R A Y N I L H A M - 0 8 💕

Start from the beginning
                                    

Rayn mengangguk

"ha, ni pejabat. Pergi la jumpa pengetua. "kata Arif.

Rayn mengangguk lalu memasuki pejabat.

"cik cari siapa ye?? "soal kerani itu.

"saya ada datang 2 hari lepas untuk jawatan cikgu biologi tingkatan 4 serta guru kelas 4 Sains. "kata Rayn

"ouh, cik ni Cik Rayn Ilham la ye?? Cikgu ganti untuk cikgu Aminah. "

Rayn mengangguk.

"mari ikut saya, pengetua dah tunggu cik. "kata kerani itu.

Rayn mengikuti kerani itu sampai ke satu bilik.

"cik boleh masuk. Good luck. "kata kerani itu

Rayn hanya tersenyum.

Pintu diketuk, selepas mendapat kebenaran untuk masuk. Dia pun melangkah masuk ke dalam.

"Cik Rayn Ilham kan?? "soal seorang lelaki

"ye saya. "

"jemput duduk. "

Rayn duduk di hadapan.

"dah sedia nak mengajar?? "soal Tuan Syahrul.

"sudah."

"menurut rekod awak. Awak tak pernah mengajar. Tapi, disebabkan kelulusan awak yang sangat kami perlukan. Kami terima. Jadi, awak boleh pergi ke bilik guru dan mula mengajar. Hari ini. "kata pengetua

Rayn mengangguk sambil tersenyum.

"terima kasih pengetua. "kata Rayn

Pengetua itu mengangguk.

Diperhatikan Rayn yang sudah hilang dibalik pintu.

"dah besar anak kau Razif. Cantik. "pujinya.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

"okay cikgu-cikgu semua. Saya nak perkenalkan. Ini Cikgu....."penolong kanan itu memandang Rayn.

Nak panggil Rayn takut terbelit lidah.

"Ilham. "jawab Rayn

"ini Cikgu Ilham. Dia akan memegang jawatan yang ditinggalkan oleh Cikgu Aminah sebagai guru mata pelajaran biologi tingkatan 4, guru pjpk tingkatan 3 dan 4 dan juga guru kelas 4 Sains. Sila berikan kerjasama yang baik kepada Cikgu Ilham. Beliau akan menggantikan cikgu Aminah untuk tempoh masa yang agak lama. "kata penolong kanan.

Rayn hanya tersenyum lebar.

"meja cikgu disebelah meja Cikgu Rafa. "kata penolong kanan.

Rayn mengangguk lalu menuju ke arah meja yang ada kotaknya. Tadikan Fitra dah rembat kotak dia.

"Rayn. "namanya dipanggil dalam nada berbisik.

Mata Rayn melilau mencari gerangan yang memanggilnya.

"sini la. Belakang. "

Rayn pusing ke belakang. Terhinjut bahunya bila Fitra sedang tersengih dibelakangnya.

"tempat kau?? "soal Rayn

"nape?? Tak percaya tempat aku belakang tempat kau?? Kita jodoh kuat la Rayn. "kata Fitra.

Rayn menjeling. Bibir dicebikkan.

"dah, jomlah kita pi tapak perhimpunan. "ajak Fitra

Rayn terus mencapai handbag dan sebuah tote bag berwarna ungu miliknya.

"uuu, Cikgu Ilham dah excited nak mengajar. "kata Fitra

Sampai sahaja ditapak perhimpunan, rasa malu tetiba muncul. Ramai nya budakkk

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now