Ish, mana dia ni? Lambat betul! Ke aku awal sangat..? Seorang gadis dapat dilihat duduk di bangku, nampaknya sedang menunggu seseorang.
Dia meletakkan dagunya ke tangannya, sambil mengetuk kakinya secara perlahan ke tanah di bawahnya.
Ia adalah hari pertama sekolah. Dia nampaknya pelajar baru, atau pelajar tingkatan 1. Mungkin yang kedua.
"Assalamualaikum!" Suara lain dapat didengar lalu tangannya memegang bahu gadis itu, menakutkannya.
"Astaghfirullahaladzim!" Dia terkejut, lalu cepat-cepat dia mengucap. Dia memegang dadanya sambil dia memandang ke arah orang itu.
"Aku ingatkan kau hantu tadi!" Dia berseru, tetapi rakannya hanya mentertawakannya. Semasa dia ketawa juga dengannya.
"Lama tak jumpa kau. Apa khabar?" Rakannya tanya, lalu duduk bersamanya.
"Sihat alhamdulillah. By the way, abang kau sekolah sini kan?" Dia bertanya kepadanya, lalu dia bangun dan meletakkan begnya ke bahu.
"Hmph, tak payah tanya pasal dia. Malas aku nak layan." Dia menjawab, sambil menyilangkan tangannya.
Dia menertawakannya, ketika dia kemudian menarik tangannya dan membawanya ke tempat perhimpunan.
"Mana satu barisan kita?" Mereka tertanya-tanya, lalu ditegur oleh seorang pengawas.
"Kamu berdua pelajar 1A1 ke?" Mereka ditanya oleh pengawas itu, lalu mereka mengangguk kepala.
"Ikut saya." Dia menyuruh mereka berdua. Mereka berdua pun ikutlah pengawas itu ke barisan mereka.
"Di sinilah barisan korang. Kalau ada anything, panggillah saya tahu?" Dia berkata, lalu mereka berdua mengangguk kepala lagi sekali. Pengawas itupun meninggalkan mereka berdua.
"Aku risaulah. Aku mana pernah pergi ke sekolah sebesar macam ini. Maklumlah, aku stay kat sekolah rendah yang sama dari darjah satu sampai darjah enam kot." Dia mengeluh, lalu rakannya menolak bahunya.
"Jangan mengeluh, tak elok tahu?" Rakannya tegur, lalu tergelak sedikit.
"Pelajar yang masih berada di luar diminta masuk ke tapak perhimpunan dengan segera."
•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•
uish, for the first time ye sis buat cite tentang kawan baik sis? wkwkwk
by the way, sis takde idea nak letak tag ape so tag² tulah sis dapat fikirkan uhyuk³
VOCÊ ESTÁ LENDO
We Bare Bears Group
DiversosOkay okay, jadi ini bukan pasal we bare bears betul yee? Haha, cerita ini pasal tiga orang sahabat. Siapa diorang? Tak baca tak tahu~
