3♡

21 5 0
                                    


Korang esok author ada pertandingan bercerita dalam talian. So aku rasa tak yakin la. Cuba korang baca cerita yang Author buat untuk esok ni. Ok tak?

-Pulau Langkawi

Assalamualaikum dan selamat pagi terima kasih tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati serta rakan-rakan sekalian.

Nurul Fatin Farhana membuka kata,
Ingin menyampaikan sebuah cerita,
Pengalaman ke tempat menarik bagai dikata,
Sebagai hiburan kepada kita.

Kawan-kawan...Kawan-kawan pernah tak pergi bercuti? Kawan-kawan pernah tak pergi ke Pulau Langkawi yang di katakan antara tempat menarik.

Bunga Mawar bunga raya,
Kawan-kawan mari dengar cerita saya.

Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga berpeluang untuk bercuti di sebuah tempat peranginan iaitu Pulau Langkawi. Kami berasa sangat seronok kerana itu kali pertama kami ke sana. Sebelum bertolak kami mengemas barang barang keperluan untuk dibawa bersama. Kami sekeluarga menaiki kereta untuk sampai ke jeti. Ia hanya mengambil masa selama 30 minit dari rumah. Dalam perjalanan ke jeti, aku sempat melihat gambar gambar Pulau Langkawi melalui aplikasi google. Aku sangat tidak sabar untuk ke sana. Setelah sampai di jeti, kami perlu menaiki feri untuk sampai ke Pulau Langkawi. Kami mengangkat barang barang untuk dimasukkan ke dalam feri. Masa yang diambil untuk sampai ke Pulau Langkawi ialah selama satu jam dari jeti.

Setelah sampai di hotel yang telah ditempah oleh ayah seminggu yang lalu, kami terus merehatkan diri dahulu. Aku sungguh kagum kerana terdapat bunga-bungaan di sekeliling  hotel tersebut. Selepas merehatkan diri, kami bercadang untuk ke sebuah tempat menarik iaitu Makam Mahsuri yang mempunyai banyak sejarah. Kami pun pergi ke sana dengan menaiki kereta yang disewa oleh ayah. Aku siap membawa buku catatan dan pen untuk mencatat sejarah Makam Mahsuri tersebut.

Setelah puas di sana kami pun bercadang pergi ke Dataran Pantai Cenang. Ini antara lokasi yang popular kerana pantainya yang indah dan landai. Ibu membentangkan tikar dan menyediakan makanan. Kami menikmati makanan sambil melihat pemandangan pantai itu.

Kemudian, kami menaiki kereta kabel. Aku berasa sangat gembira kerana dapat melihat pemandangan Pulau Langkawi.

Ada banyak lagi tempat yang kami pergi seperti underworld pulau Langkawi.

Pada hari terakhir kami di sana, kami bercadang untuk pergi ke Pekan Kuah. Ini ialah tempat membeli belah. Kami membeli pelbagai cenderamata untuk diberikan kepada kawan kawan.

Setelah selesai di pekan kuah, kami pun pergi ke lokasi terakhir kami iaitu Dataran Helang. Tempat ini sangat cantik dengan latar belakangnya. Kami mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan.

Sekarang tiba masa untuk kami balik. Aku berasa sangat sedih kerana masa yang singkat. Tapi kami tetap seronok sepanjang berada di sana. Tempat yang kami tak dapat lupakan ialah Dataran Pulau Cenang kerana sungguh indah dan cantik. Kami harap kami ada lagi peluang untuk ke sini.

Sekian terima kasih.

Macam mana? Ok tak?
Korang Author nak minta korang support author yer. Author ni memang la dah banyak masuk macam tu. Tapi ni tinggal sehari je lagi. Tarikh tutup nye 15 Jun. Author tak nak lah kecewa kan guru ii kat sekolah tu.

Doakan Author okey.
I love you guys....
BYe....

Naabot mo na ang dulo ng mga na-publish na parte.

⏰ Huling update: Jun 13, 2020 ⏰

Idagdag ang kuwentong ito sa iyong Library para ma-notify tungkol sa mga bagong parte!

My Talk {Fatin}Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon