𝐨𝐧𝐞

234 31 45
                                    

"Sayang~", Seonghwa mencuit lengan Aurora perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang~", Seonghwa mencuit lengan Aurora perlahan.

Kelopak mata dibuka dengan berat. Pandang sahaja wajah lelaki itu, bibir wanita itu menguntumkan senyuman kecil kepadanya.

"Ya saya ?", jawab Aurora separuh sedar.

"Mama call tadi. Dia ajak kita breakfast dekat sana.", Seonghwa duduk di atas katil.

"Okey. Awak siap-siaplah dulu. Lagi 5 minit saya bangun.", wanita itu baru menarik sedikit selimut namun si suami membisikkan sesuatu yang terus membuatkan dirinya bangun daripada perbaringan.

"Wake up now or I kiss you passionately untill you can't have enough breath. Choose.", muka gatal itu muncul sekali lagi.

Chup!

Bibir Seonghwa disambar Aurora membuatkan lelaki itu tersentak ke belakang. Lagi sikit sahaja dia hendak jatuh daripada katil.

"Diamlah. Ingat saya tak tergoda ke dengan amaran awak?", ciuman ditamatkan dan jelingan dihadiahkan buat Seonghwa sebelum Aurora masuk ke dalam bilik mandi.

"Ganaslah kesayangan abang ni ! AUM ! ", gelak tawa lelaki itu dapat didengari dari dalam bilik mandi. Aurora hanya menggelengkan kepala melayan suaminya itu.

"Dia punya gatal tak boleh bawa bincang. Nasib yang kahwin dengan dia pun sama level menggatal.", bebel Aurora dengan perlahan di dalam bilik mandi.
-

Aku dan Aurora selamat tiba di Jinju. Hampir setiap hujung minggu kami akan kesini.

Mama dan papa seperti biasa sudah berada di meja makan. Hanya tinggal menunggu aku dan isteri duduk bersama mereka dan menjamu selera.

"Kerja kamu okey, Seonghwa?", papa bertanya kepadaku.

Aku membalas dengan anggukan.

"Okey je. Cuma biasalah kerja office kadang balik lambat. Kadang sampai pukul 2-3 pagi nak siapkan proposal syarikat. Kesian Aurora selalu tunggu Hwa balik sampai tertidur dekat couch.", aku memandang Aurora yang berada disebelahku.

"Kalau ada anak, hidup kamu berdua tak akan sunyi macam itu. Aurora pun tak akan rasa bosan kalau kamu pulang lambat sebab ada budak kecil di rumah.", mama memulakan percakapan.

"Ma, boleh tak kita jangan cerita tentang ini? Hwa tak nak bertekak dengan mama.", aku meraup wajahku dengan kasar.

Mama tidak akan pernah terlepas walau sekali pun untuk mengungkitkan soal anak setiap kali kami berkumpul.

"Maaf, saya nak ke tandas sekejap.", Aurora yang berada disebelahku berhenti makan.

Aku tahu dia terasa dengan mama. Bukti ? Pipinya mulai memerah dan matanya juga hilang fokus.

"Pergilah.", aku mengangguk membenarkannya pergi ke tandas.

Panjang leher mama menjenguk ke dapur; memerhatikan Aurora berlalu pergi.

"Mama nak kenalkan kamu dengan-"

"Here we go again. Mama, Hwa tak akan sesekali menduakan Aurora. Dialah syurga saya. Boleh tak mama faham?", aku menyandar ke kerusi.

Aku sudah naik muak dengan agenda mama yang mengajak kami kesini semata-mata untuk menjodohkan aku dengan anak gadis temannya.

"Tak. Mama tak akan faham kamu jika ia membabitkan keturunan mama. Sampai bila, Hwa? 5 tahun kamu berdua kahwin tapi satu anak pun tiada. Kawan-kawan kamu semua dah ada anak, siap ada yang dah masuk yang keempat macam San.",mama membidaskan kata-kataku.

"Awak tak bolehkan kalau tak bagi tekanan pada anak dan menantu kita? Biarlah mereka hidup bahagia berdua. Mungkin memang itu dah suratan takdir mereka. Kita nak buat macam mana?", papa bersuara menegur sikap mama.

"Aurora tu kalau mandul, daripada dulu mama tak restui perkahwinan kamu berdua. Mama ingatkan bila kamu dah berumahtangga, dapatlah mama rasa hidup ada cucu.", Mama menggulingkan matanya. Roti yang dicicah dengan air kopi disua ke mulutnya.

"Enough. Terima kasih jemput kami. Seonghwa nak panggil Aurora sebentar.", mulut aku lap dengan tisu.

Belum sempat bangun, mataku bertembung dengan mata Aurora yang berdiri pegun di sebelah peti ais.

Aku syak dia sudah dengar perbualan kami bertiga.

"Sayang, jom balik. Awak kata nak pergi cari buku kan ?", dia memandang dengan senyuman meskipun aku tahu hatinya penuh duka ketika itu.

"Kami pulang dahulu ya, mama. Papa. Terima kasih ajak kami kesini.", isteriku membongkokkan sedikit badannya tanda hormat. Mama langsung tidak memandang Aurora. Papa sahaja yang baik dengan Aurora.

Aku tidak tahu mengapa mama tidak memandang sisi sempurna isteriku. Mengapa harus mama memandang sisi cacatnya yang hanya seperti seketul zarah itu? Atau yang cacat itu aku ?

-
"Awak nak cari buku apa?", Seonghwa mengajukan soalan sambil fokus terhadap pemanduannya.

"Mungkin betulkan kata mama?", Aurora mengubah topik.

"Apa yang betul ? Mama cakap apa ?", lelaki itu berpura-pura tidak mengetahui perkara yang dimaksudkan oleh isterinya.

"Stop acting like you did not know what I'm talking about, Park Seonghwa.", Aurora memandang tepat ke wajah suaminya.

"Kalau awak anak yang baik, ikut sahaja kehendak mama awak. Bagi dia cucu. Saya tahu saya tak dapat nak besarkan keluarga kita.", wanita menundukkan wajahnya. Berat juga hendak dia lafazkan ayat itu. Merelakan dirinya dimadukan. Siapa yang mahu ?

Segera Seonghwa memberhentikan keretanya di tepi jalan. Badannya berpusing menghadap Aurora.

"What? No. Saya tak nak. Sayang, listen to me. Saya tak mahu tambahkan rasa sakit hati dalam diri awak. Mungkin kita tak ada anak tapi rezeki lain akan hadir ? Janganlah buat saya macam ini. Awak satu-satunya suri hati Park Seonghwa.", matanya yang berkilat itu benar-benar menunjukkan betapa ikhlasnya dia mencintai Jung Aurora.

"How about... we try again tonight? ", lelaki itu mengebil-ngebilkan matanya kearah Aurora.

"Please sayang~", cair Aurora dibuatnya !

"Sorry, baby. Bulan tengah mengambang.", wanita itu menekup pipi Seonghwa dengan kuat.

Terus mencebik Seonghwa mendengar ayat yang dikatakan oleh Aurora.

"Susahlah perempuan ni. Nak buat projek pun boleh terbantut. Benci betullah aku. ", lelaki itu membetulkan posisi lalu meneruskan perjalanan. Bersama cebikan di bibir.

"Maleh aku layan laki kuat merajuk ni. Complicated.", Aurora memandang Seonghwa dengan muka menyampah.

Suasana kembali senyap.

"Sayang jangan fikirkan sangat kata-kata mama. Hwa tahu awak wanita yang kuat.", tangan wanita itu digenggam kemas olehnya.

"I'll try."


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] AURORAWhere stories live. Discover now