CHAPTER 1

30 4 0
                                        

Ini cuma rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup dan yang mati. Kalau ada nama yang sama, itu hanya suatu kebetulan. Erm...cerita ni tak sehebat mana macam buku-buku yang lain tapi harap dapat menarik minat pembaca. Akhir kalam, saya mintak maaf kalau ada kesilapan bahasa dalam buku ini or korang tak faham ke dengan jalan cerita ni. Apa-apapun, enjoy❤.
PS. all the arts does not belong to me. Credit to artist....

------------------🌟------------------

[9:00 p.m.]

"Dijangkakan pada pukul 10.00 malam nanti, satu-satunya meteor shower akan berlaku di negara kita. Ini adalah suatu fenomena yang jarang berlaku-".

"Liz, cepatlah!!", ujar gadis itu dengan teruja kepada sepupu rapatnya itu.

"Sabarlah! Kau ni pantang sungguh dengan bab-bab astronomi ni! Pemberita belum cakap apa lagi, kau dah tahu dulu. Haih!", keluh Lizzy dengan sikap sepupunya itu, Bella sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Dua gadis ini sudah berlari-lari anak menuju ke padang luas milik keluarga mereka, gara-gara tidak sabar mahu melihat kejadian cakerawala itu. Dari jauh, seseorang memerhati mereka melalui tingkap rumah dengan perasaan yang berbaur-baur sambil mendengar berita di tv.

"Mengikut dari kajian para saintis, meteor shower ini akan berlaku dalam jangka masa yang lama. Selain itu, ia hanya akan melepasi bumi dan bukan mendarat di bumi. Jadi penduduk Malaysia tidak perlu risau dan boleh menikmati kejadian cakerawala ini. Itu sahaja daripada saya, Jamilah pembaca berita TV7. Sekian daripada saya. Assalammualaikum". Berakhir sahaja ucapan itu, punat tutup ditekan.

Lelaki yang berambut putih itu terus memandang ke luar jendela. Kerut di dahinya semakin bertambah. "Sampai bila kamu mahu duduk dalam dunia sendiri", penat dia fikirkan pelbagai cara tetapi semuanya tak menjadi. Hidupnya sudah tidak lama. "Abah harap kamu boleh bahagia di dunia-", kata-katanya terus terhenti apabila sesuatu terjadi pada anak kesayangannya itu.

------------------
☀️⭐🌙
------------------

"Liz, kau rasa kita dapat bersama lagi tak lepas aku masuk U nanti", ujarku, sedih dan gusar kerana ini merupakan kali terakhir aku dapat berbual dengan sepupu rapatku ini. 'Lepas dah masuk U, mesti sibuk', gumamku di hati. Liz cuma memandangku dengan perasaan simpati lalu memberi satu senyumam manis.

"Sampai bila kau nak jadi macam ni?". Kata-katanya itu tidak dapat aku dengar dengan jelas dan sebaik sahaja aku ingin bertanya, dia terus memotong. "Bella, tengok tu! Meteor!". Aku terus beralih lalu, mengeluarkan pen serta nota kecilku untuk mencatat segalanya.

Mataku bersinar-sinar manakala hatiku melonjak kegembiraan. Well, aku ni orang yang gemar dengan bidang-bidang astronomi. Sebagai contoh; bilik aku dipenuhi dengan pelbagai alatan-alatan khas untuk mengkaji cakerawala, dindingku pula ditampal dengan macam-macam info berkaitan bidang ini (tapi tak adalah sepah sangat, aku ni orang pembersih jugak).

Pelbagai-bagai teori sudah aku simpulkan dan itulah salah satu sebabnya aku dapat tahu dulu tentang meteor shower ini daripada pembaca berita itu. 'Sorry, Kak Jamilah!😋'.

Apa-apapun, itulah sedikit sebanyak tentang diri aku, Aria Bella. Tiada apa yang menarik tentang aku yang boleh diceritakan selain daripada sepupu aku yang AWESOME ni.

Perkenalkan my closest cousin, Lizzy Adriana. Dia sentiasa bersama di sisiku tidak kira waktu aku sedih, gembira dan takut. Liz juga selalu bagi sokongan dan pertolongan pada aku walaupun aku tak pernah minta pun. Tetapi, sejak kebelakangan ini, kelakuan dia tak seperti dulu. She's always gave me this strange look with a faint smile as she's trying to say; "Please come back!".

'Hmmm....Kenapa, ye?'

"Bella, Bella! Kau dengar tak ni!? BELLA!!", laungan Liz membuat aku tersentak.

Aku terus memandang wajah Liz. "Huh, ah...AH, ye!? Kenapa, Liz?", soal ku dalam keadaan mamai. "Kau ni, time-time macam ni pun boleh termenung lagi ke? Kata nak tengok sangat!". Riak wajah Liz menunjukkan bahawa dia sudah biasa dengan perangai aku yang selalu termenung jauh. "Hehe, sorry-sorry!"' ujarku sambil menundukkan kepala.

"Haih, tak pelah! Tengok tu! Meteor!", ujar Liz cuba untuk tukar topik.

"Wah!!".

Satu demi satu batu meteor merentasi langit dengan cahayanya yang berwarna-warni. Ia sungguh indah untuk dikagumi. 'Ah....Ciptaan Tuhan sungguh indah'.

Tapi, malangnya kegembiraan aku tidak bertahan lama. Sesuatu yang aneh berlaku pada malam itu selepas kejadian cakerawala.

Sedar-sedar sahaja, aku berada di dalam sebuah sangkar haiwan yang besar. Tanganku dirantai, kakiku digari dan yang paling mengerikan lagi aku dikelelilingi dengan makhluk buas dengan gigi tajam sambil terkeluar-terkeluar air liur seperti tidak sabar ingin melahapku pada bila-bila masa sahaja. Makhluk-makhluk ini kelihatan seperti 'Mutant Werewolves'.

Tap! Tap! Tap!

Dari jauh, kedengaran beberapa bunyi tapak kaki menuju ke arah aku. Semakin lama, semakin kuat bunyinya menandakan ia semakin dekat. Cahaya bulan yang terpantul melalui kerak-kerak dinding tempat itu, memudahkan aku untuk melihat sedikit sahaja kelibat makhluk itu.

"Heh! Looks like our litte sacrifice has awoken".

Mataku terus membulat. 'What, their litte sacrifice!?'. Badanku semakin menggeletar. Peluh turun dengan mendadak. Perasaan cemas dan gentar mengambil alih badanku.

Mindaku tidak putus-putus mencari penyelesaian untuk melepaskan diri dari situasi yang tak terjangka itu.

'Tapi, macam mana semua ni boleh berlaku? Bukanke, last-last aku ada dengan Liz sama-sama tengok meteor shower itu?'.

Aku cuba sedaya upaya mengingatkan kembali peristiwa yang berlaku pada malam itu. Seingatnya, aku dan Liz sedang menikmati keindahan kejadian cakerawala itu dan secara tiba-tiba meteor tu....aneh..

'Oh....ye!! Meteor tu!!'.

------------------
☀️⭐🌙
------------------

"Liz, meteor tu...peliklah?", ujarku, risau.

'Aik, lain macam pulak meteor ni! Macam ia menuju ke arah sini".

Tekaan aku bertambah kukuh lagi apabila api cahaya meteor itu semakin terang sehingga mampu menyilaukan mataku. Perasaan takut menyebulingi diriku.

Semakin lama, semakin terang. Aku cuba memandang ke arah Liz, memikirkan dia juga akan berasa takut. Namun, riak wajah Liz satu pun tidak menyatakan yang dia takut atau gelisah.

Cuma....sedih dan simpati dengan senyuman manis yang mungkin kali terakhir aku akan melihatnya. 'Janganlah macam tu Liz. Aku tak faham apa yang kau nak sampaikan'.

Aku memandang kembali meteor itu. Sinaran cahayanya semakin terang dan mataku menjadi pinar. Secara tiba-tiba, aku PITAM........ .

------------------
🌟
------------------

Sampai di situ sahaja Chapter 1. Harap korang enjoy!

Nantikan chapter seterusnya!🤗

*MEMORY*Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang