Ye . Yoongi terpukau akan kecantikan Hana dalam mengenakan gaun pengantin tersebut . Gaun yang menunjukkan bahu mulus dan sedikit bahagian dada itu benar - benar mencabar iman lelaki yang bernama Min Yoongi .

" Yoongi ! Aku tanya okay ke tak ? Kau diam membisu dah kenapa ? Jangan cakap tak cukup kain lagi " ucap Hana dengan lantang . Yoongi yang telah tersedar dari dunia khayalannya terus menggelengkan kepalanya .

" Okay pilih yang ini . Miss , saya beli yang ini ye " ucap Yoongi dengan lembut . Dahi yang mula menuruni dahinya dilap dengan laju menggunakan lengan bajunya . Yoongi bergegas bangun dan menuju ke arah kaunter butik tersebut . Sempat juga ia memberikan pesanan kepada Hana sebelum dia bergegas tadi .

" Pergi tukar balik baju kau tu . Jangan buat muka innocent kau macam tadi masa kita kahwin nanti . Aku tak suka kau cabar naluri lelaki aku , faham ! ? "

Hana tanpa sebarang tindak balas lantas menukar pakaiannya . Kata - kata Yoongi sebentar tadi benar - benar mengacaukan mindanya .

' tak suka aku cabar naluri lelakinya ? Dia fikir aku ni kaki pukul ke nak cabar bagai . Tapi kenapa dia nampak lain macam ye tadi ? Matanya penuh dengan perasaan yang aku sendiri tak faham . Ah , sudahlah ! Apa aku kesah '

•  •  •  •  •


" Lepas ni aku nak bawa kau pergi cuba sarung cincin pula " ujar Yoongi sambil fokus memandang memandu . Hana disebelah hanya diam tanpa memberikan sebarang tindak balas akan kata - kata Yoongi

Setelah hampir setengah jam mereka menempuhi kesesakan jalan raya , akhirnya mereka tiba jua di sebuah kedai cincin yang ternama di Seoul . Hampir melopong mulut Hana tatkala dia melihat sinaran yang terhasil daripada batu permata cincin di kedai tersebut .

" Yoongi kau ni memang suka membazir eh ? Semua benda nak beli mahal - mahal . Cuba la sekali sekala kau berbelanja dengan kadar yang sedikit . Ini dah berpuluh juta wang kau keluarkan semata - mata nak kahwin je " Yoongi menjeling Hana . Sepatah perkataan pun tidak keluar dari lelaki itu .

" Kalau macam tu , aku pakai baju segak kau pula pakai baju daun pisang , ha boleh ? Lepas tu kau naik pelamin dengan batang pokok pisang . Ha sedondon la tu " ujar Yoongi . Hana pula disebelahnya hanya mencebik .

" Tuan Yoongi , ini cincin yang Tuan Yoongi tempah pada tempoh hari . " seorang lelaki berkaca mata menghulurkan dua bentuk cincin kepada Yoongi . Yoongi sekadar mengangguk dan menarik tangan Hana dengan ganas .

" Aku pandai pakai sendiri la ! " tangannya ditarik kuat oleh Yoongi . Mata yang dibesarkan tidak mampu mengoyahkan rasa ketakutan pada diri Yoongi .

" Benda ni dah la mahal ! Nanti kau pakai sendiri mahu patah " Hana menggulingkan matanya . Mahu tidak mahu dia hanya turut sahaja kehendak Yoongi . Yoongi menyarungkan cincin tersebut ke jari Hana .

Pas dan muat !

" Yoongi , jom balik ! Aku penat gila " ucap Hana . Yoongi yang baru sahaja selesai menyusun barang perkahwinan mereka di seat belakang , hanya menghela nafas berat . Sejujurnya juga dia merasakan badannya lelah kerana seharian melakukan hal yang sepatutnya dia tidak lakukan .

Kereta dipandu dengan laju . Akhirnya , Yoongi dan Hana tiba di rumah Hana sebelum malam menjelma . Hana yang lena diulit mimpi digoyang perlahan .

" Woi , perempuan ! Rumah kau dah depan mata ni . Pergilah balik ha jangan lupa barang kahwin kau ni angkut sekali " Hana menggeliat seketika sebelum dia membetulkan posisi duduknya .

" Aku tahu la ! Cakap elok - elok tak boleh ke ? " Hana kembali merengangkan tubuh badannya . Segala saraf kembali berfungsi dengan lancar . Yoongi memerhatikan Hana tanpa sebarang suara . Tangan dililitkan pada leher Hana dan dengan lembut ditariknya leher Hana menghadap mukanya .

Hana membulatkan mata tatkala Yoongi dengan beraninya mengucup bibirnya dengan lembut . Lantas bahu Yoongi ditolak kasar dan bibirnya dipegang seketika .

" Masuk rumah , mandi bersihkan diri dan tidur . Lusa dah nak kahwin jadi duduk rumah je . Aku suka bibir kau , bye ! "

' Yoongi , kau sumpah pelik '














Special Tag
- > mintyoon_
- > _baeyurii
- > fearubyjane

Thankyou for responding my mb ♡

[OG] BRA ° MYGWhere stories live. Discover now