BINTANG TERBAIK (Bab 2)

121 10 0
                                    


BAB 2

LEYLA tarik nafas dalam. Bila tengok Facebook, dia patah hati. Bia tengok Instagram, dia semakin patah hati. Dan jalan yang terbaik adalah deactivate semua saluran sosial yang dia ada.

"Lupakan semua, Leyla. Move on, please," Leyla bercakap sendiri. Kalau dah nama pun pergi jauh, alang-alang tinggalkan semua yang menyakitkan hati.

"Ouch!"

Mengelamun dan terlampau serabut punya pasal, kaki tersadung di bagasi sederhana besar yang menghalang laluannya. Matanya automatik terarah pada wajah serius lelaki yang duduk di hadapan.

"Sorry." Itu saja yang Leyla ucapkan sebelum beredar pergi mencari tempat duduk berhampiran. Kalau setakat tayang muka singa lapar tak cukup makan macam tu tak payah susun ayat panjang untuk meminta maaf. Apa ke jadah letak beg kat tengah jalan sampai menghalang laluan serius Leyla tak faham. Jet lagged lah kot sebab tu mood tuan punya beg macam singa tapi...urgh!

Tak macam lelaki malam tadi.

Tak macam sexy-Asian-look.

Teringat pula pada dua orang lelaki semalam dengan alkisah terlanggar beg dan tercicir boarding pass. Pertemuan tanpa sengaja tapi ada juga manisnya. Red. Jay. Sampai bila-bila dia akan ingat nama-nama itu.

"Leyla!"

Baru beberapa langkah menjauh, Leyla terarah pada suara yang memanggil namanya. Di lapangan terbang yang jauh beribu batu dari Malaysia ni, siapa pulak yang kenal dia.

"Oh, my!" Mata Leyla membulat besar. Sexy-Asian-look terpacak di hadapan dengan senyuman lebar. Mana-mana perempuan yang tak melting dengan senyuman begitu memang kebal tahap petala.

"Hi, Jay!" Leyla membalas senyuman.

"Red. Not Jay. Jay kat sana, cari burger." Muncung mulut Red terarah pada McDonalds yang agak jauh dari satu. Kecewa juga bila nama Jay yang terpacul keluar dari bibir Leyla dan bukan namanya.

"Sorry. Red. Ya. Red." Rasa macam nak hempuk kepala sendiri dengan bantal busuk kat rumah mama.

"Tersalah nama sekali tak apa. Kalau salah kali kedua, you really break my heart darling."

Itu dia! Dah keluar dah aura mengayat Red. Siap kenyit mata berserta dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Bukan selalu panggil perempuan dengan gelaran darling. Eva dulu pun begitu juga. Delilah? Yang tu special case sikit, buta kot dia tak dapat membezakan perempuan yang mengkhianati cintai macam Delilah.

"My bad. Sorry. Red. I will remember your name for life." Leyla mengukir senyum. Yang mesra alam macam Red lagi dia suka, hilang juga rasa kekoknya.

"Nak ke mana ni? Makan? Or looking for coffee?" Serius mata Red tak dapat lari dari wajah di hadapan. Rambut yang berwarna perang dan panjang melepasi bahu serta ikal di hujung. Hidung separa mancung. Mata? Sedikit kebiruan. Tak dapat diagak keturunan nenek moyang Leyla. Mengingatkan dia pada Eva yang cuba dilupakan.

Eva?

Leyla?

Sudah-sudahlah, bro. Move on. Eva dah gembira hidup dengan Shark. Malah dia sendiri yang melepaskan Eva pergi. Nak kenang apa lagi.

"Kira nak cari tempat duduk untuk lepak. Kat mana-mana semua dah occupied. So here I am, jalan-jalan nak cuci mata. You know people used to say, once you're in Dubai shopping like Dubaians." Leyla keluar dengan teori 'jom shopping kat Dubai'.

BINTANG TERBAIKWhere stories live. Discover now