik guru itu.

Nasib baik, sekarang waktu rehat jadi guru semua keluar makan dikantin.

Rayn mengangguk.

"aku tak tahu nak buat apa. Aku tak boleh bagi semua harta tu dekat mama aku. Dan aku tak boleh kahwin dengan Umar sebab dia dengan Zahra dan bertunang. "

Fitra mengeluh

"berat juga masalah kau ni. Umar dah tahu??? "

"aku rasa, dia akan tahu sebab semalam peguam tu minta number phone Umar. "

"kau sayang Umar?? "soalan cepumas dari Fitra

Rayn terdiam

"aku sayang dia, sebagai seorang abang kepada aku. Seorang pelindung. "kata Rayn

Fitra mengangguk faham.

"aku rasa, Umar akan faham. "kata Fitra

"aku harap la. "

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Pintu rumah Rayn diketuk. Affan yang berada diruang tamu mengambil tugas untuk membuka pintu memandangkan Rayn berada di dapur.

"abang!!! "dengar sahaja suara jeritan Affan memanggil seseorang. Rayn yang sedang membasuh pinggan terus terhenti.

Umar dah balik!!!

Umar terus bergerak ke dapur untuk bertemu Rayn.

"Rayn. "

"hmm. "

"semalam ada peguam call aku, dia kata harini dia akan bacakan wasiat arwah umi ngan abah. Dia kata, dia dah bacakan wasiat untuk kau je. "kata Umar

Rayn memandang Umar lalu mengangguk.

"minggu lepas, dia ada datang sini. Tapi masa tu, Rayn sorang je kat rumah. Affan keluar pergi mall dengan Fitra. "jelas Rayn tenang.

Namun, tiada siapa tahu. Jantungnya bagai mahu meletoppp.

"kakak !!! Abang!!!!  Ada orang datang!! "jerit Affan.

Rayn dan Umar terus bergegas ke ruang tamu.

Kelibat peguam yang datang minggu lepas kelihatan. Rayn mengeluh.

Selepas menjemput masuk, Rayn mengambil beberapa minit untuk membancuh air.

Selesai sahaja, Rayn, Umar juga Affan duduk dihadapan peguam itu.

"minggu lepas, saya datang ke sini. Tetapi Cik Rayn memberitahu yang Encik Umar tiada."kata peguam itu

Umar mengangguk

"saya bekerja di pangkalan TLDM. Jarang balik. "kata Umar

Peguam itu mengangguk.

"ini, Affan?? "soal peguam itu terarah kepada Affan.

Affan mengangguk.

"baiklah, saya akan bacakan wasiat untuk Encik Umar. "

"Puan Zakiah ada meninggalkan sebidang tanah kepada Encik Umar. Encik Umar boleh menuntut pada usia Encik Umar 25 tahun ke atas. "

"ada juga sebuah rumah di Ipoh, Perak dan juga di Putrajaya. Encik Umar wajib menuntutnya kalau tidak, rumah dan tanah akan jatuh kepada saudara Encik Umar, Encik Fahmi. "

Umar terdiam. Fahmi, dia adalah satu-satunya saudara Umar. Dia anak kepada adik arwah bapanya. Namun, hubungan Umar dan Fahmi tidak berapa baik.

"tetapi, "

Umar mendongak memandang peguam itu.

Rayn disebelah sudah memejamkan matanya.

"dengan satu syarat, iaitu Encik Umar perlu mengahwini Cik Rayn sebelum Encik Umar berusia 30 tahun. "

Automatik, semua disitu terkaku.

Umar diam. Wajah Rayn disebelah dipandang.

"boleh saya terus kan??? "

Umar mengangguk.

"untuk Affan Al-Haq pula, Puan Zakiah juga Encik Razif ada menyimpan sejumlah wang yang besar untuk kegunaan Affan pada masa akan datang. "

"seterusnya, rumah banglo bertempat di Ipoh adalah milik Affan. Affan boleh menuntut bila Affan berusia 25 tahun dan ke atas. "

Beberapa minit kemudian, sesi pembacaan wasiat selesai.

Peguam itu pun meminta diri untuk pulang dan kini, tinggal Umar dan Rayn sahaja di tingkat bawah. Affan sudah disuruh naik oleh Umar.

"kau tahu kan???? Aku tak boleh kahwin dengan kau??? "Umar bersuara

Rayn mengangguk.

"aku sayangkan Zahra. "kata Umar lagi

"Rayn tahu, tapi ini melibatkan arwah umi abah. Wasiat dia dan harta peninggalan. Takkan abang dah serahkan semua pada saudara abang?? "

"Rayn tak nak serahkan harta abah, harta arwah atuk dekat mama. "

"jadi kau nak suruh aku kahwin dengan kau la nih??? "

Rayn memandang Umar

"aku cintakan Zahra, Rayn. Dia dah ada dalam hati aku. Aku tak boleh. "kata Umar

"tapi, kita terpaksa. "

Umar mengeluh

"aku anggap kau tak lebih dari adik, Rayn. "

"Rayn pun sama. "kata Rayn namun seketika, hatinga berbisik lain

Betul ke Rayn?? Kau anggap Umar abang kau??? Tak lebih dari abang??? Yakin ke??

"aku balik dulu. "kata Umar lalu beredar dari rumah itu.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Okay, nak masuk korus dahh hihihi

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now