pendatang

538 2 0
                                    

Hari ni ada yg tegur aku dah jarang update fb. Memang malas. Sbb? Malas sj. Tp masih baca jugak. Mcm2 isu. Isu pendatang yg paling panas. Pengalaman aku ialah bila x balik kampung dulu masa kat kl. Bila keluar kl, memang penuh pendatang. Adakah aku pendatang? Lebih baik rasanya berada di kampung. Lebih baik rasanya naik bas awam. Hidup tak terbeban dgn hutan? Memang mustahil la. Tp aku ingin hidup yg sederhana. Hidup yg tidak mengejar apa2.

15.5.2020

Aku jd pendatang lagi rupanya. Berada di alma yg sblm ini biasa sj, kini telah jadi kesakitan yang amat. Sakit belakang aku datang lg. Tak sangka sungguh. Sakit belakang yg mcm dah sembuh ni sakit balik. Sbb? Angkat berat. Tekanan. Entahlah. Hidup yg suka entahlah memang mudah. Mcm aku kena pi kl dulu. Sbb apa. Entahlah. Sbb apa balik mai bm. Entahlah. Jawapan entahlah ialah yg paling selamat. Entahlah. Jawapan mudah. Jawapan yg tidak perlu fikirkan apa2.

Tapi apa pulak tindakan aku nanti?

15.5.2020

Hari jumaat yg biasa. Tidak ada lg solat jumaat. Tidak ada jugak rehat 2 jam. Mula tu rasa x biasa jugak. Tp kena biasakan jugak la. Bila boleh balik awal tu kira ok la jugak. Jd agak berbaloi la jugak.

16.5.2020

Tiba2 teringat 1969. Ada apa lg tahun 69? Itu tahun aku lahir.....
Kemarin org sambut hari guru. Selamat hari guru pada semua guru dari anak murid yang pendiam ini. Aku memang pendiam dulu2. Senyap sj. Tp dlm diam aku melawan.hihihi
Eka selalu tanya adakah aku kerap kena denda? Aku seorang yang play safe. Seorang yg boleh di katakan tak pernah kena denda. Sebab aku diam sj. Denda yg paling aku ingat ialah denda kena keluar kelas. Aku ni memang x pandai math. Belajar mcm mana pun aku tetap x pandai. Tp mungkin cikgu nmpk mcm aku boleh pandai jika aku pulun lebih sikit. Masalahnya aku dah habis pulun. Suatu hari kesabaran cikgu math pun di uji. Aku di denda keluar dari kelas math. Ayat cikgu math tu mudah saja, " Saya x mau tengok muka kamu dah masa kelas saya."
Esoknya aku pun keluar dari kelas math bila saja loceng berbunyi. Mana aku nak pergi? Itu soalan yg ada dlm fikiran aku. Aku pun menapak ke perpustakaan. Itu saja tempat yg aku suka. Hari pertama dan kedua ok lg. Tidak ada siapa yg peduli. Hari ketiga, cikgu yg jaga perpustakaan dah tegur kenapa aku berada di situ. Tp aku di lepaskan kerana aku x boleh berada dlm kelas math. Sampai bila? Sampai habis tahun...

Sapa guru aku yg pertama? Tentulah mak aku. Dia ajaq aku mengaji. Berhempas-pulas. Aku ni lembab sikit. Mak marah x henti. Belajaq kat mak kena sempurna. Mak memang buat semua benda kena sempurna.

Percubaan pertama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Percubaan pertama. Ok jugak. Tp kena panjangkan lg.

Rezeki bersama.
Melihat ada yg bersungguh2 nak menderma, dok terfikir pulak mcm boleh pulak kemiskinan ini di basmi. Walau pun sedikit biarlah ada yang merasa sedikit kesenangan. Tapi keperluan asas mestilah semua sama. Rumah semua wajib ada. Tandas semua wajib ada. Itu namanya menjadi manusia. Air dan letrik. Itu jugak keperluan. Jika ada yg memakai kereta mewah itu bukanlah keperluan. Lebih2 lg jika tiba2 sj ada kereta mewah. Ada yg menganggap kereta satu keperluan. Mari kita anggap ianya satu keperluan. Tidak semua org mampu membeli kereta. Ertinya itu bukan keperluan. Ada yg hanya mampu menaiki tren atau bas.

pkpWhere stories live. Discover now