#26

969 41 7
                                    

No one pov

'' Anak mama nanti besar jadi orang baik tau. '' Soo Young tersenyum girang sambil mengusap perutnya. Walaupun ia tahu bayi ada di dalam perutnya tidak mendengar apa yang Soo Young katakan.

TUK! TUK! TUK!

Senyuman di bibir Soo Young kembali hilang. Mukanya kembali musam selepas mendengar ketukan dari luar bilik. Namun dia hanya hiraukan. Marahnya terhadap jimin masih tidak dapat dia bendungkan. Mana tidaknya marah. Dia mahu memperkosanya lagi walaupun sudah tahu dia sedang sarat mengandung.

TUK! TUK! TUK!

'' Masuk je lah, aku bukan kunci pintu pun! Haish! '' Soo Young mendengus kasar. Geram dengan Jimin. Boleh saja dia masuk seperti MALAM SEMALAM!

Pintu terbuka dan terpampang muka Jimin. Mukanya kelihatan serba salah untuk masuk. Melihat isterinya yang sedang tidak dalam mood yang baik.

Namun dia memberanikan diri. Jimin duduk bersila di atas katil bersebelahan dengan Soo Young. Hampir beberapa minit mereka berdiam diri. Tiada siapa yang memulakan perbualan.

Soo Young terkejut. Tiba-tiba sahaja tangan Jimin mengusap perutnya. Langsung ditolak dan memandang jimin dengan jelingan tak suka. Jimin menghela nafas.

'' Sampai bila kita nak macam ni Soo.''Soo Young tidak menjawabnya. Dia hanya membiarkan soalan itu berlalu pergi. Baginya itu tidak penting. Kenapa dia perlu memikirkan Jimin? Dia hanya melepaskan nafsunya kepada Soo Young sehingga dia sudah hamil. Dan selama ini dia hanya berpura pura baik terhadap Soo Young kerana bayi di dalam perutnya.

'' Soo.... '' Jimin memegang tangan Jimin namun Soo Young menepis. Soo Young mengiring berlawanan arah Jimin.

''Keluar.''

--------------------------------

JIMIN pov

Entah sudah berapa kali aku mengeluh. Namun aku masih tidak tahu mahu lakukan apa lagi terhadap Soo Young demi memujuknya kembali. Dia betul-betul dingin. Kecut perut aku. Jantung aku bagai hendak meletup tadi. Ya tuhan! Apa patut aku buat.

Aku bangun dari pembaringan. Setelah dihalau oleh isteri aku,aku langsung balik ke dalam bilik. Hasrat untuk memujuk Soo Young tidak berhasil. Aku rasa macam nak gila dah! Sumpah! Namun entah kenapa aku masih dapat bertahan. Kalau orang lain mungkin sudah siap berkemas keluar dari rumah ini. Tapi aku masih tetap hendak bersamanya.

'' Aku sayang kau. " secara spontan mulut aku menyebut perkataan itu dengan perlahan. Ya. Aku rasa aku mula sayangkan dia. Sejak aku kehilangan daddy. Entah kenapa sejak hari itu aku mula hendak mendekati Soo Young. Tambahan pula dia mengandung makin aku hendak berada di sisinya. Namun kadang-kadang perasaan ini buat aku tidak dapat menahan nafsu aku dan masalah ini terjadi.

Dring! Dring! Dring!

Aku melihat ke arah telefon pintar ku di atas  meja. Aku bangun dan capai telefon ku. Siapa pula yang call aku malam-malam ni. Langsung aku angkat dan meletakkan di telinga aku.

'' Helloo---''

''WOI! " langsung aku menjauhkan telefon dari telinga aku. Woi, agak agak lah menjerit. Bukannya aku pekak. Dasar si anak Jeon

'' Hmm, kau nak apa Jungkook"

"Aik, pelik je suara kau. Sendu semacam je. Gaduh dengan isteri ke?" dia ni tau-tau je kan aku tengah gaduh dengan Soo Young.

"hmmmm." aku tak mampu nak kata apa apa. Sebab apa yang dia katakan itu betul. Aku sedang bergaduh dengan dia dan aku tak tahu macam mana nak pujuk dia.

" Kesian. Tu lah aku cakap. Mai sekolah. Belajar. Biar Soo Young tu tinggal rumah tak de lah kau sampai gaduh dengan dia. Berkepit sangat En dengan dia."

"Takkan lah aku nak tinggal dia. Tengah mengandung tu kang jadi apa apa susah." aku saja membuat alasan. Ergh! Biarlah aku nak berkepit pun.

"lantak kau lah. Aku bersimpati dengan kau je lah kawan. Hahahaha. Jangan gaduh lama-lama. Dah lah mengandung. Kang jadi apa apa. Aku cau dulu. Babye~"

Telefon telah dimatikan. Hmm. Aku perlu cari cara untuk pujuk dia ni.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MYB | STAY AWAY FROM ME - - Where stories live. Discover now