❤️5

333 62 36
                                    

Hyunjin kembali semula ke sekolah seperti biasa.Dia memegang segelas Americano yang dibelinya sebentar tadi.Soobin yang berada di sebelahnya menggeleng kepala melihat gelagat Hyunjin yang tak ubah seperti kanak-kanak 7 tahun.

"Americano..joha...joha.",Hyunjin menari kecil sambil menyanyi kegirangan.Hampir saja minuman itu tumpah tapi sempat diselamatkan Soobin.Dia tersengih malu.

Heejin masuk ke kelas selepas menghantar kerja rumah kelasnya di pejabat.Matanya tertumpu pada Hyunjin yang menikmati minumannya.Cepat-cepat dia mengalih pandangannya bila mata Hyunjin bertentang dengan matanya.Hyunjin tak mengendahkan Heejin sebaliknya terus menyedut minumannya.

Kelas berjalan seperti biasa.Hyunjin memandang guru yang sedang mengajar dengan malas.Dia memandang buku yang terbuka di atas meja.Sedikit pun dia tak faham dan malas nak faham.Dia menoleh ke arah Soobin yang memegang buku dengan mata yang tertutup.

                            •••••••••

Waktu kelas sudah berakhir,sekarang waktu mengulang kaji dengan kumpulan yang diberi Park seonsaeng.Heejin menyusun langkah menghampiri Hyunjin yang berseorangan.Soobin meninggalkannya terlebih dahulu memandangkan mentor Soobin merupakan pelajar yang tegas.Jadi daripada menadah telinga mendengar leteran lebih baik dia menyusul.

"Hyunjin-na",panggilnya perlahan.Hyunjin memandangnya tanpa sebarang reaksi.

"Eoh?",jawabnya sepatah sambil memyelak-nyelak buku.Dia pun menyimpan buku ke dalam begnya seraya bangun dari tempat duduknya.Heejin sedikit mendongak memandang Hyunjin yang lebih tinggi darinya.

"Kita nak stu-",belum sempat nak tanya,Hyunjin memotong kata-katanya membuatkan dia terdiam.

"Tempat biasalah.Ppali-wa,aku nak balik cepat hari ni.",Hyunjin meninggalkan Heejin.Dia terlebih dulu melangkah keluar dari kelas.

                            •••••••••

Susana perpustakaan pada masa itu sunyi sepi.Selepas beberapa minit,Hyunjin menutup bukunya.Heejin yang sedang mengajar terdiam melihat kelakuan Hyunjin.

"Aku nak tidur jap,10 minit lagi kau kejut aku.",pinta Hyunjin lalu meletakkan kepalanya di atas "bantal" yang selalu digunakannya.Heejin mengangguk faham.Dibiarkan Hyunjin dengan perangai yang memang tak boleh nak diubah.

Dia curi-curi memandang Hyunjin yang sedang lena.Dia menatap muka Hyunjin mula dari kening,mata,hidung kemudian bibir Hyunjin.

"Aaahhh..aahhhh"Hyunjin memegang lehernya.Kepala disengetkan ke tepi.Heejin menggelabah membetulkan kedudukannya.Dikekalkan riak muka yang bersahaja.

"Kejang..tolong",Hyunjin menarik lengan Heejin.Tergelak melihat muka Hyunjin yang menahan sakit.Itulah orang study,kau tidur.Rasakan.

Heejin mengurut-ngurut leher Hyunjin.Selang beberapa minit,kepala Hyunjin dapat ditegakkan semula.Heejin meletakkan tangannya kembali ke bawah meja.

"Komawo...jomlah study",Hyunjin membuka buku yang menjadi "bantal"nya tadi.Dia membiarkan buku menghalang mukanya.Malu.Mata Heejin melirik ke arah muka Hyunjin,entah kenapa dari tadi dia tak dapat menahan daripada pandang Hyunjin.Hyunjin yang perasan dengan kelakuan Heejin membiarkannya.Hensem,siapa tak nak tengok?

Mereka mengemas buku sebaik loceng sekolah berbunyi.Masing-masing membawa haluan sendiri.

                             •••••••••

Heejin duduk di ruang tamu rumahnya.Rumah agak sepi memandangkan abangnya belum balik dari kerja.Dia menuju ke dapur mengambil minuman dalam peti.

Tiba-tiba terlintas muka Hyunjin yang sedang tidur tadi.Tanpa disedari,senyumannya meleret hingga ke telinga.Dia memintal-mintal rambutnya.Heeyul yang baru balik pelik melihat Heejin yang tercegat di depan peti yang masih terbuka.

"Ba!!",Heeyul memegang bahu Heejin.Dalam sekelip mata,mukanya basah kerana simbahan air peti.Terkebil-kebil matanya menahan air sejuk yang singgah di mukanya.Heejin menutup mulutnya,cepat-cepat mengambil kain mengelap muka abangnya.Dia tertawa kecil.

"Oppa mianhae...jeongmal mianhae.",tangannya masih ligat mengelap muka abangnya.Heeyul menolak lembut tangan Heejin.

"Dah-dahla tu.Habis bb cream nanti.",seloroh Heeyul.Dia pun mengambil gelas di tangan Heejin lalu dituang air yang berbaki dalam jug kaca.Heejin tersenyum lalu memukul bahu abangnya.

                             •••••••••

Hyunjin dan Eommanya sedang menjamu selera di ruang makan.Buat seketika suasana rumah sepi.Puan Choi memandang Hyunjin yang leka menyuapkan makanan ke dalam mulut.

"Hyunjin",Puan Choi bersuara.

"Ye?",jawab Hyunjin sepatah lalu menghirup air.Matanya memandang Puan Choi yang berada di hadapannya.

"Esok,kita jalan-jalan nak?",Tanya Puan Choi.Hyunjin memandang pelik.Sudah berapa lama dia tak meluangkan masa dengan Eommanya,tiba-tiba kali ini  Eommanya mengajak dia keluar.Hyunjin hanya mengangguk tanpa mengetahui rancangan Eommanya.Puan Choi tersenyum gembira.Selesai makan,Hyunjin naik ke biliknya.Nak ulangkaji katanya.

Hyunjin mencapai buku yang selalu dibawa setiap kali ke perpustakaan.Dia melihat semula kerjanya yang ditanda Heejin.

Memang aku bodoh rupanya

Dia mengutuk dirinya sendiri bila melihat bukunya penuh dengan tanda pen merah.Dia pun pening tengok kerjanya yang entah apa-apa.Patutlah si Heejin tu bengang.Dia menyambung kerja rumah yang diberi Heejin petang tadi.Kali ini dia bertekad supaya tiada satu kesalahan pun ada di bukunya.Puan Choi mengintai Hyunjin yang leka membuat kerja rumahnya,dia tersenyum melihat anaknya mula rajin membuat kerja rumah,kalau tak buku berkulat pun dia tak tahu.

                              •••••••••

Hyunjin mendekati Heejin untuk menyerahkan kerja rumahnya.Dia menepuk bahu Heejin.Heejin memandang Hyunjin yang berdiri di sebelahnya.

Entah kenapa jantung Hyunjin berdegup laju.Heejin masih memandangnya dengan penuh tanda tanya.

"Em..em.....a-aku nak bagi h... homework semalam.",Hyunjin bercakap sambil memandang ke lain lalu menyerahkan buku.Dia kembali k e tempat duduknya.

Hyunjin memegang dadanya.Fikirannya melayang entah ke mana.Matanya tertumpu pada Heejin yang membelakanginya.

"Hyunjin?Yah..Hyunjin...kau ni kenapa..lain macam je aku tengok.",risau Soobin melihat Hyunjin yang senyap sejak tadi.Hyunjin menggeleng tapi matanya tetap setia memandang Heejin yang membaca buku.

                             •••••••••

Heejin menanda buku Hyunjin.Lancar tangannya menanda tak seperti sebelumnya yang boleh membuat orang yang sihat diserang migrain.Automatik bibirnya mengukir senyuman.

Akhirnya berguna juga otak dia.Betul la tak Ada orang yang sempurna di dunia ni.Contohnya macam Hyunjin yang muka sempurna,otak pulak bermasalah.

Akhirnya selesai juga kerja menanda.Walaupun masih Ada kesalahan,tapi prestasi Hyunjin meningkat dengan baik.Dia menyimpan buku Hyunjin ke dalam beg.

                             •••••••••

Suasana dalam kereta sunyi.Mujurlah ada radio yang rancak berbual,tak adalah Puan Choi kebosanan.Dia memandang anak terunanya yang matanya melekat pada skrin telefonnya.

Hyunjin memandang ke luar tingkap.Dia memandang ke arah Eommanya yang tersenyum lebar.

"Eomma....kenapa ada kat airport?Appa balik ke??",tanya Hyunjin teruja.Sudah lama dia tak melihat wajah Appanya yang sibuk menguruskan bisnes di China.Hatinya melonjak gembira.Puan Choi mengangguk,gembira melihat reaksi anaknya.

Kelihatan seorang lelaki berusia awal 40-an menarik bagasinya.Walaupun sudah berusia,namun wajah kacaknya masih menyerlah meskipun ditelan usia.Dia melambai bila seorang remaja melambai ke arahnya.

"Appa.....bogoshippeo-yoooo",Hyunjin memeluk Appanya.Lama dia memeluk sebelum meleraikan pelukannya.Giliran Puan Choi pula memeluk suaminya.Sweet.

-----------------------------------------------------------

                 

Mყ Lσʋҽ Sƚσɾყ  || ʰʷᵃⁿᵍ ʰʸᵘⁿʲⁱⁿ || ✓Where stories live. Discover now