Tok tok tok. Bunyi ketukan di pintu.
"Fir, bangun", kejut Pn Azizah dengan nada yang sederhana tinggi. Ini panggilan yang kedua dalam usaha mengejutkan puterinya Fatin Firash yang sedang beradu.
Aku menjawab dengan suara serak.
'Iya ibu, dah bangun", sambil menyelak selimut ke tepi. Lalu aku terus mengemaskan katil. Walaupun aku pemalas tetapi aku sorang yang sangat berdisiplin tentang kebersihan dan kekemasan. Sikap ini dituruni oleh ibu aku.
Usai membersihkan diri dan bersiap ringkas, aku terus ke ruang dapur untuk sarapan. Di atas meja terhidang nasi goreng, mihun goreng, roti bakar, kuih lapis, bersama kopi. Terkaku sejenak melihat makanan.
"Ha, apa yang kamu tenung tu Firash? Sergah ibu.
"Dah la bangun lambat lepas tu duk termenung pula, makan la nanti lewat ke kelas", bebel ibu sambil menarik tangan aku menyuruh duduk.
"Ibu...terkejut Fir tau. Ala, Fir dah bangun awal la tadi. Lepas Subuh tu yang tertidur balik. Fir dah set alarm tapi tu lah tak dengar", balas aku sambil senyum.
"Ni kenapa ibu masak banyak sangat ni? Tu yang Fir termenung jap tadi. Ada orang nak datang ke? " soal aku kepada ibu.
"Apa pulanya, ibu saja je nak masak lebih, bihun goreng tu abang kamu lah yang minta ibu masak. Nasi tu pula untuk kamu. Kamu kan tak boleh kalau sehari tak jumpa nasi kan", balas ibu sambil memerli aku.
"Hahaha, amboi ibu.... Perli nampak. Tau la Fir nie tak boleh tak makan nasi, lemah jadinya", jawab aku sambil ketawa.
Aku mengambil sesenduk nasi goreng dan sesenduk bihun goreng. Dua dua aku pulun makan. Dengan gelojoh aku makan disebabkan sudah lewat. Sebelum bangun, tangan sempat mencapai sekeping roti bakar lalu dimasukkan ke dalam mulut.
Ibu melihat sambil menggeleng
kepala.
Aku sempat berselisih dengan abang yang sudah siap untuk ke tempat kerja di dapur.
"Bye ibu, bye abang Qal", sambil mulut penuh dengan roti.
"Hoi, apa anak dara makan sambil berjalan, bercakap dan berdiri ni? " sergah abang Haiqal.
"Ala...orang dah lewat ni, jangan la kacau" balas aku dengan suara yang tidak berapa jelas butir bicaranya. Alamaklumlah, mulut penuh roti. Abang Qal hanya tersengih menampakkan giginya yang tersusun cantik.
"Itulah...jadi anak dara kena bangun awal, tolong ibu kat dapur, masak.... ".
Aku memotong percakapan Abang Qal sebelum bertambah panjang.
"Dah dah dah.... Tak payah jadi mak nenek la abang Qal, orang tau la... Ish suka membebel tau.
Hubungan kami adik beradik umpama Tom and Jerry. Pantang bertemu pasti ada saja yang hendak dibalahkan. Abang aku memang gemar mengusik aku. Tapi kami berdua sangat rapat sejak kecil lagi. Tambahan selepas ketiadaan ayah, abang aku lah tempat aku bermanja dan menumpang kasih. Walaupun dia suka mengusik aku, tapi dia sangat sayangkan aku.
"Okey la Bang Qal, orang pergi kelas dulu tau". Aku menyalami ibu dan Bang Qal. Lalu aku memandu Myvi kesayangan aku menuju ke kelas.
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Dengan tergopoh gapah, aku terus menerpa tombol pintu kelas. Tanpa disangka, aku terpegang tangan seseorang yang ingin membuka pintu. Terus aku berpaling melihat dan mulutku terus terbuka ternganga dengan mata membulat. Ya Allah selamatkan lah hamba Mu ini. Di hadapan aku sekarang ada seorang manusia yang sangat sangat sangat aku benci dan suka. Macam mana tu? Okey nanti aku story mory 👌.
"Ha, baru sampai ke Fatin? Ke awak tengah tunggu saya nak masuk sekali dalam kelas?" soal manusia di hadapan aku. Iya nama penuh aku Fatin Firash. Tapi aku lagi suka kalau dipanggil Firash atau Fir saja.
Dalam dunia ni hanya dia sorang je yang panggil aku dengan panggilan tersebut. Aku ckup menyampah dengan panggilan tersebut. Rasa nak cili je mulut dia. Tapi aku tetap sabar. Maklumlah muslimah sejati okay.
"Aaa.. Haa...memang tengah tunggu Dr pun. Eh tak tak tak bukan, saya baru nak masuk kelas sebab terlambat. Sorry Dr Kim", jawab aku kelam kabut sambil mengigit bibir dan menunduk ke bawah. Aku sempat melirik dan terlihat sengihan sinis di mulut manusia ini.
Ekeleh, nama Hakimi ada hati tukar Kim Kim... Bajet orang korea la tu. Kalau muka macam Korea okay jugak... Ni muka Melayu tulen, umpatku dalam hati.
Sambung aku lagi ...
tapi handsome.... Kulit kuning langsat, tak hitam, tak juga putih, mata cantik bersinar, bibir merah, kening terukir kemas.... Ermmm...Aku berkhayal tanpa sedar sambil menatap wajah Dr Hakimi. Lalu, aku tersedar apabila melihat senyuman diwajahnya. Ya Allah, apa aku ni. Kontrol Firash...tu musuh kamu tu. Fokus fokus.
"Budak ni kan... Suka sangat mengelamun. Awak ni kenapa ha Fatin? Dah dah dah... Pergi masuk dah lewat ni. Students tengah tunggu saya", balas Dr Kim sambil berjalan masuk ke dalam kelas.
Iya, itulah lecturer aka musuh aka bestfriend abang aku aka ex crush aku. Ex crush je okay. Now, he's my enemy....aku memandang Dr Kim berjalan kemudian membantuti langkahnya.
YOU ARE READING
Kekasih Halalku
RandomDalam satu keluhan yang panjang, aku berhenti berfikir seketika. Aku memandang sekitar yang cuma ada aku, alam dan Dia. Kini aku sedar bahawa aku tidak sendirian. Dia sentiasa ada bersama saat jatuh bangun aku. Tersenyum dengan sendiri. Bersyukur de...
