ending

7 3 0
                                    

Lebih kurang macam lagu Fynn Jamal tu, “Dia punya manja, aku saja boleh rasa…” hehehe… sweet kan lagu tu? Kalau tak, takkan Ainan Tasneem nak nyanyi balik kan?

Dan kerana lainnya sifat gadis itu, hati aku cair meleleh-leleh.  Jika kau tengok macam mana rupa air batu cair, cair lagi hati aku.

Kalau ditanya mengapa aku boleh jatuh cinta dengannya, memang aku takkan boleh jawab. Seperti mana aku tak pernah perasan, sejak bila aku mula jatuh cinta dengan dia.

Macam kata Beto Kusyairy dalam teater ‘Ramleefestasi’ lakonannya dengan Cristina Suzanne yang pernah aku tonton dulu, “Kau tak perlu sebab untuk menyukai seseorang itu. Kalau kau sukakan dia kerana rupa atau sikap, semua tu takkan kekal. Jadi memadailah kau sukakan dia kerana ‘dia’ adalah ‘dia’.”

Mungkin ayatnya tak sama sangat sebab bukan ayatnya yang aku nak cerita sekarang ni, tapi apa yang cuba dia sampaikan. Itu yang penting untuk kita faham. Korang faham kan?

Yang aku kata lainnya pulak bila dah kahwin ni ialah sifat dia yang boleh dikatakan berubah 360 darjah. Tapi alhamdulillah lah, dia berubah menjadi yang lebih baik.

Sebelum kahwin dulu, susah nak tengok dia senyum. Kalau tak ada sebab, memang taklah dia nak tersenyum. Bukanlah dia tak suka ‘bersedekah’, dah memang dia jenis yang susah nak senyum. Nak buat macam mana kan? Itulah yang aku terima seadanya.

Tapi lepas kahwin ni, pagi-pagi lagi aku akan dihadiahkan senyuman manis dari dia yang setia duduk di tepi katil menunggu aku bangun dari tidur. Sweet ke tidekk?

Sebelum dia jadi milik aku dulu, memang sukar untuk menyentuhnya. Hatta memegang tangannya sekalipun. Kalau aku tersentuh sikit pun dia dah masamkan muka. Katanya, “Awak ingat perempuan tu boleh dipegang free-free aje? Kena bayar mas kahwin tau!” Aku senyum je dengar.

Tapi lepas dah bayar mas kahwin, dia sendiri yang suka peluk aku. Yelah, dah halal kan? Ahha…

Masa kitorang dating dulu, untunglah kalau dia nak call…alasannya, memang menyakitkan hati. Nak save credit! Kedekut sangat bunyinya. Tapi sekarang, setiap hari dia yang akan gigih call aku dekat office, nak tanyalah lakinya dah makan ke belum? Makan apa semua. Tak pernah miss satu hari pun. Katanya kalau tak dengar suara aku satu hari, nanti rindu. Ceh. Bukan ke nanti jumpa dekat rumah?

Tiada ku sangka, isteri aku tu rupanya pandai mengayat jugak.  Hai Aira..kau memang buat aku gila bayang!

Kalau aku tahulah, yang aku akan bahagia hidup dengan dia lepas kahwin ni..dari kecik lagi aku dah kahwin dengan dia. Eh, takkan gatal sangat kot?

Dan semalam, kami selamat menyambut anniversary kami yang ke setahun. Harapnya, kekal lah sampai ke syurga. InsyaAllah…

Tapi, kenapa yang aku rajin sangat cerita pasal Aira ni? Pasal aku tengah bosan duduk dalam kereta sorang-sorang. Aku sebenarnya tengah tunggu Aira habis interview. Interview siapa? Ha.. Ini yang kita tak tahu.

Aku dah janji dengan dia nak jemput dia hari ni. Tu yang sekarang tengah tercongok je tak tahu nak buat apa ni.

Aku jeling jam di tangan. Senyum. Oh, patutlah. Dia kata habis pukul 5.30, sekarang baru pukul 5.25. Excited sangat nak jemput dia, sebab tu aku cabut awal dari office tadi.

Lima minit lagi..Aira oh Ai… haa..tu pun dia…

Korang, tu lah isteri aku. Aira…Atau nama sebenarnya, Zuhairatunnurfatin. Memang namanya panjang. Orang kata kalau nama perempuan panjang, susah nak sebut masa akad nikah. Apedehal? Kalau dah nama tu memang tersemat dalam hati kau, nescaya lancarlah kau nak menyebutnya masa akad  nikah nanti, yetak?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 07, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CeRITa Pendek Yg SUwetWhere stories live. Discover now