" I'll take my daughter back from you. That's my promise." janji Datuk Mustafa pada Aiden.

Aiden gelak sinis dengan tepukan tangan yang kedengaran begitu mengejek pada lelaki tua itu. Boleh nampak raut wajah itu begitu mencabar Datuk Mustafa untuk mengotakan janji itu.

" I. Don't. Fucking. Care! " lantang Aiden bersuara.

Mata biru itu pandang tajam lelaki tua itu dengan seribu rasa dendam.

Mata saling beradu dengan rasa yang sama diantara satu sama lain. Masing-masing tidak gentar untuk berlawan bersama.

Cuma sedikit masalah untuk lelaki tua itu bertarung sama dengan Aiden kerana umurnya yang sudah menjangka naik. Bilangan Anak buah Aiden yang ramai juga membataskan apa yang cuba Datuk Mustafa lakukan. Mereka terlalu banyak senjata berbandingnya hanya satu pistol.

Semua rancangan tidak menjadi hanya disebabkan lelaki itu terlalu bijak merancang. Dia sengaja menyelinap masuk senyap-senyap tetapi malang tidak berbau apabila lelaki itu tetap mengetahui akan keberadaannya.

"You're a useless guy, Xander!" sindir Datuk Mustafa lagi. Kali ini dia mahu hamburkan semua kemarahannya pada Aiden.

Bulat mata Aiden bila lelaki tua itu katakan sebegitu padanya. Rasa macam tanduk dah naik atas kepalanya disebabkan sindiran itu.

" Am I a useless guy? "

Aiden menunding jari pada diri sendiri. Kepala diangguk beberapa kali. Rasa nak marah, tapi rasanya tak perlu untuk dia bunuh ayah mertua sendiri.

Bukan masa yang sesuai lagi untuk membunuh lelaki tua itu. Daripada emosinya tidak stabil, ada baiknya dia menghalau lelaki tua itu.

" Take him out now." arah Aiden pada salah seorang anak buahnya. Suara itu juga kedengaran lain macam, begitu keras sekali.

Mata itu semakin lama semakin bertukar kepada warna yang berlainan dari mata yang dia ada.

Anak buah Aiden semuanya sudah berundur pergi menjauh kerana dia tahu bakal terjadi satu perkara yang buruk nanti.

Pistol dan semua barang dibawa keluar. Jika ditinggalkan takut benda yang tidak diingini terjadi. Hanya tinggal kerusi dan meja saja di situ. Pintu ditutup serapat-rapatnya.

Bunyi meja dan kerusi yang jatuh dihentak pada lantai membuatkan anak buah Aiden sudah telan air liur di situ. Seretan kerusi juga kuat berbunyi dalam bilik itu.

Memang konfem kerusi kena beli yang lain dah kalau nampak gaya macam ni. Bukan dia tak tahu kalau lelaki itu mengamuk, pasti sangat sukar dikawal.

Tangan yang berdarah hasil sendiri pun lelaki itu buat tak tahu saja. Entah siapa agaknya boleh hilangkan mengamuk si Xander itu.

" è dentro Xander? " (Xander ada didalam?) tanya Step pada anak buah Aiden.

Baru tadi Aiden call mereka supaya bawa Aina datang ke mari. Untuk bertanya alasan pada lelaki itu. Dia tahu Aiden takkan beritahu.

Mereka yang beratur berjujuran diluar itu mengangguk laju bersama muka serius.

" Leo kau tahu tak, nak handle Aiden macam mana?" tanya Step pada Leo. Boleh nampak kerutan pada dahi anak buah Aiden bila dia berbahasa melayu.

Leo memikirkan sebentar akan rancangannya. Mana tahu rancangan gila yang dia fikir menjadi.

" Kita bagi dia gula-gula."

Aina yang entah dari mana datang terus memberi idea pada kedua lelaki itu. Dua lelaki itu berpandangan. Ada sesuatu didalam fikiran mereka berdua sekarang ini. Tersungging senyum sengit pada bibir Leo dan Step.

Tubuh Aina tiba-tiba ditolak kasar masuk ke dalam bilik keberadaan Aiden itu.

Aina mengemam bibirnya. Dia bingung sebenarnya bila badannya ditolak kasar masuk ke dalam suatu bilik misteri baginya.

Badan dipusing ke belakang. Tempat pelik semacam dengan kerusi dan meja tumbang entah ke mana. Semua kerusi dan meja sudah patah. Matanya bertaut dengan mata Aiden yang bertukar menjadi warna merah.

Timbul kerutan pada dahi Aina kerana mata biru lelaki itu sudah tiada. Aiden ni televisyen yang boleh bertukar-tukar siaran ke? Sekejap mata biru, sekejap mata merah?

" Jap tau awak!"

Pantas badan dipusing mengadap pintu. Pintu dibuka sedikit. Aina menjengulkan kepala disebalik pintu.

" Nak tekan-tekan." pinta Aina pada Leo.

" Tekan-tekan? Apa tu?" tanya Leo dengan kerutan pada dahi. Tekan-tekan apa? Tekan-tekan tembak ke?

" Nak tekan untuk tukarkan balik mata Aiden pada warna asal. Apa panggil benda tu yang guna untuk tv? " soal Aina penuh lurus dan naif. Agaknya dia ingat mata Aiden boleh ditukar balik seperti remote televisyen agaknya.

Muka anak buah Aiden yang tadinya serius kini sudah merah cuba menahan gelak. Aiden sedang mengamuk, boleh pulak perempuan ini buat lawak. Tapi bila Step pandang tajam ke arah mereka semua, terus mereka jatuhkan kepala masing-masing.

" Tekan-tekan tak ada. Tekanan perasaan ada." kata Leo pada Aina.

Aina menggaru kepalanya. Tak faham apa yang disampaikan oleh Leo. Takpelah!

" Okay."

Pintu ditutup oleh Aina. Tubuh dipusing.

" Eh awak kambing cantik." latah Aina apabila Aiden sudah ada didepan matanya dengan pandangan mata tajam.

Boleh nampak rahang lelaki itu bergerak-gerak. Mungkin terasa dengan latahannya itu. Sudah! Mati aku!

Sesuatu yang bergerak pada permukaan lantai menarik perhatian Aina. Mata dikecilkan sehabis mungkin. Bila dia sudah dapat menganalisis apa yang sedang bergerak itu, terus matanya membulat besar.

" L-lipas! Takut... Lipas..." tergagap-gagap Aina menuturkan kata.

Geli betul nampak lipas itu seperti menghidu sesuatu. Gementar tubuhnya ketika ini. Tangan juga terketar-ketar. Dengan rambut toncang dua yang ada pada lipas memang menakutkannya.

" Lipas jangan datang dekat." Aina memberi amaran.

Lipas itu seperti tahu-tahu saja Aina takut padanya. Semakin hampir lipas itu merayap ke arah Aina, membuatkan Aina dengan pantas memeluk Aiden yang berada didepannya itu. Perbuatan spontan kerana terlalu takut. Tolonglah jangan tunjuk rambut toncang dua tu...!

" Awak lipas... Cepat buang awak." ujar Aina dengan tangisan kecil. Terjengket-jengket kaki itu. Takut punya pasal!

Tubuh sasa itu dipeluk erat. Macam tak nak lepas dah, sebab terlalu takut. Kepala disembam elok pada dada bidang Aiden. Boleh dengar degupan jantung lelaki itu makin laju dengan nafas itu semakin teratur.

Raut wajah itu juga sudah tenang macam biasa. Tanpa sedar, lelaki itu turut memeluk perempuan itu erat seperti mana Aina memeluknya. Bagai disimbah air sejuk, terus emosi lelaki itu kian stabil sedikit demi sedikit.

'Aina...'

" Awak lipas..." rengek Aina perlahan disebalik dada bidang itu.

" Shhh... You have me right now."

Belakang badan itu ditepuk perlahan. Macam nak tidurkan budak pun ada. Sangat perlahan dan penuh kelembutan.

Hak Milik Tuan Aiden (HMTA) [ EBOOK ]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu