14

658 109 16
                                    

Setelah memakirkan kereta miliknya , Yoongi bergegas memasuki rumah agam milik Tuan Min . Tombol pintu dibuka begitu juga kasut yang tersarung baik di kakinya .

Tidak seperti kebiasaannya , Yoongi hanya membuka kasutnya tanpa diletakkan di rak kasutnya . Yoonji yang setia berada di sofa mewah itu menilik wajah abangnya dengan kehairanan .

' Abang aku ni dah kenapa kalut sangat ni ? '

" Mama ! Mama ! " laung Yoongi dengan kuat di ruang tamu . Puan Min yang mendengar suara anak lelakinya itu lantas keluar dari biliknya . Sebelum dia menuruni tangga , wajah Yoongi ditatap lama sebelum Puan Min menghembuskan nafas berat .

Ye , wajah berang Yoongi yang dilihat oleh Puan Min . Puan Min yakin Yoongi kini di puncak amarahnya . Yoonji turut bangun tatkala merasakan sesuatu aura yang tidak berapa baik di sekitarnya . Tubuh badan Yoongi dan Puan Min dipandang silih berganti .

" Ada apa Yoongi ? Kenapa kena jerit kuat - kuat ni ? Mama ada je dekat rumah ni dan Mama belum pekak lagi " dengan tanpa rasa takut Puan Min melabuhkan punggungnya di sofa mewah miliknya . Wajah Yoonji yang terpinga - pinga dipandang begitu juga wajah Yoongi yang seakan - akan marah itu .

" Kamu berdua duduk . Mama rasa ada benda penting kamu nak beritahu Mama ni , Yoongi ? Apa dia ? " Yoonji melabuhkan punggungnya setelah mendengar arahan dari Puan Min . Yoongi pula masih setia berdiri mencerlung tajam Puan Min .

" Kenapa Mama tak beritahu Yoongi yang Yoongi ada abang ? Kenapa Mama rahsiakan semua hal keluarga kita daripada Yoongi ? "

" Abang , jangan tudu - "

" Kau diam ! Aku tak bercakap dengan kau " terdiam Yoonji setelah dibentak oleh Yoongi . Ini baru pertama kalinya dia mendengar abangnya marah sebegitu sekali . Ditatapnya wajah ibunya . Kelihatan Puan Min memejamkan erat matanya . Cuba mencari ketenangan sebelum berkata - kata .

" Kamu tiada seorang abang , Min Yoongi . Kamu anak sulung daripada dua adik beradik . Kamu hanya ada adik perempuan sahaja , Min Yoonji . Mama tiada pekara yang disembunyikan dari kamu . Itu sahaja " jelas Puan Min . Risau juga hatinya tatkala melihat amarah Yoongi masih belum reda .

" Mama tak perlu tipu Yoongi lagi , Ma ! Yoongi bukan budak kecil yang perlu diurus lagi ! Sampai bila Mama nak macam ni ? Urus segala urusan Yoongi ? Yoongi dah besar Mama ! " Yoongi menghembuskan segala amarahnya terhadap ibunya sendiri , Puan Min .

Sudah lama terpendam di dalam hati dan ini lah masanya dia meluahkan segalanya . Puan Min tidak sepatutnya mengawal segalanya tindak tanduk Yoongi sehinggakan barang peribadi pun Yoongi tidak diberi peluang untuk diberi sendiri .

Melihat suasana diam sahaja , Yoongi berdecit perlahan . Hati nuraninya jelas mengatakan ibunya menyembunyikan segala hal yang dia sendiri tidak tahu .

" Tch ! Entah - entah Papa bukan dah dikebumikan malah Mama sendiri yang kebumi - "

" Yoongi ! " sebuah tamparan kuat hinggap ke pipi Yoongi . Yoonji yang melihat keadaan menjadi parah terus menarik lengan ibunya dari terus berada di udara . Dapat dirasakan oleh Yoonji tangan Puan Min menggeletar hebat selepas menampar Yoongi .

" Mama tak ajar kamu jadi macam ni , Yoongi ! Apa yang sudah kena dengan kamu ni ? " jelas kedengaran sayu suara Puan Min . Wanita berusia itu sedaya upaya menahan air matanya daripada jatuh .

" Tampar Yoongi lagi , Ma ! But listen to my word Puan Min , i swear i will find the truth " ucap Yoongi dengan muka yang memerah menahan amarah . Yoonji pula sedih tatkala melihat Puan Min yang mula menangis . Yoongi pula sudah bergerak menaiki tangga .

Yoonji sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan . Dia sendiri tersepit oleh keadaan yang berlaku . Dia turut bersedih apabila Puan Min bersedih dan dia juga sedih akan abangnya , Yoongi yang cuba mencari pekara sebenar . Dia tidak mampu memilih antara ibunya dan abangnya kerana dia tahu hari ini bakal tiba .

" Oh lupa pula nak beritahu hal penting . Yoongi akan berkahwin dengan Hana dalam masa minggu ini juga . Puan Min , don't you dare to destroy our relationship just like you do to my only brother  " ucap Yoongi dengan tegas sebelum dia kembali menaiki anak tangga menuju ke biliknya .

" Yoonji , apa sudah jadi " bahu Yoonji menjadi tempat Puan Min mencurahkan air matanya dek tidak tahan akan tingkah laku Yoongi yang berubah secara mendadak . Yoonji turut berduka dan hanya mengusap belakang badan Puan Min bagi menenangkan wanita itu .

' Ma , i'm so sorry . Yoongi terpaksa . Demi rahsia yang Mama sembunyikan dan demi membela nasib abang Yoongi yang Yoongi sendiri tidak tahu kewujudannya '

[OG] BRA ° MYGOnde histórias criam vida. Descubra agora