🍁 •BAB 24•

Start from the beginning
                                    

Diam.

"Tapi kau jangan risau. Aku tahu apa yang aku buat." Ya. Dia punya rancangan. Rancangan yang dia sendiri tak pasti jawapannya.

Yang penting ini baru langkah yang pertama.

Baru permulaan.

"Saya tak risau. Tapi kenapa Tengku yang buat keputusan tentang semua ni? Kenapa lusa? Kenapa tak datang meminang saya dulu? Kenapa terus buat keputusan untuk kahwin dengan saya lisa nanti?" Nuri Nafeesa menggigit bibir bawah. Wajahnya mendung dan sayu.

"Katakanlah kalau aku datang meminang kau dan biarkan pilihan itu ditetapkan oleh kau, kau rasa kau akan terima ke?" Tengku Rafael bangun dari duduknya dan berdiri tegak di hadapan Nuri Nafeesa. Mata tajam memandang sepasang mata hazel itu.

Diam. Nuri Nafeesa terkelu sendiri.

Kalau begitu, jawapannya pasti tidak dan dia akan terus menolak peminangan tersebut.

"Tengku nak bertanggungjawab? Kalau saya mengandung? Tengku yakin ke saya akan mengandung? Dan Tengku sanggup ke jadi kambing hitam?" Nuri Nafeesa memejam mata. Rasa hati bagai disiat-siat ketika itu. Dia sendiri takut jika perkara itu benar-benar terjadi kepadanya.

Nuri Nafeesa ketawa kecil melihatkan Tengku Rafael yang membisukan diri mendengar soalan-soalannya tadi.

Dah agak dah.

"Tak kan? Jadi pergi naik atas, beritahu umi dan ayah awak yang awak nak batalkan semua ni." Nuri Nafeesa bagai terdesak meminta Tengku Rafael batalkan semua benda mengarut ini. Sangat mengarut!

"You have no right to order me like that. Lagipun, kau yakin ke lelaki tak guna tu sentuh kau malam kejadian?"

Nuri Nafeesa terus tutup telinga mendengarnya. Mata turut dipejam rapat. Tak nak! Dia tak nak dengar apa-apa. Dia tak nak ingat apa-apa lagi.

Tolonglah...

Tengku Rafael terus mendekati Nuri Nafeesa saat melihat wajah pucat itu. Tubuh Nuri Nafeesa menggigil hebat.

"Nuri?" Tengku Rafael menarik lengan baju kurung Nuri Nafeesa. Risau dia melihat gadis itu.

Come on Nuri Nafeesa...

Breath.

Breath...

Breath!

Nuri Nafeesa terus berundur menjauhi Tengku Rafael. Nafasnya laju bersama dengan dada yang berombak kasar.

"Tak apa. Biar saya yang naik dan batalkan semuanya!" Mata Nuri Nafeesa berkaca. Tangan naik menepuk dada yang rasa sesak bagai dihimpit dalam suasana yang sempit. Sesak.

Terus dia pusingkan tubuh. Mahu masuk ke dalam dan batalkan semua kerja gila Tengku Rafael.

Tengku Rafael mendengus perlahan. Degilnya kau, Nuri Nafeesa.

"Go."

Suara keras itu membuatkan langkah Nuri Nafeesa terhenti. Namun dia statik di tempatnya tanpa menoleh memandang Tengku Rafael.

"Go and tell them to cancel everything off but remember Nuri Nafeesa. Only your father who decide who you're going to marry with. It is me and go on. Go on and tell them to cancel everything. I would love to see what will happen when you father deny you."

Suara itu benar-benar memberi Nuri Nafeesa satu peringatan terakhir. Peringatan keras di mana seorang Nuri Nafeesa tetap tidak mampu untuk buat apa-apa sekalipun sekarang ini.

Nuri Nafeesa mengalirkan airmata tanpa sedar. Semuanya terlalu cepat dan terlalu sukar untuk diterima. Terlalu pahit untuk ditelan.

Ya Allah...

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now