R A Y N I L H A M - 0 5 💕

Start from the beginning
                                    

Encik Razif anak kedua daripada 3 adik beradik. Mak Long Rayn, ada 6 orang anak. 3 lelaki dan 3 perempuan.

Nani, Iman dan Nisa adalah anak Mak Long. Manakala  Mak Su, ada 5 orang anak. 3 lelaki dan 2 perempuan. Iaitu Izza dan Dilla.

Rayn dan Dilla sebaya, iaitu 24 tahun. Nani pula muda setahun dari mereka. Izza dan Iman adalah sebaya, 21 tahun. Dan paling muda antara mereka ialah Nisa. 19 tahun.

Okay faham???

Okay back to story

"kete tak muat. Lagi 2 ekor ni nak campak mana?? "soal Mak Long

2 ekor ditujukan kepada Rayn dan Dilla.

Kereta Rayn sudah penuh, Umar, Affan, Encik Razif, Puan Zakiah, Atok dan Mak Tok.

Okay jangan confuse, Atok adalah perempuan dan Mak Tok adalah adik Atok.

"kubur Tok Aki dekat je kan?? "soal Rayn

Encik Razif tak mengangguk tak menggeleng.

"tak de la dekat, tak de la jauh. Tapi 10 minit jugak amik masa nak sampai. "kata Mak Su

"Rayn ngan Dilla naik motor. "kata Rayn

"hotak lu, tak mau aku. Dah la aku pakai baju cam ni. "kata Dilla.

Baju kurung moden yang dipakai Dilla ditilik Rayn

"ada aku suruh kau bawak ke?? "soal Rayn

Dilla menggeleng.

Rayn terus menepuk peha kanannya dan berkata

"dah standby. Kunci motor Atok. "kata Rayn

"amik dalam bakul tu ha. "jawab Atok

Selesai mengambil kunci, motor dikeluarkan

"hoho, aku excited jap. "kata Rayn

Bukan motor skuter, gear. Kena la kangkang.

Kain baju kurung yang dipakai Rayn ditarik dan ada seluar di dalamnya

Encik Razif menggeleng.

"naik ah Dilla. "

"kau jamin ke selamat?? "soal Dilla

Rayn mengangguk

"jangan masuk longkang lagi sudah. "Nani bersuara

Terus tajam mata Rayn menikam wajah Nani.

Nani tersengih.

"dah, korang jalan depan abah, kang jadi apa-apa senang. "kata Encik Razif

"kang jatuh longkang, senang aku nak gelak. Aku dah standby mental fizikal dah Rayn. "kata Iman

Bukan dorang tak tahu, satu kampung ni kecoh bila cucu Atok umur 15 tahun naik motor masuk longkang.

Agaknya longkang berkenan kot. Dah la longkang yang hitam legam tu. Hahhahaha

Dan yang temankan Rayn adalah Dilla. Balik je, Nani, Iman, Izza dan Nisa tukang gelak.

Mereka mula bergerak.

"weh, kubur kat mana?? "soal Rayn

"kang aku kata bodoh, marah. "omel Dilla

"call abah aku weh. "arah Rayn

Dilla terus buat apa yang di arah Rayn.

"straight je. "arah Encik Razif

Arahan dipatuhi.

Lebih kurang beberapa minit, arahan diterima

"belok kiri. "

Namun, lain pula yang jadi.

"eh bodo, yang kau straight kenapa??? Belok kiri la. Patah balik!! "kata Dilla

"rilek la, ada kereta bongok. "kata Rayn

"weh, cepat doh. Abi ngan Umi aku. Ala weh. "rungut Dilla

"ishh, bangang ke?? Kau diam boleh tak?? Kang aku tinggal gak kat sini. "kata Rayn

Motor masih lagi bergerak.

Sementara itu

"awak, mana Rayn ni?"soal Puan Zakiah

"sabar la, nanti muncul la tu. "

"tu la abang, bagi arahan last minute. "marah Puan Zakiah

"Umar, pergi jalan kaki tengok adik. "arah Encik Razif

Umar menurut.

Dia berjalan keluar dari lorong ke kubur itu.

Kelihatan, Rayn dan Dilla sedang menuju ke arahnya.

"eh eh, abang handsome!!! "menyempat lagi Rayn ni.

"weh, brek brek brek!!! "kata Dilla bila kelajuan motor makin laju bila nak dekat tempat parking.

"Ya Allah budak dua ekor ni. "kata Atok

"balik ni, Dilla nak naik ngan Umi. Farid, kau naik motor dengan Rayn. "kata Dilla

"tak mau aku. "kata adik Dilla, Farid.

"dah, balik nanti. Umar dengan Farid naik motor. Rayn bawak kereta. "kata Encik Razif

"boleh ke dia bawak. "kata Umar yang berdiri disebelah Rayn

Rayn berpaling memandang abangnya.

"of course boleh. "kata Rayn

"udah, mari masuk. "ajak Atok.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Aktiviti raya diteruskan dengan mengunjungi rumah sanak saudara.

4 buah kereta diparking di sebuah halaman rumah.

Umar, Rayn dan Affan jalan beriringan.

Affan didukung Umar manakala Rayn berjalan disebelah Umar

Mereka bertiga antara yang terakhir melangkah masuk ke dalam rumah itu.

Dan, mereka ditegur

"ni siapa??? "soal seorang wanita

"anak saya kak. "Encik Razif bersuara

"Ya Allah, cantik sungguh la. Ni suami ye???? "soalnya sambil menunjuk ke arah Umar

Rayn mengedipkan matanya beberapa kali.

"ni mesti anak kan??? Muda lagi kan?? Anak dah besar dah. "sambungnya

"erk, kak. Tu anak saya jugak kak. Anak tiri. Yang budak tu pun, anak saya dengan Zakiah. "kata Encik Razif

"la!!!!!! Ye ke??!! "

Semua orang disitu ketawa. Rayn ketawa fake manakala Umar tak de perasaan

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Hehehe, bab ni memang membosankan. Sangat membosankan

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now