"Kenapa call daddysu ni? Mummy mana mummy?" soal Farhan.

"Mummy dekat dapur! Kitorang rindu daddysu! Bila daddysu nak datang rumah kitorang?"

"Larh, daddysu kerja, sayang. Nanti bila daddysu dah habis kerja, daddysu datang jenguk korang."

"Okay! Bawa aiskrim sekali tau!"

"Ash nak aiskrim Magnum!"

"Meer pun!"

"Meen pun nak juga!"

Farhan pandang Aleena lalu dia tergelak. Aleena hanya dengan riaksi kosongnya sambil memeluk tubuh memandang Farhan.

"Okaylah. Nanti daddysu belikan. Daddysu kena tutup sekarang ni. Nanti daddysu call korang balik tau. Bye, assalamualaikum. Daddysu loves Ash, Meer dan Meen so much!"

Tut. Pantas sahaja Farhan menekan butang merah tanpa mendengar balasan dari anak-anak buahnya dahulu. Tersengih Farhan memandang kearah Aleena yang masih memeluk tubuh.

"Sorry, diorang memang kecoh sikit."

"Takpa." Aleena segera mengangkat punggung dari kerusi namun entah apa yang merasuki Farhan, tangan Aleena yang beralas ditahannya. Terkejut Aleena dengan perbuatan berani Farhan. Farhan juga sudah telan air liur lalu dia segera melepaskan pegangannya dari Aleena.

"Ehem. Awalla. Duduklah sini. Borak dengan aku." Farhan cuba mengawal intonasi suara.

"Aku dah mengantuk. Esok-esoklah kita borak," balas Aleena dingin. Langkah segera dibawa keluar dari ruangan dapur itu tanpa menoleh kebelakang lagi. Farhan sudah menepuk-nepuk dahinya.

Apa yang rasuk kau, Farhan? Inilah akibat bila otak yang bertindak dulu berbanding tubuh.

Apa yang rasuk kau, Farhan? Inilah akibat bila otak yang bertindak dulu berbanding tubuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PUKUL 3 PAGI MALAM ITU...

Farhan terguling-guling diatas katilnya dengan mata yang masih terkatup rapat. Dia mendengus sedikit sambil tangannya meraba selimut untuk dia selubungkan tubuhnya yang semakin membeku dek kerana penghawa dingin. Kipas siling pun dibuka sekali memang sejuklah jawabnya.

"Siapa pula yang turunkan suhu aircond ni? Setahu aku, aku tak buka aircond tadi. Aish... payah betullah," gumam Farhan seorang diri. Dia terus menyelubung satu tubuhnya dengan selimut. Terlalu malas untuk menutup penghawa dingin.

Setelah menyelebungkan diri, bulu roma Farhan tiba-tiba merinding. Sekali lagi, Farhan mendengus kasar. Farhan bangun dari baringnya dan alangkah terkejutnya apabila wajahnya bertemu dengan sesuatu yang tergantung dari siling.

Oleh kerana keadaan bilik itu gelap dan Farhan yang masih mamai, Farhan meraba-raba sesuatu itu dengan tangan.

Kasar... macam menggelupas... berair? Apa benda ni? Farhan bawa jarinya ke hidung. Bau...

Darah!

Tak tunggu lama, suara jantan Farhan terus terjerit nyaring sehingga mengejutkan beberapa penghuni yang lain.

"Umi!!!!!" Farhan terjelepok jatuh dari katil. Menggigil tubuh badannya keluar dari bilik dalam keadaan yang menggengsot. Hans yang baru muncul dihadapan bilik itu terus diterpa Farhan.

"Weh! Kau kenapa terjerit macam orang gila ni! Dah gila tu dahlah! Tak payah nak tunjuk orang." Sempat lagi Hans mengutuk Farhan. Ditolak tubuh Farhan agar menjauhinya.

"Tu. Dalam bilik tu... ada hantu!"

"Mana ada hantu dekat istana ni. Aku dah bertahun-tahun hidup dekat sini, takda hantu pun," balas Hans sambil menolak pintu bilik Farhan. Tangannya mencari suis dan lampu terang mula menerangi ruangan bilik Farhan.

Terlopong mulut Hans apabila melihat 'benda' yang tergantung betul-betul diatas kepala katil Farhan. Hans mendekati 'benda' yang berdarah itu lalu ditiliknya perlahan.

"Ini patunglah weh. Patung kena salut dengan da--eh darah?" Berkerut seribu dahi Hans setelah menghidu bau darah yang tengik terlekat dibulu patung beruang itu. Dia menoleh kearah Farhan yang berdiri diluar, tak mahu masuk.

"Siapa punya kerja ni?"

"Mana lah aku tahu. Kau rasa siapa?"

"Entah. Aku takda masalah dengan sesiapa pun. I guess lah." Farhan mengangkat bahu lalu dia melangkah, memberanikan diri untuk mendekati Hans.

"Kau baru je seminggu dekat sini. Siapa je yang nak dengki dengan kau?" Hans menyoal Farhan hairan. Farhan juga turut hairan.

"Mana lah kita tahu. Hati manusia kan? Ni kau boleh tolong alihkan benda alah ni tak? Lepastu tolong aku kemaskan kesan darah ni. Urgh, geli."

Hans mengangguk laju. Dia berdiri diatas katil lalu membuka ikatan patung beruang itu dari paku yang tertusuk diatas siling. Hans diserangkan perasaan pelik. Dahinya pula berkerut seribu. Siapa punya kerjalah ni.

"Farhan? Apa bising-bising tadi?" Suara seorang gadis yang menyergah dari luar bilik membuatkan kedua lelaki itu tersentak. Farhan tersengih manakala Hans terus melakukan kerjanya membuka ikatan patung beruang itu.

Aleena pandang Hans pelik.

"Apa benda tu?"

"Eh, Aleena. Maaflah kalau aku buat kau terbangun dari tidur."

"Dah kalau jerit macam perempuan, siapa je yang tak terkejut," sindir Aleena seraya menjeling Farhan. Dia mendekati Hans. "Apa benda tu?" Soalan yang sama disoal lagi.

"Aku pun tak tahulah, Al. Aku rasa ada orang dengki dekat si Farhan ni ha," lapor Hans. Dia melompat turun dari katil bersama dengan patung yang bersalut darah itu. Darah sebenar pula tu.

Aleena toleh kearah Farhan yang sedang buat muka polos sekilas sebelum dia pandang Hans balik.

"Siapa pula nak dengki dekat dia?"

"Siapa pula nak dengki dekat dia?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC.

Nuh jela aque sebab cite ni hambar nak mampus! Saya minta ampun ye anak-anak. Saya habiskan masa lapang saya dengan membaca novel-novel cinta untuk dapatkan ilham CHD ni. Hiks. Alhamdulillah. Saya dah siapkan setengah jalan cerita CHD. Klimaks dah ada, ending pun dah ada. Cuma nak susun dan chantekkan dia aje. MUAHAHAHAHA. Boleh update tiap-tiap hari balik, kalau dah siap storyline. Hiks. Teruskan support saya ya anak-anak. Muah dari saya. skskskksksskksks.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐀Where stories live. Discover now