Satu

11.6K 158 2
                                        

"Weh, kau budak baru kan? Reza buat perjumpaan kat dorm MTP, bagitahu dormmate kau semua gi turun sekarang" kata seorang budak berambut kerinting. Namun kata-kata itu tidak direspon. Hanya pandangan kosong yang diberikan Hazar.

"Eh budak ni, bisu ke tak reti nak balas, mati kau la hai" sambungnya lagi sambil meninggalkan kawasan itu.

Reza yang dimaksudkan tadi tu ialah Ketua Pelajar sekolah ini. So, dah jadi Ketua Pelajar tu maksudnya dia kuli cikgu kat sekolah dan kuli warden jugaklah. Hal pelajar kat sekolah dan asrama dia kena uruskan.

' Kalau tak sebab mama, sumpah aku takkan jejak kaki kat sekolah ni, argh sial la sape yg cadangkan mama supaya campak aku kat sini' disebalik muka kosong Hazar, hati dia tetap memaki.

Pindah ke sekolah asrama adalah satu keputusan paling bodoh yang pernah Hazar buat. Bukan sebab dia anak manja yang tak boleh berenggang dengan ibu bapanya tapi disebabkan personality nya yang tak suka bergaul membuatkan dia serabut dengan persekitaran itu.

***
" korang dah form 4 kan, so aku tak nak lah treat korang macam budak form 1. Aku just nak pesan korang bacalah buku peraturan yang mak bapak korang beli kat koop tu supaya korang tak langgar peraturan. Aku tau sape buat masalah kat asrama ni mampos kau jumpa aku kat bilik ni" kata seorang budak form 5, tinggi muscle mantap budak sport la tu ehh tapi dia Ketua Disiplin. Hariz.

Walaupun baru sehari disekolah ni, Hazar dah rasa bosan. Bayangkan baru sehari belum sebulan apetah lagi kena hadap sekolah ni lagi 2 tahun. Ishh

Yang paling tak masuk akal ni bila jumpa Reza ni depan-depan. Sumpah tak macam Ketua Pelajar. Tak nampak garang, apebende semua dia chill member dia je yang over. Entah tak kenal lagi.

Tadi Reza ade la cakap beberapa patah pasal aktiviti mingguan asrama, waktu guna mesin laundry, pasal ahli dorm sekarang ni tak kekal dan lain lagi lah. Takde maknanya Hazar beria focus dengar.

Dah sejam dengar semua MTP pekenalkan diri dan berbual, semua pelajar baru form 4 diarahkan balik dorm, kemas apa-apa yang patut. Tapi takde la beria kemas, katanya minggu depan ahli dorm kena rombak balik sebab nak campurkan pelajar baru dan pelajar lama.

Sekolah ni tinggal form 3, form 4, form 5 je. Disebabkan orang atasan nak jadi kan sekolah ni hanya pelajar form 4 dan form 5, pelajar form 3 tu la last batch masuk sekolah ni masa dorang form 1, sejak tu jugak pengambilan pelajar form 4 makin banyak. So, lantaklah.

***
"Haii, aku Amir dormmate kau" tegur Amir yang hanya berseluar pendek selepas siap menyusun bajunya ke locker.

Seperti biasa Hazar hanya memandangnya dengan pandangan kosong.

"Hazar" seketul.

Focus Hazar kembali kepada phone nya.

Disebabkan 4 orang satu dorm jadi mereka tak perlu lah berkumpul di tengah dorm untuk bersuai kenal seperti asrama di sekolah lain lakukan.

Amir, Mikael, Wan. Nama dorammatenya mudah dihafal.

"Weh aku rasa macam bosan pulak masuk sekolah ni. Dah la takde perempuan, habis macam mane nak cuci mata niii" Mikael, tinggi tapi terlalu kurus.

"Iye weyyyy, aku ni dahlah tak boleh hidup takde awek" sambung Amir, tak tinggi sangat, tak kurus sangat.

"Tu la tu, malas bodoh minggu depan tukar dorm pulak haihh tak faham la aku dengan pengurusan asrama ni. Haih kalau tak disebabkan sekolah ni famous dengan sukan, takde la aku susah-susah pindah" Wan, tinggi, buat badan, player rugby.

Masih Hazar yang biasa hanya melayan mereka berbual diatas katil sambil berbaring tanpa merespon.

"Hazar kau tak nak berbual ke?" Mikael.

"Aku tak pandai bersocial la" akhirnya keluar juga perkataan dari mulut emas Hazar.

"Ouhh takpe, aku faham. Dah la weh. Dah pukul 1 ni aku tidur dulu ah. Kalau aku bangun lambat kejutkan tau. Aku tidur mati takkan dengar alarm. Bye!"

***

Hari pertama kat sekolah baru tiada apa yang menyeronokkan bagi Hazar, macam biasa perhimpunan, masuk kelas, kenalkan diri setiap kali cikgu matapelajaran baru masuk dan rehat.

"Aku Aiden, tapi semua panggil aku Dean sebab muka aku dengan senior yang nama Dean ni sama, so lantaklah" tegur seorang budak lelaki dimeja sebelah.

Hmm bosan. Kedudukan meja pon dua-dua. Tak faham sudah!

"Hazar" itu sahaja yang keluar dari mulutnya. Tapi Dean riak seperti biasa. Tiada yang pelik untuknya.

"Ni kalau kau nak gi kantin jom la ikut aku, kalau kau nak gi dm pandai-pandai kau la" kata Dean sambil mengemas buku dan berlalu keluar.

Oleh kerana Dean satu-satunya yang tak label Hazar sombong atau pekak so Hazar pon membontoti Dean tu ke kantin. Mungkin Hazar selesa dengan perangai Dean yang baginya tak menyerabutkan untuk berkawan.

***
Hari persekolahan berjalan seperti biasa sehingga seminggu pelajar baru di asrama. Tiba masanya rombakan dorm untuk form 4.

Stupid TraditionStories to obsess over. Discover now