"7."

Tengku Fazril diam seketika. Pandangan dilontarkan ke arah luar tingkap. Pemandangan sekarang tak nampak lagi seperti dahulu. Asap merata tempat hinggakan langit kelihatan agak suram.

Banyak bangunan yang sudah runtuh. Sama ada sengaja atau tak sengaja diruntuhkan. Hal ini bukan setakat berlaku di Malaysia sahaja. Malah, di negara lain juga. Tengku Fazril sendiri buntu memikirkan jalan keluar.

DIA semakin berkuasa, mereka pula semakin lemah. Orang-orang mula takut padanya. Sampaikan ada yang melakukan kejahatan semata-mata ingin direkrut oleh pihak DIA.

"Mana Aden sekarang?"

"Dia ketuai kumpulan ni sekarang," balas Black Eryn, mendatar.

Melalui corong telefon, Tengku Fazril dapat mendengar suara tangisan, jeritan, raungan orang ramai yang kehilangan keluarga masing-masing. Kali terakhir Tengku Fazril melihat adegan teruk itu adalah pada tahun lalu.

Putri Risha mengalami hal yang sama bila kehilangan Dato Fikri sekeluarga. Mia Aurora pula hilang selepas masuk ke bilik. Sampai sekarang tiada siapa tahu di manakah lokasi sebenar perempuan itu.

"Aku serahkan Aden untuk urus hal kat sana. Hmm... Kau dah tahu tak masalah yang baru timbul kat belah Utara?" tanya dia.

"Kes yang sama ke?"

Tengku Fazril mengeluh berat. Kalau dah macam tu, confirm jawapannya adalah ya.

"Jangan risau. Aku akan minta Alex pergi kat sana sekarang," Eryn cuba memberi ketenangan kepada ketuanya.

"Thanks."

Panggilan kini ditutup. Sepanjang menuju ke bahagian pedalaman utara, Tengku Fazril termenung panjang. Dunia mengalami perubahan yang sungguh mendadak! Langit biru bertukar suram. Udara dikuasai bau asap.

Ada juga bangkai manusia yang tak sempat dikubur. Bukan takde siapa yang nak, cuma disebabkan perang ganas dan bom dilemparkan secara merata tempat, habis hancur muka para manusia. Sebab tu takde siapa yang berani nak tuntut mayat.

Apa yang Tengku Fazril hanya mampu buat adalah menguburkan mereka tanpa sang keluarga di sisi. Itupun kalau dia nampak mayat bergelimpangan kat atas tanah. Kalau tak nampak, tentu berkulat!

Cerita ini tidak lagi sama seperti 6 cerita sebelum ini. Xender (Tengku Fazril) dan Genji menjadi Tzar. Aden (Tengku Haikal) dan Honey (Adik Genji, muncul kat cite keempat) menjadi Naib Tzar. Dan adik-beradik Xender pula digelar Yang Di-Mulia pada nama hadapan mereka.

Begitu juga dengan anak masing-masing. Turut digelar Yang Di-Mulia. Ia dinamakan sempena pertukaran gelaran raja atau adik-beradik sang raja.

"Kita dah tiba, Tuan Tzar."

Suara si pemandu mematikan lamunan Tengku Fazril. Lelaki itu kemudiannya keluar daripada perut kereta lantas menapak ke arah salah satu saksi di situ.

Dari jauh, kelihatan Alex dan Triple Ko menuju ke arahnya.

"Apehal? Kes baru ke?" tanya Alex tanpa berkias-kias lagi.

"Kes baru yang sama."

"So, ini saksi kejadian?" tambah Riko.

Tengku Fazril mengangguk kurang bersemangat. Hari-hari dengan kes yang sama. Siapalah yang tak lali en.

"Tuan Tzar, Tuan Yang Di-Mulia, saya tak tahu nak jelaskan camne. Benda tu berlaku terlalu cepat," kata si saksi.

"Tak tahu nak cakap camne? Guna bahasa melayu. Jangan guna bahasa lain," potong Alex, selamba.

Percuma dia menerima jelingan daripada si abang sulung. Orang tengah sedih dan takut boleh pula Alex loyar buruk. Bagi kang tendangan penalti kat muka, baru tahu.

"Apa maksud kau benda tu berlaku dengan cepat?" sampuk Miko.

"Satu cahaya datang putih dari langit. Lepastu dia datang mengelilingi kawasan kami lalu menghasilkan satu api putih yang kami sendiri tak boleh padam. Kami tak sempat selamatkan barang atau penghuni yang tinggal kat rumah. Sebab tu....sebab tu..."

Saksi tadi tertunduk kecewa. Penumbuknya dikepal menahan tangisan. Salah seorang ahli keluarganya turut nahas dalam kebakaran penuh misteri yang berlaku pagi tadi.

Sejenak, mereka berlima saling berpandangan kesal. Tak tahu nak buat apa.

"Encik jangan risau. Kitorang akan berusaha buat penempatan yang baharu untuk semua penduduk kat sini," usul Tengku Fazril, memujuk.

Sementara itu, mata Alex melilau ke serata tempat. Teruk juga api yang menjilat rumah-rumah kat sini. Sekurang-kurangnya diorang dapat info yang baharu. Api yang datang menjilat rumah penduduk di sini, bukanlah api biasa.

Melainkan api dari DIA. Kononnya api kesucian.

"Aku nak tahu. Korang tengah buat apa sebelum api tu datang?" cerdik Ciko menyoal.

Bahu si saksi terhincut-hincut menangis.

"Memandangkan surau dah roboh, kitorang buat penempatan kat sini sebagai surau kecil untuk ajar kanak-kanak mengaji. Kitorang tak nak diorang membesar memilih DIA."

Bila peperangan berlaku di merata tempat, mereka sudah sedia maklum akan kedatangan DIA. Jadi, tak hairanlah jika DIA menjadi bahan bualan orang ramai.

"Mengaji?" soal Alex, curiga.

"Asal?" soal Tengku Fazril, ingin tahu.

"Kalau tak silap aku, kes kat belah Selatan hampir sama dengan kes kat sini. Bezanya, penduduk kat sana tengah solat sebelum api tetiba datang serang diorang," jelas Alex.

Mereka berlima saling berpandangan musykil. Macam ada yang tak kena. Tapi apa?

#Aku update ni bukan sebab korang jawap betul pasal story cover tu. Malangnya, TAKDE sape yang jawap betul. Tapi aku tertarik bagi readers yang jawap lelaki kat gambar tu ialah Genji. Aku rasa readers tu agak kreatif cara pemikirannya. Lagi satu yang buat aku tercuit hati bila ada sorang pembaca kata lelaki tu ialah Alex. Hahaha, okay tu comel.

Sayangnya, korang cuma fikir gerangan lelaki tu. Tu salah. Malangnya, mata korang cuma tertumpu apa yang korang hanya mampu tengok. Cubalah tengok suasana kat cover tu.

Ada retak en? Lelaki tu pula tertunduk. Suasana pula gelap.

Jawapan sebenar adalah: Rasa takut pada pengharapan yang takde kepastian.

Retak= Harapan yang bila-bila masa boleh retak.

Suasana gelap= Rasa takut

Lelaki tertunduk= Berharap.

Ada ke patut teka lelaki tu sape. Apapun, tahniah yang dah mncuba! Comment korang buat author tersenyum.

#Comment mencecah 150 baru author update tau.

#So, aku akan taip 1500 pp je tau mulai bab 1 yang akan datang. Ni baru prolog. Prolog memang sikit je. Cite sebelum ni panjang sebab aku nak save bab. Tak naklah sampai cecah 90 lebih en. Kang pembaca tertanya-tanya bila nak habis. Tata!

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now