permulaan

13 4 0
                                    

Semalam, genaplah setahun aku berkahwin. Aku tak sangka yang hidup lepas kahwin ni memang lain gila! Yelah, kahwin pun dengan gadis yang lain dari yang lain kan.

Alaa...semua orang pun boleh label pasangan mereka lain dari yang lain. Tapi, dari segi apa lain dari yang lain itu? Terpulanglah pada tafsiran masing-masing. Dan gadis itu, aku pandang dia lain dari yang lain... mengikut terma aku.

Kalau nak cerita pasal dia, 10 hari 10 malam pun belum tentu habis kisahnya. Tapi, aku nak cerita jugak.

Aira. Gadis yang aku anggap sangat istimewa. Satu-satunya gadis yang dah berjaya mencuri dan menyimpan hati aku sampai sekarang.

Aku kenal dia sejak kami belajar lagi. Kami satu kolej, tapi lain aliran. Dia student kewartawanan, aku kejuruteraan. Kami mula berkenalan pun sejak dia interview aku dulu.

Nak dekat dengan dia ni, bukan main susah! Tapi ayat punya ayat, akhirnya melekat jugekk. Yelah, dah jodoh kan? Lari la ke laut mana sekalipun, dalam periuk bertemu jugak. Eh?

Lainnya dia ni aku perasan, dia tak sama dengan student-student perempuan lain yang ada dekat kolej tu dulu. Dikala diorang sibuk berfesyen dengan gaya tudung yang bermacam-macam rupa, sampai aku sendiri pun tak tergayakan nengok fesyen diorang tu, dia pulak simple je gaya tudungnya, bertudung bawal yang dipin di kedua-dua bahunya.

Benda yang orang semua suka, benda tu lah yang dia takkan suka. Katanya, "Kalau semua orang suka benda yang sama je, tak best lah. Tak warna-warni lah hidup ni kan?" Betul jugak cakap dia tu.

Sedang kebanyakan perempuan sekarang ni gila dekat artis korea, suka sangat dengar lagu dan layan cerita-cerita diorang, gadis ku ini pulak masih steady dengar lagu-lagu slow rock kegemaran ayah-ayah kita dulu. Dan cerita kegemarannya tetap cerita melayu.

Selama aku kenal dia, susah nak tengok dia menangis. Kau bagilah masalah besar mana pun hempuk atas kepala dia, dia still akan chill dan cool. Tapi sekecil-kecil hal macam tengok wayang cerita melayu yang sedih tu, dia boleh beria-ia menangis! Bila isu tersebut dibincangkan, katanya, "Itu lah uniknya perempuan. Awak mana tahu." Hmm...memanglah susah aku nak faham perempuan ni.

Aku akui, dia mungkin tidak selemah lembut gadis lain kerana dia agak garang dan mudah marah. Namun segarang-garang gadis ku itu, kadang-kadang terserlah juga kelembutannya. Dalam sikapnya yang mudah marah itu, aku nampak juga tingkah laku manja yang cuba disoroknya.

Lebih kurang macam lagu Fynn Jamal tu, "Dia punya manja, aku saja boleh rasa..." hehehe... sweet kan lagu tu? Kalau tak, takkan Ainan Tasneem nak nyanyi balik kan?

Dan kerana lainnya sifat gadis itu, hati aku cair meleleh-leleh. Jika kau tengok macam mana rupa air batu cair, cair lagi hati aku.

Kalau ditanya mengapa aku boleh jatuh cinta dengannya, memang aku takkan boleh jawab. Seperti mana aku tak pernah perasan, sejak bila aku mula jatuh cinta dengan dia.

CeRITa Pendek Yg SUwetWhere stories live. Discover now