Ep 6

411 44 19
                                    

Keesokkan Harinya~

"Nah.. Ni breakfast korang." Seonghwa meletakkan sebiji cekodok ke dalam pinggan mereka.

"Aik? Sebiji je?" Soal wooyoung.

"Dah tepung kat dalam rumah ni tinggal sikit nak buat cam mana. Bersyukurlah sikit." Seonghwa mencekak pinggangnya sambil membebel.

"Mereciks hawau air liur kau! Habis muka comel aku!!" Hongjoong mengesat mukanya menggunakan tisu.

"Mana ada merecik! Pandai-pandai je. Dah lah cepat breakfast! Pastu teman aku pergi pasar."

"Excuse me old lady. I hari ni busy sikit. I kena kemas bilik i. Pastu i nak kena buat ig live sebab peminat i semua nak tengok idola dia yang handsome lagikan macho ni."

"Sedarlah diri kau tu sikit mingi. Kau tu tak handsome. Kau tu spesis bangjat!! Lembut mengalahkan anak sotong!!"

"How dare you!! I hate you!!" mingi bangkit lalu berlari masuk ke dalam biliknya sambil menangis.

"Allahuakhbar!!" terkejut mingi dibuatnya.

"Oi jongho! Tak baik tau kau cakap mingi cam tu! Kesian dia." yeosang mula menegur jongho.

"Aku bukannya apa hyung. Aku cakap cam tu supaya dia tu jadi lelaki sejati! Dia kena sedar yang dia tu lelaki bukannya spesis bangjat yang sibuk tayang body buatan kat ig tu."

"Kata-kata kau ni masuk akal juga. Kali ni aku setuju dengan kau kecik." Ujar Yunho sambil menyuap cekodok buatan seonghwa ke dalam mulutnya.

"Dah-dah! Sekarang ni siapa nak ikut aku pergi pasar?" soal seonghwa kepada rakan-rakannya.

Mereka memandang antara satu sama lain.

"Kalau cam tu korang semua ikut aku!! Muktamad!"

"Emm hyung. Mingi cam mana?" Tanya San.

"Heret je dia tu. Kalau tinggalkan dia sorang-sorang kat rumah nanti ada orang nak rogol dia pulak. Aku jugak yang susah."

"o..ok." San mengangguk perlahan.


*******


"Seonghwa, dalam dekat nak sejam kita jalan. Mana pasarnya?" Tanya hongjoong.

"Hehehe. Sebenarnya aku tak tau pun kat mana pasar. Jangan marah huh." seonghwa tersipu malu.

Mereka masing-masing menepuk dahi.

"Weh korang! Kat sana ada warung. Apa kata kita tanya orang-orang kat situ." Kata wooyoung sambil menuding jarinya kearah sebuah warung yang terletak tidak jauh dari mereka.

"Jom.."

Mereka berlapan mula mendekati warung itu. Salah seorang daripada mereka mula bertanya,

"Assalamuaikum. Tumpang tanya, kat sini ada tak pasar yang berdekatan?" Tanya hongjoong selaku ketua yang berwibawa lagikan berwawasan.

"Waalaikumsalam. Ada. Kalau kamu semua nak pergi pasar, kamu jalan je terus lepastu belok kiri." Balas salah seorang pelanggan di warung itu.

"oh begitu. Terima kasih pakcik. Kalau cam tu kami pergi dulu."

Baru saja mereka hendak melangkah pergi, pakcik itu menahan mereka.

"ehh tunggu dulu! Aku tak pernah nampak kamu semua ni. Kamu semua ni baru pindah sini ke?"

"Haah pakcik. Kitorang baru je pindah sini. Kitorang pindah pon sebab kitorang tengah menjalankan mi~"

"Aip!!" Seonghwa segera menekup mulut yunho yang hampir memecahkan rahsia mereka.

"menjalankan apa?" tanya sahabat kepada pakcik itu pula.

"Emm cam ni. Actually kitorang ni budak kolej. Kitorang ni tengah menjalankan kajian pasal culture." Bohong mingi.

"Kaca?? Ohh.. Kamu semua ni tengah kaji pasal kaca lah ye.." Kata pakcik itu.

"Tok, bukan kaca.. Tapi Culture.. Culture tu budaya." ujar pemuda yang berada disebelah pakcik itu.

"Apalah kau ni hamid. Nama je tok penghulu tapi tak reti beza kaca dengan culture.." kata sahabat pakcik itu.

"HAHAHAHA.. Kaca lol" Wooyoung ketawa mengilai-ngilai.

Merek Semua termasuk pelanggan yang berada di warung itu memandang tajam kearah wooyoung.

"Dey tambi. Gelak tu cover lah sikit. Malu tau tak orang tengok." ujar Jongho.

"Hehehe.. Sorry." Wooyoung tersengeh mengalahkan monyet.

"Hah ni aku nak tanya. Apa nama kamu semua? Senang sikit nak panggil kalau jadi apa-apa nanti." Kata pak hamid A.K.A tok penghulu.

"Na-nama saya Haris. Ini kawan-kawan saya. Yang ni Adam, yusri, khairi, muiz, Hassan, wahyu dan jebat." bohong hongjoong.

"ohh.. Nama pakcik pulak pak hamid. Tok penghulu kat kampung ni. Yang ni bestfriend pakcik, namanya Dollah. Yang ni pulak cucu pakcik. Namanya jekfer."

"Apa ni tok. Nama kita jaafar lah. Bukan jekfer. Laila je boleh panggil kita jekfer." Kata jaafar.

"ohh.. Gitewww." Mereka mengangguk kecil lalu bersalam-salaman dengan pak hamid, jaafar dan pak dollah.

"oh ye pakcik, pakcik jangan panggil saya hassan tau. Panggil saya san. Nama hassan tu bunyi cam orang bandar."

"Budak ni perli ke apa??" Bisik hati jaafar.

"Ok lah, kitorang nak pergi pasar dulu, takut barang habis pulak. Musim-musim PKP ni ramai yang panic buying.Bye.." Ujar seonghwa lalu melangkah pergi meninggalkan warung tersebut diikuti oleh rakan-rakannya yang lain.

Mereka berlapan tersenyum sinis kerana berjaya menipu penduduk kampung tentang identiti sebenar mereka.

FLASHBACK:-

"Bila korang dah sampai sana, korang kena sorokkan identiti sebenar korang. Kalau tak nyawa korang semua dalam bahaya." Kata jinyoung.

"What??!! Habis lah kita cam ni." hongjoong mula panik.

"korang jangan risau. Aku dah sediakan identiti palsu untuk korang."

"Identiti?"

"Yup, identiti. Mulai sekarang, Hongjoong akan menjadi haris, Seonghwa akan menjadi Adam, Yunho akan menjadi yusri, yeosang akan menjadi khairi, San akan menjadi hassan, wooyoung akan menjadi wahyu dan Jongho akan menjadi jebat."

"Wow jebat. Aku dah jadi hang jebat. Hang tuah tak ada ke? Hahahah.." jongho tertawa.

"Serius boleh tak encik choi jongho??" jinyoung menatap wajah jongho dengan tatapan yang mengerikan.

"o-ok ok.."

"Ingat!! Jangan sesekali korang dedahkan identiti korang. Kalau tak, Aku sunat korang sekor-sekor. FAHAM!!"

"FAHAM TUAN JINYOUNG!!"

END FLASHBACK:-

Bersambung...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 28, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] Kampung Boy <AteeZ>Where stories live. Discover now