S

52 9 28
                                    

Jin's
Pada pagi yang indah lagikan bersih , aku ada kelas vocal . Haih malas nya nak pergi ! Aku berjalan di ruang koridor Universiti Seoul yang hampir kosong dan bush ! Dalam sekelip mata , aku dan seseorang jatuh menyembah lantai . Punggung yang jatuh okay , bukan muka worldwide aku ni . Nasib tak jadi apa apa , fuh !

" Mintak maaf sangat sangat !! Saya nak cepat ni , maaf sekali lagi " kata seorang perempuan yang agak cantik dan berlalu pergi setelah meminta maaf kepada aku .

Aku merasakan jantung aku berdegup kencang dup dap dup dap aje setelah melihat perempuan itu , ala tak sempat nak tanya nama dengan mintak nombor phone sekali . Kesian kau Seok Jin , lembab sangat nak tanya heh ! Eh , ada kelas lah bodo Seok Jin ! Aku berlari menuju bilik yang khas untuk kelas vokal .

Aku tak perkenalkan diri aku lagi kan? Baiklah , nama penuh aku KIM SEOK JIN berumur 27 tahun , mempunyai seorang adik perempuan bernama KIM HYE RI , aku juga mempunyai 6 orang rakan baik . Nak kenal ke ? Nanti aku kenalkan , diorang single mingle siapa nak , COMMENT dekat bawah ya anak anak ! eh sejak bila korang ni anak aku ? ngeh .

Setelah 4 jam , bersama guru vokal aku untuk membaiki vokal aku telah tamat ! WOHOO !! Akhirnya , walaupun penat aku tetap suka dengan bakal kerja aku . Aku telah menjadi trainee di BigHit Entertainment bersama rakan baik ku . Aku dan rakanku yang lain amat meminati bidang ini .

" Hyung ! Sini , dekat sini ! " Salah seorang rakan baikku iaitu Jung Ho Seok melambai tangannya di sebuah meja di kafeteria . Aku dan yang lain panggil dia Hobi .

Dia,Jung Kook dan Ji Min amat berbakat dalam tarian jadi semasa kami berlatih di BigHit ENT. Mereka bertiga lah yang membantu kami untuk membetulkan kesalahan kami ketika menari .

ilobeyou hobi , kookie , jiminnie ❤
HAHAHAHAHAHAHA aku pun duduk di tepi Nam Joon .

" Hyung , nak tau tak Jung Kook ade teman wanita ~ tapi dia tak nak beritahu siapa perempuan tu " kata Tae Hyung kepada aku dan yang lain .

" Wuuu , Kook ~ Tak tau pun , pasal ni . Sampai hati tak bagitau hyung ea . " kataku kepada Jung Kook .

" Dia bukan teman wanita Kook lah ! Dia kawan baik Kook sejak kecil lagi , dia dah anggap Kook macam adik dia lagipun dia anak tunggal lah . " Balas Jung Kook dengan muncung , alahai kenapa comel sangat Jung Kook ni 😥

" JEON JUNG KOOKIE !! " Seseorang menjerit nama Jung Kook dan kami semua berpaling ke arah itu dan mataku membesar ! 'what the heck , perempuan yang langgar aku lah '

" Eo? Noona ! " Jung Kook bangun daripada kerusi dan mendepakan tangannya dengan serta merta perempuan itu memeluk Jung Kook . Kenapa aku rasa cemburu ni , sedar lah Seok Jin oi ! Aku mengetuk kepalaku perlahan .

" Ehem ! " Namjoon berdehem dan semua tumpuan kearahnya  " Erk , duduk lah dulu takkan nak berdiri pulak Kook oi . " Dia menyambung kembali kata katanya setelah berdehem . Aku dan yang lain hanya ketawa .

TBC
HAMBARKAN? HMM

STILL WITH YOU [ KSJ ] [hiatus]Where stories live. Discover now