"Mestilah boleh, kami semua orang bawahan doktor. Doktor pun tak perlu minta kebenaran saya pun kalau nak pinjam mereka semua," ujar Sean selepas itu, dan kemudian Lara yang baru saja keluar daripada pejabat itu mencelah.

"Tapi, itu tak mengubah hakikat yang dia muda di sini," ujar Lara dan memandang Vanessa sambil menyilangkan tangan di dadanya.

"Dengan Sean, mungkin dia akan berlembut dengan kau, tapi bukan dengan aku. Aku cakap awal-awal dengan kau, jangan ambil junior aku waktu aku nak gunakan mereka," ujar Lara kepada Vanessa dan langsung tak menghormati Vanessa sebagai seorang ketua kumpulan.

Kelihatan Vanessa tersenyum kecil dengan kata-kata Lara itu.

"Why are you smiling? Aku tak buat kelakar," ujar Lara tak puas hati apabila melihat Vanessa yang tersenyum kecil itu.

"Doktor Lara, hormat Doktor Vanessa. Walaupun saya tahu Doktor Lara lebih tua 3 tahun daripada Doktor Vanessa, dia masih seorang doktor profesor di sini. Doktor perlu hormat dia sebagai seorang doktor yang berjawatan lebih tinggi daripada doktor." Stanley akhirnya bersuara setelah lama dia mendiamkan diri.

"Why I need to bow to someone who is younger than me? Kau akan tunduk hormat juga ke pada budak berusia 3 tahun kalau budak itu anak raja?" soal Lara kepada Stanley semula.

"Seriously, Lara? Don't ruin our morning mood, please." Leon cuba meleraikan pergaduhan kecil di antara Lara dan Stanley.

"It wasn't me," ujar Lara dan memandang tajam ke arah Vanessa.

"Lara, stop it. You make it worse." Sean berkata perlahan kepada Lara yang semakin galak dihantui emosi itu.

"Fine, it's me. Blame it on me, I don't care about it," ujar Vanessa selepas itu dan tersenyum kecil. Lara semakin berang melihat Vanessa tersenyum.

"You should scold me, Vanessa Willians. Your fellow doctor is looking down on you right now, and you just let her be like she wants. What kind of team leader are you?" Lara sengaja membakar Vanessa. Dia ingin Vanessa melepaskan amarahnya dan biarkan amarah tersebut diperlihatkan oleh semua doktor yang ada di sini.

Dia benci tengok Vanessa tersenyum atau tenang.

"Marah dengan dinding takkan ubah apa-apa, Lara Harvey. You should know that," balas Vanessa selamba dan lidah Lara terkelu seribu bahasa.

Dia terjerat dalam perangkapnya sendiri.

"Jonas, jom. Orang genius takkan buang masa," ujar Vanessa lagi dan berjalan keluar pintu.

"Baik!" Jonas terus mencapai buku dan telefon pintarnya.

"Saya pergi dulu, semua!" ujar Jonas dan menunduk hormat kepada mereka yang lain sebelum mengikut Vanessa keluar daripada bilik itu. Keterujaannya dapat melihat live surgery dalam tempoh internship itu tak mampu dibunuh oleh ketegangan yang sengaja dicetuskan oleh Lara tadi.

Kemudian, Stanley, Leon dan Sean memandang ke arah Lara yang jelas dibelenggu amarah itu.

"Lara, kalau kau benci sekalipun dengan Doktor Vanessa, jangan libatkan kami. Kau tahu tak, cara kau ini buat aku makin tak nak hormat dengan kau sebagai fellow ataupun orang lebih tua." Leon berkata selamba dan tangannya menghentak meja sebelum berlalu keluar daripada bilik itu.

Leon sudah masak dengan perangai Lara itu. Kali ni, dia tak mampu untuk bersabar lagi. Walaupun Leon tahu dia muda 3 tahun daripada Lara, tapi kalau seseorang itu dah kurang ajar sangat, dia tak layak dihormati.

Lara mendengus kasar dan masuk semula ke dalam pejabatnya. Pintu dihempas kuat sehingga bahu Sean terhinjut.

Kemudian, lelaki itu menggeleng kecil.

NOAH VANESSA (Terbit)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ