"Kalau macam tu boleh kita mulakan?"

"Boleh tok." Ujar tan sri adli di sebelah ethan apabila melihat ethan yang seperti tidak berdaya. Bohonglah jika dia tidak terkejut apabila pengantin perempuan tiba tiba sahaja bertukar. Ya. Dia marah malah isteri dan anaknya turut berasa benda yang sama tetapi selepas berbincang dengan cara yang baik bersama keluarga Encik Salman, akhirnya mereka pasrah.

Puan sri zaifa mengusap belakang badan raisya perlahan. Raisya memandang puan sri zaifa sebelum melayangkan senyuman.

Sungguh kasihan dia melihat nasib ethan dan raisya. Berkali dia menasihatkan ethan agar tidak perlu berkahwin bersama amirah jika permintaan puan izzah itu melukakan hati mereka. Tetapi ethan berdegil dan rela menjadi kambing hitam. Ethan ethan, cukuplah kamu menjadi kuat selama ini.

Soalan itu dibalas anggukan pasrah ethan.
Perlahan tangannya berjabat dengan tangan tok kadi.

"Muhammad daniel ethan bin muhammad adam saifullah."

Mengigil ethan mendengar namanya diseru.

"Ya..ya saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Amirah Syahidah Binti Salman dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai dan senaskhah Al Quran." Tanganya digoyangkan oleh tok kadi.

Bibir ethan merasa gigil. Tanpa dipinta kenangan bersama raisya terlayar di minda.

"Betul ke awak nak kahwin dengan saya?"

Ethan mengangguk mendengar soalan raisya.
"Of coursela." Fikir dia main main ke selama ni?

"Tapi macam mana kalau percintaan kita dihalang?ala macam dalam drama tu."

Ethan senyum kecil.
"No worries.  I'll fight." Banyak tengok drama la dia ni! Kan otak tu dah fikir negatif!

"Kalau awak kena kahwin dengan perempuan lain?" Raisya kembali menanya soalan sambil memandang wajah ethan di sebelah. Ni lah padah tengok drama tv3. Otak raisya sudah berjaya diracuni. Tetapi entah mengapa hatinya berasa tidak sedap dan tenteram jika soalan itu tidak ditanyakan.

"No need. Only you is enough my sarah."  Ethan terus mengusap kepala raisya perlahan.

"Okay saya pegang kata kata awak! " raisya senyum manis.

"Saya setia raisya. Kalau dah awak je saya nak,saya takkan lafaz nikah pada orang lain."

Apa kau buat sekarang ni ethan?mana janji kau? Tanpa dia sedar 5 minit telah berlalu sejak tok kadi lafazkan ayat akad nikah.

Raisya sudah terkebil kebil memandang susuk belakang badan ethan. Dia tahu apa yang ethan rasai. Tetapi dia tiada daya ingin membantu. Ingin sahaja dia pergi kepada ethan dan mengucapkan semuanya akan menjadi okay. Tetapi dia tidak mampu.

Athif yang berada di sebelah ethan terus merapatkan diri ke telinga ethan.
"Abang,kalau abang tak kuat tak perlu la buat semua ni. Fikir lah juga tentang kebahagiaan abang." Athif berasa simpati melihat wajah hilang arah ethan dari setapak melangkah ke dalam masjid hinggalah sekarang. Wajahnya tidak seperti ingin berkahwin tetapi seperti menunggu hukuman gantung sampai mampus sahaja!

Dia turut sedih melihat ethan sedih. Dia turut terkejut mendengar luahan hati ethan yang terpaksa menikahi amirah. Pada malam itu ethan terus memeluknya meminta kekuatan. Athif tahu itu sahaja dia mampu lakukan demi abangnya. Dulu abangnya kehilangan aleysha dan kini jejaka itu kembali kehilangan kebahagiaannya hanya kerana permintaan manusia lain.

Ethan terus tersedar. Dia menggeleng perlahan.
"Abang..kena teruskan juga." Ya,dia sudah berjanji dengan raisya untuk menolong gadis itu. Mungkin pertolongan ini juga akan menghancurkan masa depannya. Tapi tidak mengapa asalkan raisya kembali senyum kepadanya.

"Tak mengapa kita mula balik. Saya dah biasa dah tengok pengantin nervous nak akad nikah! Tak mengapa awak set kan di minda awak. Lepas kahwin dah halal,dah halal boleh enjoy!" Tok kadi itu terus mengusik ethan tanpa mengetahui hal sebenar.

Hadirin di situ tergelak mendengar tetapi ethan hanya tersenyum kelat.

Dia menoleh ke belakang mencari raisya. Raisya yang terkejut melihat ethan memandangnya hanya mampu tersenyum kecil tanda memberi sokongan. Ethan senyum nipis dan kembali memandang tok kadi.

"Kita mula ya. Muhammad Daniel Ethan bin Muhammad Adam Saifullah."

"Ya saya." Kali ini ethan menjawab dengan rasa lebih yakin. Senyuman raisya seperti meniupkan semangat buatnya.

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Amirah Syahidah Binti Salman dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai dan senaskhah Al Quran."

Ethan menarik nafas. Mohon kekuatan datang membantunya. Bibirnya mula bergerak.
"Aku terima nikahnya......"

Bersambung! Jangan marah author saja buat gempak ending bab ni hahsahahah!  Btw thanks sangat sangat sebab korang DIA Encik Jiran Beku dah 100K omaigad. I love you guys. Syukur Alhamdulillah ya Allah.  Thanks sangat♡

Btw sorry typo tekan bintang kecil muah!

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now