R A Y N I L H A M - 0 6 💕

Start from the beginning
                                    

Umar diam.

Dia hanya memerhati gerak geri Rayn.

"Rayn. "nama Rayn diseru tiba-tiba

"hmm. "

"perempuan suka apa?? "soal Umar

Hampir tersembur air yang diminum Rayn.

"perempuan suka apa?? "Rayn mengulang kembali soalan itu.

"perlu ke ulang?? "

"abang nak bagi kat siapa hadiah tu??? Kak Zahra?? "soal Rayn

"banyak tanya lah. Jawab je la. "

Rayn tersengih lalu mengambil tempat disebelah Umar.

"perempuan, suka banyak benda sebenarnya. Abang bagi apa pun dia suka. "

"contoh??? "

"coklat, bear dan sewaktu dengannya. "jawab Rayn

Umar mengangguk

"so betullah ni?? Untuk kak Zahra?? "

"ma-mana ada. Untuk umi la. "nafi Umar

"elele. Dah la, Rayn naik atas dulu. Tolong basuhkan. "kata Rayn lalu menolak gelas yang diminumnya tadi.

Umar menggeleng.

"tak berubah."omelnya.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

"Umar, umi dengan abah nak keluar tau. Jagakan Affan kejap. "kata Puan Zakiah.

"nak pergi mana?? "soal Umar

"kami nak keluar, kejap aje. "kata Encik Razif

Umar mengangguk.

"jagakan Affan baik-baik, jaga Rayn jugak. Abah sayang dia. "pesan Encik Razif

Berkerut dahi Umar. Hatinya sudah mula tidak enak.

"kami pergi dulu. "

Umar menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Selepas itu, pasangan itu terus berlalu keluar dari rumah. Umar hanya memerhati. Something wrong

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

"alhamdulillah, baby awak sihat. Awak pun sihat. Next appointment, minum air gula pula, okay. "kata Rayn kepada ibu mengandung itu.

Wanita itu mengangguk

"okay."kata Rayn lalu menyerahkan sebuah buku.

"terima kasih doktor. "

"sama-sama."jawab Rayn sambil tersenyum

Setelah itu, Rayn terus berjalan menuju ke wad kecemasan. Pukul 2 petang, dia memang selalu standby kat wad kecemasan sampai pukul 4.

Tiba-tiba, satu ambulans tiba.

Rayn masih berdiri di kaunter. Sebab ada doktor dan nurse yang lain mendapatkan pesakit itu.

"kenapa tu?? "soal Rayn kepada seorang nurse di kaunter.

"incident, suami isteri. "jawab nurse itu.

Rayn tidak dapat mengesan wajah mangsa itu kereta mereka dikelilingi doktor dan nurse.

Setelah hampir sejam menunggu, tiba-tiba namanya diseru.

Seorang nurse berlari ke arahnya.

"kenapa?? "

"parents doktor. "katanya

"parents saya?? "

"ada kat bilik pembedahan kecemasan. "kata nurse itu.

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now